Thursday, April 9, 2020

SENARAI KUANTITI (KLAUSA 26)


Hai bertemu lagi kita untuk topik Pehaman Kontrak PWD 203 PIN 1/2010. Untuk kali ini, saya akan kongsikan tajuk Senarai Kuantiti. Senarai Kuantiti ini dikupas lanjut di bawah Klausa 26 di dalam Kontrak PWD 203. Jadi, mari kita teliti bersama-sama.

KLAUSA  26.1 (Basis of Contrac Sum)

Merupakan dokumen asas kontrak bagi kontrak yang berasaskan senarai kuantiti (PWD 203 A PIN 1/2010). Kualiti dan kuantiti kerja-kerja yang akan dilaksanakan adalah seperti yang dinyatakan didalam senarai kuantiti dan hendaklah menjadi asas kepada harga kontrak.

Jika terdapat sebarang perbezaan di antaranya dengan mana mana dokumen kontrak yang lain dan jika sekiranya melibatkan pertukaran kuantiti / kualiti didalam senarai kuantiti maka harga kontrak juga perlu diselaraskan (menjadi arahan perubahan).

Sekiranya senarai kuantiti memperuntukkan kualiti bahan yang berbeza dengan lukisan dan Pegawai Penguasa (P.P) memilih untuk menggunakan kualiti yang ditunjukkan oleh lukisan maka arahan perubahan perlu dikeluarkan oleh P.P secara bertulis sebelum kerja boleh dilaksanakan. Perkara yang sama juga perlu dilakukan jika berlaku perbezaan yang sangat besar antara kuantiti yang ditunjukkan didalam senarai kuantiti dengan kuantiti didalam lukisan P.P memilih kuantiti didalam lukisan.

Kontraktor atau kerajaan tidak boleh membatalkan kontrak ini sekiranya terdapat kesilapan di dalam senarai kuantiti. Kesilapan itu perlu diperbetulkan dan jumlah yang terlibat dengan pembetulan itu samada ditolak atau di  tambah kepada kontrak mengikut mana yang patut.

KLAUSA  26.2 

Kerajaan berhak untuk membuat penyesuaian terhadap harga didalam senarai kuantiti yang dikemukakan oleh kontraktor untuk memastikan kewajarannya sebelum menerima tender dan keputusan Kerajaan adalah muktamad.

KL AUSA 26.3 

Sebarang penyelarasan harga atau pembetulan arithmatik tidak mengubah amaun keseluruhan di dalam ringkasan sebutharga. Keseluruhan jumlah di dalam senarai kuantiti mestilah sama dengan keseluruhan jumlah yang dipaparkan di dalam Borang Tender.

KLAUSA  26.4  (Standard Method of Measurement)

Penyediaan senarai kuantiti adalah berdasarkan SMM (Standard Method of Measurement) & CEMM (Civil Engineering Method of Measurement) atau MM (Method of Measurement)
CEMM biasanya digunakan untuk kerja infrastruktur. Kekeliruan mungkin timbul sekiranya dalam proses ‘remeasurement’, contractor menggunakan kaedah CEMM tetapi senarai kuantiti disediakan menurut SMM.

Agak mengelirukan yang mana satu dari ketiga-tiga kaedah ini yang digunakan untuk satu-satu kontrak untuk kerja-kerja yang overlap / bertindih yang melibatkan kerja bangunan dan infra. Adakah senarai kuantiti disediakan mengikut kaedah bercampur-campur SMM, CEMM & MM?
Jelas sekali Klausa ini kabur maka “Rule for contra Proferentum” (tidak memihak kepada pembuat kontrak) boleh digunapakai.

Kekeliruan juga mungkin timbul jika dalam pengiraan kerja “Variation Order” kontraktor menggunakan kaedah CEMM tetapi Pegawai Penguasa mahukan pengiraan berdasarkan SMM. SMM biasanya digunakan untuk kerja bangunan

KLAUSA  26.5 (Provisional Quantities)

Kecuali jika kuantiti kerja dinyatakan sebagai “provisional” maka kuantiti didalam senarai kuantiti adalah “firm” / tetap dan tidak tertakluk kepada pengukuran semula kecuali jika ianya dibuktikan silap.

KLAUSA  26.6

Sekiranya kuantiti dinyatakan sebagai “provisional” maka kuantiti tersebut adalah anggaran sahaja. Nilai yang akan dibayar adalah mengikut pengukuran semula.

  • Pegawai Penguasa tidak perlu membuat “remeasurement” kecuali kontraktor dapat membuktikan terdapat kesilapan mengukur yang ketara didalam penyediaan senarai kuantiti.
  •  Pengukuran semula terhadap kuantiti yang ditanda sebagai “Provisional” hanya boleh dibuat selepas projek disiapkan. 

Sekiranya terdapat kesilapan didalam kuantiti “Provisional” maka kontraktor tidak boleh menganggap beliau telah diperdaya (misrepresentation).

KLAUSA  26. 7

Untuk klausa 26.6 jumlah yang perlu dibayar kepada kontraktor hendaklah di “set off” terhadap jumlah untuk kerja tersebut didalam senarai kuantiti dan bakinya samada dicampur atau ditolak.
Kesimpulannya, Senarai kuantiti adalah dokumen asas kontrak dan merupakan dokumen yang penting. Sebarang perbezaan diantaranya dengan mana-mana dokumen kontrak yang lain perlulah diselaraskan.   Dan sekiranya perbezaan tersebut melibatkan pertukaran kuantiti dan kualiti didalam senarai kuantiti maka harga kontrak mesti diselaraskan melalui arahan perubahan yang akan dikeluarkan oleh Pegawai Penguasa.



Sekian,
Penulis: Zafirah Binti Mohd Nor
Rujukan: Construction Law in Malaysia (Tulisan Prof Sundra Rajoo & Ir Harban Singh)
                 Nota Pemahaman Kontrak PWD 203 REV 1/2010 (Tulisan Hj Ismail Bin Omar)



No comments:

Post a Comment