Thursday, April 9, 2020

PENGURUSAN BAYARAN (KLAUSA 28 – PWD 203 (A) PIN 1 2010)


Assalamualaikum semua. Untuk kali ini, kita akan masuk kepada topik yang baru iaitu PENGURUSAN BAYARAN.  Di bawah topik ini, saya akan pecahkan kepada beberapa tajuk kecil supaya kita lebih fokus dan faham apa itu Pengurusan Bayaran.

Untuk entri pada hari ini, kita akan fokuskan kepada Klausa bayaran yang pertama iaitu Klausa 28. Klausa ini akan menjelaskan tatacara & masa bagaimana sijil dan bayaran akan dibuat kepada kontraktor.

APA ITU BAYARAN??

Bayaran ialah ‘balasan’ yang dijanjikan oleh pihak kerajaan kepada kontraktor di dalam Kontrak. Sijil bayaran adalah “condition precedence” / syarat kepada bayaran. Tempoh mengeluarkan sijil dan pembayaran adalah menjadi intipati kontrak. Klausa ini membuat peraturan dari segi masa dan tanggungjawab  kontraktor dan pegawai penguasa di dalam penyediaan sijil bayaran.

Klausa 28.1

Kontraktor dikehendaki mengemukakan permohonan bertulis kepada P.P pada masa dan format yang ditentukan oleh P.P tersebut. Jadi, kontraktor harus cakna tentang apa-apa yang telah dijanjikan di dalam kontrak. Bukan apa, takut tidak dapat bayaran. Permohonan bertulis mestilah di buat kerana ianya akan dijadikan bukti bahawa kontraktor telah mengemukakan permohonan bayaran secara bertulis.

Pembayaran mesti dibuat setiap bulan atau mengikut pertimbangan P.P. dengan syarat, kontraktor hendaklah mengemukakan permohonan bertulis secara terperinci (amaun yang perlu dibayar) kepada P.P. dan permohonan itu mestilah termasuk beberapa perkara ini;

-       Nilai kerja yang dilakukan dan kerja itu mestilah dilaksanakan dengan betul mengikut terma kontrak yang dipersetujui.

-        Nilai penilaian perubahan atau arahan perubahan dari pada P.P
-        jumlah yang berkaitan dengan perbelanjaan “provisional sums”  dan kos yang dilaksanakan atau dibelanjakan.

-       Nilai apa-apa barang atau bahan yang dihantar ke atau berdekatan dengan tapak yang dimaksudkan untuk digunakan atau dimasukkan ke dalam kerja-kerja pembinaan nilai turun naik harga bahan menurut klausa 30 dan  semua dokumen berkaitan seperti yang dikehendaki P.P sebagai bukti permohonan bayaran untuk bayaran interim.

Klausa 28.2

Selepas menerima permohonan pembayaran daripada Kontraktor, dalam masa 14 hari, P.P hendaklah memeriksa dan mengesahkan kerja-kerja, dan membuat penilaian kerja yang telah disiapkan serta mengeluarkan sijil pembayaran interim yang menyatakan amaun yang perlu dibayar oleh kerajaan kepada kontraktor.

Semasa membuat penilaian dan pengukuran, P.P tidak boleh memanggil kontraktor untuk membuat pengukuran bersama. Sekiranya kontraktor tidak berpuas hati dengan penilaian P.P dan medapati P.P cuai atau bersikap tidak wajar, maka kontraktor tersebut boleh membawa pertikaian itu ke “adjudikasi”. Kita akan berbincang topik adjudikasi di topik yang lain. Nantikan!! 

Jika, terdapat sebarang kecacatan (defect) pada kerja yang telah dilakukan, maka P.P tidak perlu nilai dan tidak perlu diletakkan amaun tersebut di dalam sijil pembayaran interim. P.P bertanggungjawab untuk memastikan perakuan itu telah berada di dalam sistem penyerahan dan pembayaran dan bukan setakat “menandatangani” sahaja.

KLAUSA 28.3 

Penilaian berdasarkan kepada kerja yang telah disiapkan dengan betul + 90% harga bahan tak pasang di tapak yang berada dalam keadaan baik.

KLAUSA 28.4 

Klausa ini tidak tertakluk kepada bahan atau barang tak pasang yang dibekalkan oleh “nominated supplier” yang mana bayaran akan dibuat secara penuh.

KLAUSA 28.5  

Bayaran akan dibuat dalam tempoh 30 hari dari tarikh sijil perakuan bayaran dikemukakan.
·     Kerajaan bertanggungjawab untuk membuat bayaran dalam tempoh yang ditetapkan seperti dalam appendix atau jika tidak dinyatakan mestilah dalam tempoh 30hari.

·    Kegagalan kerajaan membuat bayaran merupakan satu perlanggaran kontrak dan kontraktor boleh membawa kerajaan kepada proses adjudikasi.
.
·      Sekiranya perlanggaran itu melibatkan jumlah yang besar dan berlaku dalam tempoh yang panjang maka kontraktor boleh menyaman kerajaan & berlaku “repudiatary breach of contract”.

·      Sekiranya kontraktr menyediakan performance bond dalam bentuk bank/ insuran/ finance guarantee maka bayaran adalah seperti dalam sijil bayaran.

·       Sekiranya performance bond dalam bentuk wang jaminan perlaksanaan maka bayaran ialah 90% dari sijil.

KLAUSA 28.6 

Sekiranya kontraktor gagal membuat permohonan maka pegawai penguasa akan membuat penilaian sendiri berdasarkan dokumen yang beliau ada dan kerajaan akan terlepas dari sebarang liabiliti.
·      Walaupon kontraktor gagal membuat permohonan, pegawai penguasa masih dipertanggungjawabkan untuk membuat penilaian dan perakuan bayaran setiap bulan.

·     Sekiranya tiada maklumat sokongan yang dihanar oleh kontraktor maka pegawai penguasa hanya perlu membuat penilaian berdasarkan apa-apa maklumat yang beliau miliki.

·     Di atas kegagalan kontraktor untuk memberi maklumat yang secukupnya atau gagal memberi maklumat sama sekali maka kerajaan terlepas dari liabiliti yang berkaitan dengan bayaran interim.

·         Sekiranya kontraktor tidak berpuas hati dengan penilaian pegawai penguasa dan mendapati pegawai penguasa cuai atau bersikap tidak wajar maka beliau tidak boleh membawa pertikaian itu ke “adjudikasi”.

Kesimpulannya, kontraktor berhak dibayar mengikut masa yang telah dipersetujui di dalam kontrak. Ini adalah untuk memastikan kontraktor mempunyai “cash flow” yang baik supaya kerja-kerja projek berjalan dengan  lancar dan dapat disiapkan di dalam masa yang ditetapkan.

Itu sahaja untuk topik bayaran di dalam Kontrak PWD 203(A). Nantikan topik akan datang untuk topik bayaran Kontrak PAM 2006.





Sekian,
Penulis: Zafirah Binti Mohd Nor
Rujukan: Construction Law in Malaysia (Tulisan Prof Sundra Rajoo & Ir Harban Singh)
                Nota Pemahaman Kontrak PWD 203 REV 1/2010 (Tulisan Hj Ismail Bin Omar




No comments:

Post a Comment