Thursday, April 16, 2020

SCENARIO MASALAH PEMBAYARAN



            Salam dan selamat sejahtera kepada semua pembaca. Hari ini saya akan berkongsi tentang scenario masalah pembayaran di dalam rantaian organisasi pengurusan projek. Pihak-pihak yang terlibat di dalam suatu projek pembinaan itu biasanya Client, Main Contractor, Sub Contractor,Sub-sub contractor,sub-sub-sub contractor ,Supplier dan lain-lain yang berkenaan.
           Tuan puan pembaca yang saya hormati di dalam sesuatu projek itu siapakah yang  membiayai projek. Sudah pasti jawapan tuan puan adalah client kan. Tapi realitinya yang diberi kepada main kontraktor oleh client hanya lah sekeping surat LA.
           Siapakah sebenarnya yang membiayai sesuatu projek itu. Jawapannya ialah mereka yang di paras bawah carta organisasi pengurusan projek iaitu sub contractor ,sub-sub contractor dan seterusnya. Mereka inilah yang membiayai sesuatu projek itu dengan mendahulukan wang mereka menjalankan kerja-kerja projek tersebut.
        Di sini saya ingin berkongsi scenario masalah pembayaran yang berlaku di dalam industri binaan kita. Scenario yang sering berlaku dan biasa berlaku sehingga menjadi suatu budaya di dalam industri binaan kita.
        Sebagai contoh satu Main contractor mendapat sebuah projek . Maka main contractor pon subkan projek kepada sub contractor ,sub-sub contractor dan sub-sub-sub contractor. Sub Contractor, Sub-sub contractor dan Sub-sub-sub Contractor pon menjalankan kerja-kerja mereka. Apabila sampai masanya maka sub-sub-sub contractor pon membuat claim kepada sub-sub contractor katakanlah rm100k.
       Maka sub-sub contractor pula membuat tuntutan kepada sub contractor sebanyak Rm 110k. Sub Contractor pula membuat tuntutan kepada Main contractor sebanyak rm 120k. Main contractor pon membuat tuntutan kepada client sebanyak rm 130k.
      Client pon mula membuat bayaran. Adakah client akan membuat bayaran penuh. Tidak tuan puan. Daripada 130k tadi katakanlah client membuat bayaran sebanyak rm 120k. Main contractor sudah memperolehi rm 120k . Adakah main contractor akan membayar penuh tuntutan sub contractor sebanyak rm 120k. Berapakah agaknya main contractor bayar kepada sub contractor? Katakanlah Rm 90k.
    Maka sub contractor pon sudah terima wang rm 90k. Syukurlah. Sudah terima Rm 90k adakah buat bayaran penuh kepada sub-sub contractor? Fikir punya fikir Sub Contractor pon buat bayaran kepada sub-sub contractor sebanyak rm 70k. Begitulah seterusnya sub-sub contractor membuat bayaran kepada sub-sub-sub contractor sebanyak rm 60k sahaja.
   Tuan puan scenario ini sudah menjadi norma kebiasaan di dalam industri binaan kita. Ianya sudah menjadi budaya. Scenario masalah bayaran begini sebenarnya menyusahkan contractor-contractor di paras bawah rantaian organisasi pengurusan projek iaitu sub contractor,sub – sub contractor, sub-sub-sub contractor dan seterusnya. Mereka ini menanggung kos overhead yang tinggi. Mereka perlu bayar pekerja-pekerja mereka. Ada syarikat kecil yang mungkin tidak dapat bertahan dan gulung tikar. Ada mungkin pekerja-pekerja yang berbulan-bulan tidak dibayar gaji.
  Masalah pembayaran yang mungkin dirasakan kecil oleh pihak di paras atasan rantaian organisasi pengurusan projek tetapi sebenarnya memberi impak besar kepada mereka di paras bawah rantaian organisasi pengurusan projek. Masalah pembayaran di Malaysia impaknya boleh sampai ke Bangladeshi. Pekerja Bangladeshi tak dapat gaji . Tak boleh kirim ke isteri di kampung untuk beli pampers anak dan sebagainya. Maka isteri merajuk minta cerai. Aduhai tuan puan. Kesian kat mat Bangladeshi.
    Masalah pembayaran turut menyumbang kepada terbantutnya pembangunan Negara. Projek terbengkalai di sana sini. Apabila kita lalu di sebuah bangunan yang sedang dalam proses pembangunan ketika itu kita berumur 12 tahun baru lepas upsr. Kita menjangkakan bangunan itu akan siap dalam 2 tahun lagi . Tetapi setelah 5 tahun kita baru saja lepas SPM bangunan itu tidak juga siap. Rupanya-rupanya sampai sekarang dah anak tiga empat tak juga siap. Ada bangunan yang berpuluhan tahun terbengkalai. Dah jadi tempat jin bertandang dan tempat mat gian beristirehat.
   Tuan puan, saya rasa dah sampai masanya mereka-mereka yang di paras bawah rantaian organisasi pengurusan projek untuk bangkit dengan bantuan akta CIPAA melalui proses adjudikasi mengubah norma budaya masalah pembayaran di dalam industri binaan kita ini.
Terima kasih

Saufian Aripin                        13/4/2020
    

No comments:

Post a Comment