Thursday, April 23, 2020

ISTILAH UNDANG-UNDANG YANG BIASA DIGUNAKAN DALAM CIPAA 2012


Assalammualaikum semua pembaca.

Entri kali ini saya menjelaskan istilah undang-undang yang biasa digunakan di dalam prosiding adjudikasi di bawah Akta Pembayaran dan Adjudikasi Industri Pembinaan 2012.

Antara istilah yang biasa digunakan adalah “ strict liability”, “ rules of natural justice”, “ privity of contract”, “ onus probandi”, “ audi alteram partum”, “ commodum ex injuria sua non habere debet”, “quantum meruit”, “ set off” dan lain-lain.

Pada entri ini saya akan menjelaskan berkenaan “strict liability” dan “ rules of natural justice” sahaja dahulu. Bagi istilah yang lain saya akan terangkan pada entri akan datang.

“ STRICT LIABILITY”

Menurut Seksyen 38(1) Akta Kontrak 1950,

“ Pihak-pihak yang berkontrak mesti melaksanakan apa yang mereka janjikan”.

Seksyen ini dapat ditafsirkan bahawa pelaksanaan sesuatu kontrak mestilah tepat dan sempurna seperti yang dinyatakan di dalam kontrak yang menjadi dasar kepada perjanjian diantara kedua-dua pihak.

Apabila berlaku sebarang penyelewengan dari kehendak yang dinyatakan di dalam dokumen kontrak tanpa arahan / persetujuan dari pegawai penguasa dianggap telah melanggar kontrak dan pihak satu lagi boleh menuntut ganti rugi.

Dalam keadaan ini pihak kontraktor boleh didapati bersalah tanpa perlu dibuktikan kecuaian mahupun niat jenayah mereka.

“ Rules of Natural Justice”

“ Rules of natural justice” adalah peraturan untuk mengelakkan sikap berat sebelah (against bias) dan peraturan untuk mendengar dari satu pihak yang satu lagi (hear from the other side).

Dalam konteks kontrak JKR PWD 203, pegawai penguasa tiada “ duty of care” terhadap kontraktor tetapi sebaliknya terhadap majikan. Kontraktor tidak boleh menyaman pegawai penguasa tetapi perlu menyaman majikan jika sekiranya pegawai penguasa tidak bersikap “ fair & reasonable”.

Dalam perkara ini sekiranya pertikaian berlaku maka pertikaian di antara kontraktor dan majikan akan diadili mengikut peraturan “ Natural Justice”.




Oleh,
Zaiyanazareth Binti Zaini
Peguamcara & Peguambela
Tetuan Zaiyanazareth & Associates
Shah Alam, Selangor
23.04.2020


8. PROSEDUR 8 – TUNTUTAN ADJUDIKASI


Assalamualaikum,
Kali ini saya akan menerangkan berkenaan Tuntutan Adjudikasi. Pihak yang menuntut mestilah menyampaikan Tuntutan Adjudikasi kepada Responden dalam tempoh 10 hari bekerja selepas menerima surat pengesahan perlantikan daripada adjudikator seperti yang terkandung di dalam seksyen 9 akta CIPAA. Seperti yang telah saya beritahu di dalam entri yang lepas, cara untuk menyampaikan Tuntutan Adjudikasi adalah seperti yang tertakluk di bawah seksyen 38 akta CIPAA.

Sebenarnya, tiada format yang khusus untuk menyediakan Tuntutan Adjudikasi tetapi, tuan-tuan bolehlah merujuk kepada seksyen 9 akta ini sebagai garis panduan untuk anda menyediakan Tuntutan Adjudikasi. Tuntutan Adjudikasi merupakan pengembangan tuntutan dan perkara atau isu yang dibangkitkan di dalam Tuntutan Bayaran dan Notis Adjudikasi. Di dalam Tuntutan Adjudikasi, biasanya penuntut akan memberikan keterangan yang lebih lengkap lagi daripada Tuntutan Bayaran atau Notis Adjudikasi. Penuntut juga boleh melampirkan semua dokumen dan surat menyurat yang terlibat, lukisan, gambar dan dokumen-dokumen sokongan yang sesuai sebagai bukti untuk mengukuhkan lagi tuntutan yang dibuat.

Secara umumnya, Tuntutan Adjudikasi bertulis mestilah mengandungi penerangan ringkas mengenai pihak-pihak yang terlibat dengan tuntutan adjudikasi, penerangan ringkas tentang kontrak pembinaan yang mana timbulnya pertikaian tersebut, fakta-fakta berkaitan pertikaian, bukti-bukti yang menyokong tuntutan yang dibuat, remedi yang dituntut, rujukan kepada dokumen dan surat menyurat terdahulu termasuklah notis Tuntutan Bayaran, Respon Bayaran dan Notis Adjudikasi serta dokumen sokongan lain yang merupakan bukti-bukti kukuh kepada tuntutan yang dibuat.

Pihak yang menuntut boleh mempertahankan tuntutan mereka, membuat “cross-claim”, “set-off” ataupun “counter claim” terhadap Respon Bayaran jika mereka menerima dokumen tersebut daripada Responden. Walaupon begitu, penuntut tidak boleh mengemukakan tuntutan baru atau menambah jumlah tuntutan mereka di dalam Tuntutan Adjudikasi yang tidak berkaitan dengan perkara-perkara yang timbul di dalam Tuntutan Bayaran atau Respon Bayaran.

Adjudikator mestilah menerima sesalinan Tuntutan Adjudikasi daripada pihak yang menuntut berserta dokumen sokongan. Penuntut juga mestilah menyampaikan sesalinan Tuntutan Adjudikasi kepada Pengarah AIAC tanpa mengepilkan dokumen sokongan kecuali jika diminta.
Secara ringkasnya, syarat-syarat untuk memfailkan tuntutan adjudikasi adalah seperti berikut: -
Ø  Tuntutan Adjudikasi mestilah secara bertulis dan di atas perkara yang dipertikaikan sahaja

                                                         i.            Sifat & perihal perkara yang dipertikaikan
                                                       ii.            Remedi yang dinyatakan
                                                      iii.            Dokumen sokongan

Sekian, sehingga berjumpa lagi di entri akan datang. Wassalam.

Noridah Omar
Shah Alam.

7. PROSEDUR 7 – MELANTIK ADJUDIKATOR




Assalamualaikum,
Bertemu lagi kita di alam maya ini. Diharapkan anda semua sentiasa sihat selalu. Entri kali ini, saya akan menerangkan cara-cara untuk melantik adjudikator. Pasti anda telah mengetahui dalam entri yang sebelum ini, siapakah adjudikator dan apa peranan adjudikator di dalam prosiding adjudikasi. Dalam entri kali ini, anda akan dapat mengetahui bagaimana adjudikator akan dilantik.

Selepas Notis Adjudikasi disampaikan oleh pihak penuntut kepada responden, peringkat seterusnya di dalam prosiding adjudikasi ialah pelantikan Adjudikator. Adjudikator dilantik untuk mengadili pertikaian di antara kedua-dua pihak. Adjudikator boleh dilantik melalui dua cara iaitu: -

1)      Persetujuan kedua-dua pihak – lantikan oleh kedua-dua pihak dalam masa 10 hari dari tarikh notis adjudikasi.
·         Penuntut perlu memaklumkan adjudikator secara bertulis dan menyerahkan kepadanya notis adjudikasi
·         Adjudikator membincangkan fi beliau dengan kedua-dua pihak dan mengemukakan jawapan secara bertulis 10 hari selepas menerima notis perlantikan

2)      Permintaan dari kedua-dua pihak atau salah satu pihak – lantikan oleh AIAC dalam masa 5 hari selepas menerima permintaan.
·         Adjudikator membincangkan fi beliau dengan kedua-dua pihak dan mengemukakan jawapan secara bertulis 10 hari selepas menerima notis perlantikan
·         Pengarah AIAC akan melantik adjudikator


Noridah Omar
Shah Alam


6. PROSEDUR 6 – MEMULAKAN ADJUDIKASI




Assalamualaikum,

Entri kali ini, saya akan menerangkan prosedur yang seterusnya iaitu prosedur untuk memulakan adjudikasi. Kaedah memulakan prosiding adjudikasi tertakluk di dalam seksyen 8 akta CIPA. Di bawah seksyen ini, ia menyatakan bahawa pihak yang menuntut boleh memulakan prosiding adjudikasi dengan menyampaikankan Notis Adjudikasi yang mengandungi sifat dan keperihalan pertikaian dan remedi yang diminta beserta dengan apa-apa dokumen sokongan kepada responden.
Penyampaian Notis Adjudikasi yang lengkap dan mengikut cara betul adalah penting kerana ia memberikan Responden makluman bahawa pihak yang tidak dibayar bercadang untuk memulakan prosiding adjudikasi.
Apabila menyerahkan Notis Adjudikasi ke atas Responden, penuntut mestilah memastikan bahawa tempoh untuk menyampaikan Respon Pembayaran telah tamat iaitu telah melepasi tempoh 10 hari bekerja. Penuntut mestilah telah menyatakan sifat dan keperihalan pertikaian dengan jelas di dalam Notis Adjudikasi yang dikemukakan. Sifat dan keperihalan pertikaian yang dinyatakan di sini ialah mengenai jumlah tuntutan, sebab tuntutan dibuat, latar belakang kontrak, terma dalam kontrak tuntutan dibuat dan lain-lain. Penuntut mestilah dapat mengesahkan bahawa telah wujud pertikaian di dalam tuntutan tersebut samada disebabkan oleh Responden menafikan sebahagian atau keseluruhan Tuntutan Bayaran di dalam Respon Bayaran ataupun langsung tidak menyampaikan Respon Bayaran.
Di dalam Notis Adjudikasi juga, penuntut menyenaraikan remedi yang ingin dituntut termasuklah kos yang ingin dituntut, faedah di atas kelewatan bayaran, kos-kos yang di bayar kepada AIAC dan adjudikator, kos melantik konsultan tuntutan bayaran dan lain-lain kos yang dibenarkan oleh adjudikator.
Penuntut juga mempunyai pilihan untuk mencadangkan nama adjudikator yang akan menghakimi prosiding tuntutan adjudikasi ini walaupun ianya tidak wajib. Jika kedua-dua pihak tidak bersetuju, maka adjudikator akan dilantik melalui prosedur lain yang akan saya terangkan pada entri akan datang.
Penyampaian Notis Adjudikasi adalah langkah yang penting di dalam proses adjudikasi kerana ia menandakan permulaan had masa  yang telah ditetapkan di bawah CIPAA di mana kedua-dua pihak dan adjudikator diwajibkan mematuhinya. Oleh sebab yang demikian, penuntut mestilah merekodkan bukti penyampaian Notis Adjudikasi kepada Responden. Notis Adjudikasi mesti disampaikan mengikut kaedah-kaedah yang telah ditetapkan oleh akta CIPA yang tertakluk di bawah klausa 38. Kegagalan penuntut untuk menghantar Notis Adjudikasi mengikut klausa 38(a) – (d)  kepada Responden akan menyebabkan ianya tidak sah dan prosiding adjudikasi dibatalkan.
Penyampaian Notis Adjudikasi secara sah adalah MANDATORI. Ini adalah kerana, prosedur pendaftaran kes dengan AIAC dan prosedur untuk melantik Adjudikator akan mula berjalan dari tarikh penyampaian Notis Adjudikasi. Maka sila pastikan anda menggunakan kaedah yang telah ditetapkan di bawah klausa 38 akta CIPA seperti yang telah diterangkan di dalam entri yang sebelum ini. Sekian, wassalam.
Noridah Omar
Shah Alam

PERJALANAN CIPAA


Tahukah anda bagaimana AKTA CIPAA diperkenalkan sehingga ianya menjadi satu cabang baru untuk peruntukan undang-undang yang berhubungan terus dengan isu pembayaran didalam sesuatu kontrak kerja pembinaan di Malaysia?

Tetapi sebelum itu kita tidak dapat memisahkan sejarahnya bagaimana Timbang Tara yang dinama sebagai Adjudikasi ini timbul sehingga terlaksana sebagai undang-undang?

Timbang Tara ini telah diwartakan diUnited Kingdom pada tahun 1996 selepas Sir Michael Anthony Latham yang ditugaskan oleh Parlimen United Kingdom untuk mengetuai pasukan bagi mencari jalan keluar atas kemelut yang melanda industrI pembinaan pada beberapa tahun sebelum itu yang melibatkan konsultan dan kontraktor tidak mendapat tuntutan bayaran atas kerja-kerja yang telah dilaksanakan.

Oleh kerana bilangan konsultan dan kontraktor yang terlibat sangat besar, secara tidak lansung ianya memberi impak yang besar juga kepada pendapatan dan ekonomi United Kingdom.

Hasil dari kajian yang dilakukan oleh pasukan Sir Michael Anthony Latham tersebut telah menemukan titik-titik lemah yang sering berlaku dalam kerja-kerja kontrak pembinaan, Antaranya saperti ‘back to back clause’ juga tidak menetapkan tarikh atau tempuh pembayaran perlu dibuat – ‘unconditional payment’. Tapi semuanya telah diambil kira dibawah peruntukan Timbang Tara ini untuk mempastikan pihak yang menuntut mendapat bayaran saperti yang termaktub didalam kontrak mereka, Serta menguat kuasakan kembali apa yang termaktub didalam kontrak.

Selain itu faktur yang benar-benar membantu untuk penyelesaian atas pertikaian yang berlaku ialah tempuh yang telah ditetapkan ianya wajib diselesaikan dengan keputusan penghakimannya dalam tempuh empat puluh lima (45) hari bekerja.

Diatas perlaksanaan Timbang Tara ini yang sangat berjaya dalam membantu kepada penyelesaian berkenaan bayaran yang dihadapi oleh para kontraktor dan konsultan diUnited Kingdom ini telah mengundang Australia mendahului untuk mengikuti dan mewartakannya pada tahun 1999. Setelah itu dikuti dengan New Zealand pada tahun 2003 juga Singapura pada tahun 2004.
Bagaimana pula dengan Malaysia? Untuk mudah faham, mungkin ianya dapat digambarkan saperti gambarajah dibawah.





Secara ringkasnya setelah perlaksanaan Timbang Tara yang dikenal sebagai Adjudikasi ini diUnited Kingdom, Australia, New Zealand dan Singapura menampakkan impak yang sangat positif yang kemudian telah menguja ianya dibincangkan dikalangan kontraktor dan konsultan diMalaysia sehingga ianya diangkat dan mendapat sokongan industri keperingkat CIMP.

Bermula dari situ diangkat keperingkat kementerian dan mendapat kelulusan kabinet untuk seterusnya diangkat keParlimen dalam proses untuk mewartakannya sebagai undang-undang,

Akhirnya setelah mendapat perkenan dari Yang diPertuan Agong pada 18 Jun 2012 dan diwartakan pada 22Jun 2012.




















KENAPA ADJUDIKASI CIPAA ADALAH ALTERNATIVE TERBAIK


                        

          Salam sejahtera kepada semua pembaca yang saya hormati. Pada entri ini saya akan kongsikan kenapa adjudikasi CIPAA adalah alternative terbaik. Selain dari adjudikasi CIPAA Kontraktor yang menghadapi masalah bayaran boleh juga membawa kes masalah pertikaian pembayaran ke Timbangtara dan Litigasi Mahkamah. Tetapi ingin saya tekankan di sini adjudikasi CIPAA adalah alternative terbaik dalam menyelesaikan masalah pertikaian pembayaran yang dihadapi kontraktor.

       Kenapa? Pertama ialah secara relative adalah lebih mudah. Penuntut boleh memilih untuk tidak memerlukan peguam. Penuntut boleh membuat sendiri proses tuntutan adjudikasi di bawah akta CIPAA. Proses adjudikasi boleh dibuat di mana-mana sahaja. Di pejabat ,hotel,restoran atau di mana-mana sahaja mengikut keselesaan . Boleh dimulakan bila-bila masa sahaja tidak perlu tunggu projek siap atau kontrak ditamatkan. Persediaan dokumen boleh dibuat sendiri oleh kontraktor. Proses adjudikasi juga tiada perbicaraan seperti kes mahkahmah kebiasaannya walaubagaimanapon tertakluk pada budibicara jika perlu pada perbicaraan.

      Keduanya proses adjudikasi secara relatif adalah lebih murah. Kos penyediaan dokumen lebih murah. Kos adjudikasi lebih murah. Pihak yang menang tidak perlu menanggung kos adjudikasi dan pihak yang menang juga boleh menuntut kos penyediaan dokumen kepada pihak yang kalah. Di Minda Wibawa Resources misalnya yang telah lama berkecimpung sebagai Consultant Advisor untuk adjudikasi CIPAA menggunakan pendekatan “success basis” di mana jika client menang kes tuntutan barulah membayar komisen . Pada hakikatnya at the end of the day anda tidak membayar apa-apa pon tapi pihak yang kalah lah yang menanggungnya.

      Ketiga proses adjudikasi CIPAA adalah secara relatifnya lebih cepat. Jika kontraktor membawa kes pertikaian bayaran ke proses litigasi mahkamah boleh mengambil masa 5 hingga 10 tahun lamanya. Jika ke timbangtara boleh mengambil masa 2 hingga 5 tahun. Tetapi proses adjudikasi CIPAA hanya memakan masa 3 hingga 5 bulan. Masa untuk setiap proses dalam adjudikasi telah dihadkan masanya. Masa untuk adjudicator membuat keputusan adalah 45 hari bekerja sahaja. Malahan jika kes yang lebih mudah akan lebih cepat keputusan dibuat. Masa untuk melunaskan bayaran pula adalah 14 hari selepas keputusan dibuat.

     Demikianlah betapa akta CIPAA ini amatlah membantu di dalam mendapatkan keadilan yang segera kepada kontraktor yang menghadapi masalah pertikaian bayaran projek.



Sekian,
Terima kasih.
Saufian Aripin                  21/4/2020