•
Akta CIPAA
2012 adalah merupakan satu undang-undang baru yang telah diluluskan oleh
Parlimen pada 2 April 2012 yang kemudiannya telah mendapat perkenan dari Seri
Paduka Baginda Yang diPertuan Agung pada 18 Jun 2012 dan telah diwartakan pada
22 Jun 2012.
•
Walaupun
tarikh operasinya atas permohonan dari Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya telah
tertangguh hampir dua (2) tahun sehingga 16 April 2014.
•
Undang-undang
ini bertujuan untuk memberi keadilan yang segera dalam menangani pertikaian
yang berhubung bayaran dalam industri pembinaan melalui satu proses yang
dipanggil ADJUDIKASI.
•
CIPAA 2012
Menurut Akta ialah satu akta untuk memudahkan PEMBAYARAN yang TETAP dan TEPAT
pada masanya. Untuk mengadakan satu peruntukan
bagi satu mekanisma bagi penyelesaian pertikaian yang cepat melalui
Adjudikasi. Untuk mengadakan PERUNTUKAN BAGI REMEDI untuk mendapatkan bayaran
dalam industri pembinaan dan untuk mengadakan peruntukan bagi PERKARA-PERKARA
YANG BERKAITAN DAN BERSAMPINGAN DENGANNYA.
•
Timbang
Tara ini yang pada asalnya telah dilaksanakan diBritain pada tahun 1996 telah
memberi impak yang sangat positif kepada industri pembinaan Britain bahkan
kepada ekonomi Britain sendiri. Diatas sebab itu kemudiannya langkah tersebut
telah diikuti oleh negara lain didahului oleh Australia, New Zealand, Singapura
sebelum Malaysia.
•
Berlatar
belakangkan kepada isu-isu yang timbul dalam industri pembinaan boleh dikatakan
isu terbesarnya adalah tertumpu dengan isu pembayaran dan yang berhubungan
dengannya. Kesan dari isu ini banyak memberi pelbagai masalah yang timbul terutamanya pihak kontraktor dan konsultan.
•
Sebagai
jalan keluar yang segera dalam rangka untuk membantu pihak yang terlibat kepada
permasalahan tersebut lahirnya undang-undang baru dibawah timbang tara selain
dari peruntukan sedia ada saperti ‘Litigation’ dan ‘Arbitration’.
•
Cuma
dibawah peruntukan undang-undang ‘Litigation’ dan ‘Arbitration’ tidak dapat
membantu pihak yang bermasalah untuk menyelesaikan isu yang dihadapi terutama
tentang bayaran dengan kadar yang segera. Ditambah lagi dengan syarat kontrak
terlebih dahulu perlu ditamatkan sebelum sebarang ‘proceeding’ dapat dimulakan.
•
Atas sebab
itu mengapa pengetahuan tentang CIPAA 2012 ini sangat penting difahami oleh
mereka yang terlibat dalam industri pembinaan ini saperti kontraktor, konsultan
dan juga pembekal bahan binaan dan perkhidmatan. Bahkan oleh pihak majikan
(client) saperti jabatan-jabatan kerajaan yang bertanggung jawab terhadap
projek pembinaan, penguat kuasa tempatan (local authority), pemaju dan
sebagainya.
•
Prospek
masa depan dari pelaksanaan CIPAA 2012 ini diharapkan dapat melahirkan suasana
iklim industri pembinaan yang sehat dan memberi menafaat yang luas bukan hanya
kepada komuniti industry pembinaan tetapi masyarakat seluruhnya serta negara.
No comments:
Post a Comment