Thursday, April 23, 2020

KENAPA ADJUDIKASI CIPAA ADALAH ALTERNATIVE TERBAIK


                        

          Salam sejahtera kepada semua pembaca yang saya hormati. Pada entri ini saya akan kongsikan kenapa adjudikasi CIPAA adalah alternative terbaik. Selain dari adjudikasi CIPAA Kontraktor yang menghadapi masalah bayaran boleh juga membawa kes masalah pertikaian pembayaran ke Timbangtara dan Litigasi Mahkamah. Tetapi ingin saya tekankan di sini adjudikasi CIPAA adalah alternative terbaik dalam menyelesaikan masalah pertikaian pembayaran yang dihadapi kontraktor.

       Kenapa? Pertama ialah secara relative adalah lebih mudah. Penuntut boleh memilih untuk tidak memerlukan peguam. Penuntut boleh membuat sendiri proses tuntutan adjudikasi di bawah akta CIPAA. Proses adjudikasi boleh dibuat di mana-mana sahaja. Di pejabat ,hotel,restoran atau di mana-mana sahaja mengikut keselesaan . Boleh dimulakan bila-bila masa sahaja tidak perlu tunggu projek siap atau kontrak ditamatkan. Persediaan dokumen boleh dibuat sendiri oleh kontraktor. Proses adjudikasi juga tiada perbicaraan seperti kes mahkahmah kebiasaannya walaubagaimanapon tertakluk pada budibicara jika perlu pada perbicaraan.

      Keduanya proses adjudikasi secara relatif adalah lebih murah. Kos penyediaan dokumen lebih murah. Kos adjudikasi lebih murah. Pihak yang menang tidak perlu menanggung kos adjudikasi dan pihak yang menang juga boleh menuntut kos penyediaan dokumen kepada pihak yang kalah. Di Minda Wibawa Resources misalnya yang telah lama berkecimpung sebagai Consultant Advisor untuk adjudikasi CIPAA menggunakan pendekatan “success basis” di mana jika client menang kes tuntutan barulah membayar komisen . Pada hakikatnya at the end of the day anda tidak membayar apa-apa pon tapi pihak yang kalah lah yang menanggungnya.

      Ketiga proses adjudikasi CIPAA adalah secara relatifnya lebih cepat. Jika kontraktor membawa kes pertikaian bayaran ke proses litigasi mahkamah boleh mengambil masa 5 hingga 10 tahun lamanya. Jika ke timbangtara boleh mengambil masa 2 hingga 5 tahun. Tetapi proses adjudikasi CIPAA hanya memakan masa 3 hingga 5 bulan. Masa untuk setiap proses dalam adjudikasi telah dihadkan masanya. Masa untuk adjudicator membuat keputusan adalah 45 hari bekerja sahaja. Malahan jika kes yang lebih mudah akan lebih cepat keputusan dibuat. Masa untuk melunaskan bayaran pula adalah 14 hari selepas keputusan dibuat.

     Demikianlah betapa akta CIPAA ini amatlah membantu di dalam mendapatkan keadilan yang segera kepada kontraktor yang menghadapi masalah pertikaian bayaran projek.



Sekian,
Terima kasih.
Saufian Aripin                  21/4/2020
   

         

No comments:

Post a Comment