Tuesday, June 11, 2024

SEMINAR ONLINE - SEMINAR PENGURUSAN TUNTUTAN EOT, LOSS & EXPENSE & ADDITIONAL EXPENSES (V.O) YANG EFEKTIF DI BAWAH KONTRAK PAM 2018 & PAM 2018 NSC PADA 3 & 4 JULAI 2024








Seminar ini akan diketuai oleh Tn Hj Ismail Hj Omar. Beliau pernah berkhidmat di sektor awam dan swasta sama ada dalam dan luar negara. Sepanjang kerjayanya, beliau telah menguruskan beberapa projek besar dan terlibat dalam pelbagai metodologi pembinaan untuk pembinaan bangunan, lebuh raya, loji rawatan, landasan kereta api dan taman Perindustrian. Sebagai Pengurus Projek, beliau telah mengetuai, mengurus dan mencapai projek bernilai lebih RM 900 juta.



Menjadi kebiasaan bahawa kebanyakan projek pembinaan tidak dapat disiapkan di dalam tempoh penyiapan asal. Kelambatan ini berpunca daripada berbagai sebab yang datang samada daripada pihak Kontraktor sendiri, bencana alam, pihak ketiga atau pihak Majikan. Apabila kelambatan adalah berpunca daripada kesilapan Kontraktor dan Sub-Kontraktor (NSC), Arkitek akan segera mengenakan CNC dan Majikan juga tidak akan teragak-agak mengenakan LAD kepada mereka. Ini terjadi kerana, kebanyakan kontrak pembinaan tidak meletakkan peraturan yang ketat kepada Majikan untuk menolak LAD daripada Kontraktor dan Sub-Kontraktor (NSC).

Sebaliknya, jika kelewatan disebabkan oleh tindakan Majikan, kontrak meletakkan peraturan yang amat ketat yang mesti dipatuhi oleh Kontraktor dan Sub-Kontraktor (NSC) sebelum mereka dibenarkan membuat tuntutan EOT dan “Loss and Expense” daripada Majikan. Malangnya, tidak ramai Kontraktor dan Sub-Kontraktor (NSC) yang didedahkan dengan pengetahuan tentang peraturan-peraturan ini. Disebabkan oleh pemahaman dan kesedaran yang lemah ini, banyak Kontraktor dan Sub-Kontraktor (NSC) telah kehilangan hak mereka untuk menuntut EOT dan “Loss & Expense”. Hak mereka dinafikan hanya kerana gagal mematuhi peraturan ketat yang ditetapkan oleh kontrak.

Terdapat satu kes yang dirujuk ke Mahkamah berhubung dengan tuntutan “Loss & Expense”. Pihak Kontraktor menuntut sekitar RM 12 juta daripada pemaju. Namun keseluruhan tuntutan tersebut ditolak oleh mahkamah kerana kegagalan Kontraktor mematuhi sebahagian peraturan yang ditetapkan oleh kontrak.

Dipercayai, di luar sana, banyak lagi kes di mana Kontraktor dan Sub-Kontraktor (NSC) gagal untuk menuntut “Loss & Expense”. Ini telah menyebabkan mereka kehilangan wang yang sepatutnya mereka berhak terima sekiranya mereka mematuhi proses dan prosedur yang ditetapkan oleh kontrak. Kegagalan dalam tuntutan EOT bermakna mereka terpaksa menanggung beban LAD. Kegagalan dalam tuntutan “Loss & Expense” bermakna semua kos yang telah mereka keluarkan dalam tempoh kelewatan, tidak akan dibayar balik. Kegagalan tuntutan ini akan mengurangkan keuntungan atau meningkatkan kerugian mereka. Sebaliknya, ia akan menguntungkan Majikan.

Justeru itu, untuk mengelakkan kegagalan tuntutan ini daripada berterusan, maka sudah sampai masanya untuk setiap Kontraktor dan Sub-kontraktor (NSC) memastikan syarikat mereka mempunyai satu tatacara operasi piawai di dalam menguruskan tuntutan EOT & “Loss and Expense” dengan cara yang efektif. Langkah awal ialah dengan memastikan kakitangan projek mereka dilatih dengan betul untuk memahami proses dan prosedur yang ditetapkan oleh kontrak bagi membina Tatacara Operasi Piawai yang selari dengan kehendak kontrak.


KENAPA TUAN KONTRAKTOR DISARANKAN UNTUK JOIN SEMINAR KAMI?

Objektif seminar ini adalah untuk membimbing Kontraktor dan Sub-kontraktor (NSC) tentang cara mengurus tuntutan EOT dan “Loss & Expense” dengan lebih strategik, sistematik dan tersusun berdasarkan prosedur yang ditetapkan di bawah PAM 2018 (MC) & PAM Sub-Kontrak 2018 (NSC). Pengurusan yang berkesan akan meningkatkan peluang kejayaan tuntutan mereka dan dalam masa yang sama memastikan pematuhan kepada semua peraturan yang ditetapkan oleh kontrak. Dokumen tuntutan yang teratur, disokong oleh butiran terperinci dan kos yang berkaitan serta mematuhi peraturan kontrak akan mengelakkan tuntutan daripada dipertikaikan dan ditolak oleh Arkitek dan Majikan. Pada masa yang sama, tuntutan yang sistematik dan tersusun serta mematuhi prosedur akan mempercepatkan proses kelulusan dan pembayaran. Ini akan menambah baik dan menstabilkan aliran tunai projek.


DAFTAR SEGERA.TEMPAT ADALAH TERHAD

JOM JOIN SEMINAR KAMI!!!


SEMINAR ONLINE - PENGURUSAN SURAT-MENYURAT KONTRAK PWD 203 PADA 19 & 20 JUN 2024

 

contoh templat - Application for
Interim Payment (Cl 28.1)


 ASSALAMUALAIKUM...

PERHATIAN KEPADA SEMUA KONTRAKTOR!!

PENYERTAAN UNTUK SEMINAR ONLINE PADA 19 DAN 20 JUN 2024 MASIH DI BUKA. TAJUK SEMINAR ONLINE IALAH PENGURUSAN SURAT MENYURAT KONTRAK PWD 203A/203N.

KAMI AMAT MENGALU-ALUKAN PENYERTAAN ANDA UNTUK SEMINAR INI. 

DAFTAR SEGERA. TEMPAT ADALAH TERHAD. KAMI HANYA MENERIMA 40 PESERTA TERAWAL SAHAJA.




KENAPA TUAN KONTRAKTOR KENA JOIN SEMINAR KAMI?

  1. PENCERAMAH KAMI AKAN MENGAJAR PESERTA BERHUBUNG BEBERAPA KLAUSA PENTING KONTRAK DAN BAGAIMANA UNTUK MEMBINA TEMPLAT SURAT-MENYURAT BERDASARKAN KEPADA SITUASI DAN MASALAH YANG MUNGKIN AKAN DIHADAPI OLEH KONTRAKTOR BERHUBUNG DENGAN KLAUSA TERSEBUT.
  2. PESERTA AKAN DIAJAR UNTUK MENGENALPASTI MASALAH YANG MUNGKIN BERLAKU DAN KEMUDIANNYA MENJANA TEMPLAT SURAT MENYURAT YANG KANDUNGANNYA MENEPATI KEPADA SITUASI YANG DIHADAPI DAN JUGA KEPADA KEHENDAK KLAUSA-KLAUSA YANG TERKAIT.

ANDA BUKAN SAHAJA BOLEH MENDAPATKAN MATA CCD SEBANYAK 20 MATA UNTUK MEMPERBAHARUI LESEN CIDB ANDA TETAPI YANG PALING PENTING SEKALI ANDA DAPAT UPGRADE ILMU PENGETAHUAN SEDIA ADA ANDA.

TANPA TEMPLAT STANDARD TERSEBUT, BANYAK DOKUMEN-DOKUMEN PENTING PROJEK TIDAK DIJANA DAN DIREKOD DENGAN BETUL OLEH KAKITANGAN PENGURUSAN PROJEK. AKIBATNYA PIHAK KONTRAKTOR GAGAL MENDAPAT HAK-HAK MEREKA DI BAWAH KONTRAK. BANYAK TUNTUTAN YANG DITOLAK AKIBAT KEKURANGAN MAKLUMAT DAN KETIADAAN DOKUMEN SOKONGAN.