CIPAA, Timbangtara dan Litigasi Mahkamah
adalah jenis jenis ‘penyelesaian pertikaian’ yang diiktiraf dari segi undang
undang. Namun begitu dari segi proses dan prosedur nya agak berbeza. Proses dan
prosedur adjudikasi dibawah CIPAA telah dimandatkan oleh undang undang. Masa
adalah menjadi intipati (time is the essence) dibawah CIPAA berbanding
timbangtara dan mahkamah. Setiap proses dibawah CIPAA, masanya telah ditetapkan
oleh akta. Kegagalan mematuhi prosedur dan had masa yang ditetapkan boleh
menjejaskan peluang pihak pihak yang bertikai.
Selain itu pertikaian dibawah kontrak bertulis
kini boleh dibawa segera ke pengadilan CIPAA oleh pihak kontraktor tanpa menunggu projek tamat atau kontrak
ditamatkan sepertimana. Ini berbeza dengan proses timbangtara atau mahkamah dimana pihak
yang bertikai hanya boleh membawa pertikaian itu selepas projek disiapkan atau
selepas kontrak ditamatkan.
Proses adjudikasi akan terus dimulakan
bilamana pihak kontraktor merasa terkilan dan
mengambil tindakan memulakannya sesudah berlaku pertikaian. Keputusan
akan dikeluarkan dalam tempoh yang singkat dimana adjudikator mempunyai masa
maksimum 45 hari bekerja untuk mengeluarkan keputusan bertulis. Dijangkakan
untuk kes yang lebih mudah keputusan akan dikeluarkan lebih awal bergantung
kepada budibicara adjudikator.
Pihak yang menang mempunyai beberapa
remedi untuk dilaksanakan terhadap kerajaan. Antaranya ialah beliau boleh
memperlahan dan memberhentikan kerja sehingga bayaran yang dipertikaikan itu
diterima. Beliau juga boleh menuntut bayaran terus dari principal. Berbekalkan
keputusan adjudikasi pemenang juga boleh mendapatkan perintah mahkamah keatas
pihak yang kalah.
Pihak yang kalah pula dikehendaki menanggung keseluruhan kos
prosiding adjudikasi, kos penyediaan tuntutan oleh pihak kontraktor dan faedah
untuk bayaran tertunggak.
HJ ISMAIL BIN OMAR
(ADJUDIKATOR BERTAULIAH)
No comments:
Post a Comment