Assalamualaikum
semua pembaca,
Entri
kali ini saya akan menerangkan berkenaan “time at large” iaitu salah satu
istilah yang selalu digunakan dalam proses adjudikasi.
Kebanyakan
borang kontrak seragam menyediakan klausa “lanjutan masa” untuk membolehkan
tempoh kontrak dilanjutkan jika sekiranya kelewatan berlaku disebabkan oleh
tindakan majikan.
Sekiranya
tiada mekanisma di bawah kontrak yang membolehkan satu tarikh baru untuk
penyiapan kerja ditetapkan akibat dari kelewatan yang disebabkan oleh majikan
maka masa penyiapan menjadi “at large”.
Sekiranya
tiada terma lanjutan masa majikan tidak boleh sesuka hati melanjutkan masa
penyiapan untuk kepentingannya.
Jika
sekiranya “time at large” maka tuntutan ganti rugi (LAD) tidak boleh di ambil
kerana tidak ada tarikh yang ditetapkan dari mana gantirugi (LAD) itu akan mula
dikira.
Kesan
dari “ time at large” maka masa penyiapan projek akan dikira berdasarkan masa
yang munasabah.
Masa
menjadi “ at large” juga bila pegawai penguasa gagal melaksanakan tugasnya
untuk menimbangkan lanjutan masa yang dituntut oleh kontraktor sebelum atau
semasa berakhirnya tempoh kontrak.
Sekiranya
tiada lanjutan masa yang diberikan maka kontraktor berkemungkinan akan
mempercepatkan kerja dan menuntut “acceleration cost” bagi mengelakkan
gantirugi tak siap (LAD).
Sekiranya
kontraktor gagal menyiapkan dalam tempoh yang munasabah maka majikan masih
berhak membuat tuntutan “ ganti rugi umum” bukan gantirugi tidak siap (LAD).
Oleh,
Zaiyanazareth
Binti Zaini
Peguamcara
& Peguambela
Tetuan
Zaiyanazareth & Associates
Shah
Alam, Selangor
30.04.2020