Assalammualaikum
semua pembaca.
Saya
percaya bahawa sekiranya anda adalah seorang kontraktor yang sering melakukan
projek dengan jabatan kerajaan, mesti anda biasa dengan kontrak pembinaan iaitu
borang kontrak JKR PWD. Sekiranya anda
perasan, terdapat dua jenis borang kontrak JKR PWD iaitu JKR PWD 203 dan JKR
PWD 203A.
Dalam
entri kali ini saya akan membicarakan berkenaan perbezaan di antara borang
kontrak JKR PWD 203 dan 230A.
Secara
amnya, kebanyakan terma-terma di antara dua kontrak tersebut adalah sama
kecuali beberapa klausa yang membezakan kontrak berasas kuantiti dan kontrak
berasas lukisan dan spesifikasi.
Kontrak
JKR PWD 203 adalah kontrak untuk nilai projek yang dibuat secara ‘lump sum’.
Dengan kata lainnya, apabila harga kontrak adalah secara lump sum, majikan dan
kontraktor akan menggunakan borang kontrak JKR PWD 203 yang mana kontrak
tersebut berdasarkan lukisan dan spesifikasi.
Manakala
bagi kontrak JKR WD 203A adalah bagi kontrak yang nilai projeknya dibuat
berdasarkan senarai kuantiti. Harga kontrak akan berdasarkan senarai kuantiti
yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak. Dalam hal ini, senarai kuantiti akan
menjadi dokumen yang dominan sepanjang masa.
Dalam
kontrak JKR PWD 203, kontraktor menanggung risiko terhadap skop kerja di mana
kontraktor perlu mengukur, mengira dan menjumlahkan sendiri kuantiti kerja yang
perlu dilaksanakan berdasarkan skop spesifikasi dan lukisan. Oleh kerana fasal
8(a) menyatakan dokumen kontrak saling melengkapi maka mana-mana perbezaan
antara lukisan dan spesifikasi perlu diambil kira kerana tuntutan v.o mungkin
kecundang sekiranya ianya ditunjukkan di dalam salah satu dokumen tersebut.
Manakala
bagi kontrak JKR PWD 203A, senarai kuantiti dibaca bersama-sama dengan dokumen
kontrak yang lain.Dalam hal ini kontraktor hanya perlu menghargakan senarai
kuantiti dengan berhati-hati. Apabila berlaku sebarang percanggahan antara
dokumen kontrak dan senarai kuantiti maka sekiranya arahan pegawai penguasa
menurut fasal 8(b) mengubah senarai kuantiti maka kontraktor berhak mendapat
v.o.
Oleh,
Zaiyanazareth
Binti Zaini
Peguamcara
& Peguambela
Tetuan
Zaiyanazareth & Associates
Shah
Alam, Selangor
21.04.2020
saya ingin berbagi dengan Anda semua tentang bagaimana saya mendapatkan pinjaman saya dari perusahaan pinjaman yang sangat baik dan jujur yang terdaftar di Amerika Serikat, karena saya melamar sebagai pinjaman awal, saya butuh beberapa dokumen untuk memenuhi persyaratan mereka tetapi insya Allah saya lulus dan bekerja dengan lancar sebagai pengusaha. hubungi whatsapp: +18632310632 / pedroloanss@gmail.com untuk semua jenis bantuan keuangan seperti pinjaman dan fasilitas investasi.
ReplyDelete