Assalamualaikum,
Pihak yang tidak dibayar mempunyai
hak membuat tuntutan
|
Pihak yang tidak membayar
|
SYARAT-SYARAT TUNTUTAN - MEMBUAT TUNTUTAN SECARA BERTULIS
|
Entri kali ini akan menerangkan
berkenaan tuntutan bayaran. Tuntutan bayaran merupakan prosedur yang pertama di
dalam proses adjudikasi seperti yang tertakluk di bawah seksyen 5 akta CIPA
. Ini bermaksud, sebelum anda ingin
memulakan proses adjudikasi, anda mestilah membuat tuntutan bayaran kepada
pihak yang tidak membayar.
Pihak yang tidak dibayar boleh
menyampaikan suatu tuntutan pembayaran kepada pihak yang tidak membayar bagi bayaran
menurut suatu kontrak pembinaan. Ini bermaksud, tuntutan pembayaran yang
dibuat hanya tertakluk kepada suatu kontrak pembinaan sahaja. Jika kontraktor
mempunyai beberapa tuntutan bayaran untuk kontrak pembinaan yang berlainan maka
beliau perlulah membuat beberapa tuntutan bayaran yang berasingan.
Anda pasti ingin
mengetahui apa itu bayaran dan bayaran apa yang boleh dituntut di bawah akta
CIPAA, betul tak? Seksyen 4 akta CIPAA mentakrifkan bayaran bermaksud
"pembayaran untuk kerja yang dilakukan atau perkhidmatan yang diberikan di
bawah terma nyata kontrak kontrak ". Ini bermaksud bahawa, tuntutan
bayaran yang dibuat hanyalah untuk pembayaran ke atas kerja kontrak yang telah
siap dilakukan atau perkhidmatan yang telah diberikan sahaja di bawah terma
nyata kontrak pembinaan. Kontraktor tidak boleh membuat tuntutan selain
daripada perkara-perkara ini. Pembayaran yang boleh dituntut adalah bayaran
kemajuan kerja dan bayaran akhir. Bayaran kemajuan kerja boleh dituntut tidak
kira samada ianya dibuat secara secara bulanan, bayaran berperingkat atau
bayaran pendahuluan. Bagi tuntutan bayaran akhir pula ianya meliputi item-item
bayaran seperti perubahan kerja variasi, pengurangan harga kerja, jumlah kos
utama, preliminari, pelarasan kos, wang pengekalan (retention sum) dan
sebagainya selagi ianya telah diperuntukkan dengan jelas di bawah kontrak
pembinaan yang dipertikaikan.
Apakah dia perkara-perkara yang
terkandung di dalam tuntutan bayaran? Bagaimana tuntutan bayaran dibuat?
Seperti yang telah diterangkan pada entri yang lepas, tuntutan bayaran yang
dibuat mestilah secara BERTULIS. Tuntutan
yang dibuat secara bertulis mestilah mengandungi perkara-perkara berikut:
a) (MANDATORI) Mesti menyatakan amaun dituntut dan tarikh sepatutnya amaun
itu dibayar
-
Penuntut mestilah menyatakan
jumlah amaun yang ingin dituntut dah tarikh akhir amaunt tersebut dibayar
b) Sebab tuntutan dibuat dan terma kontrak yang berkaitan
-
Penuntut mesti menyatakan
mengapakah tuntutan tersebut dibuat (tidak menerima bayaran selepas tamat
tarikh akhir, tolakan LAD, Wang pengekalan) dan menyatakan tuntutan yang dibuat
berdasarkan klausa yang relevan di dalam kontrak, jika tiada maka peruntukan
ingkar CIPAA akan diguna pakai
c) Butir-butir kerja/ perkhidmatan yang telah dilaksanakan yang
bersangkutan dengan bayaran yang dituntut
-
Nyatakan no rujukan kontrak,
tarikh kontrak dibuat atau butiran lain yang membuktikan kewujudan kontrak
pembinaan
d) Kenyataan bahawa tuntutan itu dibuat di bawah akta ini
-
Menyatakan tuntutan bayaran yang
dibuat di bawah seksyen 5 CIPAA
Seperti yang telah
dijelaskan, penuntut mestilah menyatakan dengan jelas perkara-perkara di atas
di dalam notis tuntutan bayaran. Kegagalan untuk berbuat demikian boleh
menyebabkan notis tuntutan tidak sah dan ditolak.
Saya pasti, mungkin ramai
di antara kontraktor ragu-ragu untuk menyediakan notis tuntutan anda sendiri
kerana kekurangan ilmu pengetahuan mengenai CIPAA. Kontraktor mempunyai pilihan
untuk melantik Perunding Tuntutan bagi pihak mereka untuk menyediakan notis
tuntutan bayaran dan bagi mewakili mereka di dalam tuntutan di bawah CIPAA.
Sekian dulu untuk kali ini. Semoga bertemu lagi di entri akan datang. Wassalam.
Noridah Omar
Shah Alam.
No comments:
Post a Comment