SEMUA KONTRAKTOR DAN SUB-KONTRAKTOR DIJEMPUT UNTUK HADIR KE SEMINAR ONLINE KAMI. SILA DAFTAR SEKARANG SEBELUM TERLAMBAT.
Tujuan seminar yang kami anjurkan ini adalah untuk memberi kefahaman secara menyeluruh kepada para peserta tentang kepentingan berkomunikasi secara efektif mengikut peraturan yang ditetapkan oleh peruntukan-peruntukan penting di bawah Kontrak PWD 203A (MC) & PWD 203N (NSC).
Kajian menunjukkan bahawa, antara kelemahan utama di dalam pengurusan projek-projek pembinaan di seluruh dunia adalah kelemahan dalam berkomunikasi. Kelemahan ini samaada disebabkan oleh tiada komunikasi yang direkodkan ataupun komunikasi yang direkod tetapi tidak menepati sepertimana yang digariskan oleh peruntukan di bawah kontrak. Punca utama kelemahan ini adalah disebabkan:
i. Kurang faham tentang peruntukan kontrak yang betul
ii. Kurang skil dalam komunikasi dan penulisan surat
iii. Syarikat tidak memiliki templat surat-menyurat standard.
Di dalam Seminar, ini peserta akan diajar bagaimana cara-cara membaca dan memahami peruntukan-peruntukan penting di bawah kontrak PWD 203A (MC) & PWD 203N (NSC). Dengan kefahaman yang betul, maka komunikasi juga akan menjadi betul, tepat dan selaras dengan peruntukan kontrak.
Untuk meningkatkan pengetahuan dan skil komunikasi ini, para peserta juga akan diajar tentang bagaimana membina templat surat-menyurat yang betul berdasarkan kepada peraturan dan peruntukan di bawah kontrak. Sampel templat penting akan akan diberikan sebagai nota seminar.
Di akhir seminar, peserta akan diberi peluang untuk bertanya tentang perkara-perkara yang mereka masih belum jelas dan juga akan dibuka ruang perbincangan dan perdebatan bagi mengukur kefahaman peserta tentang tajuk yang diajar. Peserta juga berpeluang untuk mendapatkan penjelasan tentang masalah yang sedang mereka hadapi dan kaedah terbaik untuk menyelesaikannya.
Pensyarah yang mengendalikan seminar ini adalah Tn Hj Ismail Bin Hj Omar. Beliau telah berkecimpung di dalam bidang pembinaan selama 39 tahun. Beliau pernah berkhidmat dengan agensi Kerajaan dan Swasta, di dalam dan di luar negara. Di sepanjang kariernya, beliau telah menguruskan projek bernilai lebih RM 900 juta dan sudah menyiapkan empat buah e book templat surat-menyurat berasaskan Kontrak PWD 203A, 203N, PAM 2018 & PAM Sub-Contract 2018. Beliau juga merupakan Perunding tuntutan di bawah CIPAA & Timbangtara.

No comments:
Post a Comment