Assalamualaikum,
PIHAK
YANG TIDAK DIBAYAR MEMBUAT TUNTUTAN BAYARAN
|
PIHAK
YANG TIDAK MEMBAYAR MEMBERIKAN RESPON BAYARAN
|
10
HARI BEKERJA
|
LIMITATION
ACT
|
PIHAK
YANG TERKILAN (MENUNTUT) MEMULAKAN ADJUDIKASI
|
MEMILIH
DAN MELANTIK ADJUDIKATOR
|
10
HARI BEKERJA
|
ADJUDIKATOR
MEMBINCANGKAN PERLANTIKAN DAN FI SERTA PENERIMAAN
|
10
HARI BEKERJA
|
PIHAK
YANG MENUNTUT MEMBUAT TUNTUTAN ADJUDIKASI
|
10
HARI BEKERJA
|
RESPONDEN
MEMBUAT RESPON ADJUDIKASI
|
10
HARI BEKERJA
|
10
HARI BEKERJA
|
PIHAK
YANG MENUNTUT MEMBUAT JAWAPAN ADJUDIKASI
|
ADJUDIKATOR
MENJALANKAN PROSES ADJUDIKASI
|
5
HARI BEKERJA
|
45
HARI BEKERJA
|
ADJUDIKATOR
MEMBUAT KEPUTUSAN
|
Jika
pada entri sebelum ini saya telah menerangkan mengenai proses-proses yang
terlibat di dalam adjudikasi jadi hari ini penulis akan menulis pula berkenaan
prosedur adjudikasi. Bagi yang tidak tahu atau kurang faham apa maksud
prosedur, saya akan jelaskan sedikit . Mengikut kamus DBP, prosedur merupakan
cara yang lazim untuk membuat sesuatu urusan, aturan atau cara kerja untuk
melakukan sesuatu atau tatacara. Maka, oleh sebab yang demikian, untuk
memastikan tuntutan yang dibuat berjaya, kontraktor mestilah mengikut
prosedur-prosedur adjudikasi yang telah ditetapkan dengan betul. Silalah ikut
langkah-langkah seperti rajah di atas mengikut turutan yang telah ditetapkan
jika anda tidak mahu tuntutan anda ditolak atau dicabar.
Seperti
yang telah diberitahu dalam entri yang lepas, mekanisma penyelesaian pertikaian
di bawah Akta CIPA lebih cepat daripada litigasi atau arbitrasi. Rajah di atas
menunjukkan prosedur adjudikasi dan tempoh masa yang ditetapkan oleh AIAC untuk
memfailkan setiap proses. Keseluruhan proses adjudikasi bermula dari fasa pra
adjudikasi sehinggalah fasa adjudikator membuat keputusan adjudikasi mengambil
masa lebih kurang 5 bulan. Saya akan menerangkan secara ringkas mengenai setiap
prosedur yang terlibat dalam membuat tuntutan pada entri kali ini. Ini adalah
supaya anda semua mempunyai idea secara asas setiap prosedur yang dijalankan
sebelum saya menerangkan setiap prosedur dengan lebih teliti dan jelas.
Sebelum prosiding adjudikasi
dijalankan, pihak yang tidak dibayar mesti terlebih dahulu menghantar Tuntutan
Bayaran. Tuntutan bayaran boleh dikeluarkan untuk pembayaran interim yang tidak
dibayar, pembayaran akhir dan wang tahanan (retention sum), selagimana jumlah
ini dinyatakan akan dibayar di bawah syarat-syarat kontrak pembinaan. Ia juga
boleh dikeluarkan sebelum pengesahan tuntutan itu. Tuntutan untuk
"pembayaran" sebagaimana yang diperuntukkan dalam Akta CIPAA, adalah
terhad kepada "pembayaran untuk kerja yang dilakukan atau perkhidmatan
yang diberikan di bawah terma kontrak kontrak" sahaja.
Respon Bayaran disampaikan
dalam tempoh 10 hari bekerja dari penerimaan tuntutan bayaran. Dalam Respon bayaran,
pihak yang tidak membayar mungkin mengaku atau mempertikaikan tuntutan
pembayaran. Sekiranya pihak yang tidak membayar gagal membalas tuntutan pembayaran,
keseluruhan tuntutan pembayaran dianggap telah dipertikaikan.
Selepas itu, pihak yang tidak
dibayar boleh memulakan prosiding adjudikasi dengan menghantar notis adjudikasi
kepada pihak yang tidak membayar dan menghantar sesalinan kepada AIAC. Langkah seterusnya ialah pihak yang tidak
dibayar mendaftarkan kes tersebut dengan AIAC. Pendaftaran kes dengan AIAC
adalah mandatori untuk semua kes di bawah CIPAA. Seperti yang kita sedia
maklum, AIAC merupakan sebuah badan yang dilantik untuk mentadbir dan menguruskan
kes-kes adjudikasi dan arbitrasi di Malaysia.
Adjudikator akan dilantik dalam
tempoh 10 hari selepas penyampaian notis adjudikasi, jika mendapat persetujuan
dari kedua-dua pihak yang bertikai ataupun dengan meminta Direktor AIAC untuk melantik adjudikator jika tidak mendapat persetujuan
dari salah satu pihak yang bertikai. Adjudikator akan menghantar surat untuk
membincangkan syarat-syarat perlantikannya dan fi adjudikator seperti yang
telah ditetapkan dalam peraturan-peraturan CIPAA. Kedua-dua pihak perlulah menjawab
surat rundingan tersebut secara bertulis jika bersetuju dengan semua syarat
yang telah dikemukakan oleh adjudikator. Selepas menerima maklumbalas mengenai
rundingan syarat-syarat perlantikan dan fi adjudikator daripada pihak-pihak yang bertikai, Adjudikator
perlulah menghantar Notis Penerimaan Perlantikan sebagai Adjudikator kepada
pihak-pihak yang bertikai. Beliau akan menyatakan pengisytiharan untuk menerima
perlantikan tersebut dengan fi yang telah dipersetujui dan arahan kepada pihak
yang bertikai untuk mengemukakan Tuntutan Adjudikasi, Respon Adjudikasi dan
Jawapan Adjudikasi dalam tempoh masa yang telah ditetapkan.
Pihak yang menuntut kemudiannya
akan menghantar tuntutan adjudikasi dalam tempoh 10 hari bekerja selepas
penerimaan pelantikan adjudikator. Tuntutan adjudikasi pada dasarnya merupakan
penguatan tuntutan pembayaran, di mana perihal pertikaian pembayaran
dibentangkan secara lebih terperinci dan disertakan dengan dokumen-dokumen
sokongan yang terlibat dengan pertikaian tersebut. Responden mempunyai tempoh 10
hari bekerja untuk menyampaikan Respon Adjudikasi di mana Responden perlu menjawab
kesemua tuntutan yang dinyatakan dalam tuntutan adjudikasi. Pihak yang menuntut
kemudiannya mempunyai tempoh 5 hari bekerja untuk menyampaikan Jawapan Adjudikasi
berdasarkan Respon Adjudikasi yang diterima olehnya. Adjudikator mempunyai 45
hari bekerja untuk menyampaikan keputusan adjudikasi kepada pihak-pihak yang
bertikai . Perbicaraan lisan dan panggilan saksi tidak diperlukan dan tertakluk
kepada permintaan pihak-pihak yang bertikai dan kebijaksanaan adjudikator.
Penerangan
mengenai setiap prosedur adjudikasi akan diterangkan satu persatu dengan lebih
jelas lagi pada entri yang akan datang. Diharap anda semua dapat memahami
secara asas prosedur tuntutan yang dibuat pada entri kali ini. Sekian,
wassalam.
Noridah
Omar
Shah
Alam.
No comments:
Post a Comment