Hai Assalamualaikum wbt. Berjumpa lagi kita untuk topik pemahaman
tentang bayaran. Untuk kali ini, kita akan fokuskan untuk Klausa bayaran bagi
kontrak PAM 2006. Seperti yang kita ketahui pada entri yang lepas, bayaran
adalah merupakan “balasan” yang dijanjikan oleh pihak kerajaan/majikan kepada
kontraktor di dalam kontrak ini. Sijil bayaran adalah “condition precedence”
kepada bayaran. Tempoh mengeluarkan sijil dan pembayaran adalah menjadi
intipati kontrak.
Klausa ini mempunyai 17 sub-klausa. Ada yang panjang dan ada yang
pendek. Maka saya akan bahagikan entri ini kepada tiga bahagian. Bahagian I, II
dan III. Mari kita fahami bersama!
KLAUSA 30.1 (Payment application and issuance of Architect’s
certificate)
Sama seperti di dalam Kontrak PWD, di dalam Kontrak PAM juga kontraktor
perlu membuat permohonan untuk mendapatkan sijil bayaran. Kontaktor dikehendaki
untuk mengemukakan permohonan kepada arkitek secara berkala seperti yang
ditetapkan dalam apendix kontrak. Sekiranya kontraktor gagal membuat permohonan,
maka arkitek berhak untuk tidak mengeluarkan sijil bayaran. Permohonan mestilah
disokong oleh butir terperinci.
Selepas permohonan dikemukakan, Arkitek mesti mengeluarkan sijil
selepas 21 hari kepada majikan dengan satu salinan kepada kontraktor. Majikan
pula mestilah membuat pembayaran dalam tempoh yang ditetapkan seperti dalam
apendix (21 hari).
KLAUSA 30.2 (Amount due in Architect’s certificate)
Semua amaun yang dinyatakan dalam sijil bayaran mestilah mengambil kira
material on site yang dibawa untuk tujuan kerja sahaja. Material yang dibawa
masuk terlalu awal mungkin tidak akan dibayar.
KLAUSA 30.3 (Errors in payment certificate)
Kecuali kesilapan yang disebabkan oleh kesalahan menaip, kesalahan
pengiraan atau kesilapan perkeranian, maka arkitek tidak perlu membetulkan
sijil bayaran yang tersilap itu.
KLAUSA 30.4 (Set-off by employer)
Klausa ini memperihalkan tentang penolakan “set off” oleh majikan.
Majikan berhak menolak “set off” ke atas semua kos yang ditanggung
akibat dari kegagalan dan kecuaian kontraktor.
Syarat untuk menolak “set off” ialah:
1.
Arkitek (mewakili majikan) telah
menghantar butiran lengkap serta penilaiannya terhadap jumlah “set off”
2.
Majikan ataupun arkitek telah
mengemukakan notis secara bersurat yang menjelaskan niatnya untuk membuat “set
off” dengan menyatakan amaun dan sebab-sebab “set-off” itu dibuat.
3.
Notis bertulis mesti dikemukakan
28 hari sebelum “set off” dibuat.
Selepas menerima notis bersurat sekiranya kontraktor tidak bersetuju
dengan amaun yang di “set off” maka kontraktor perlu membuat bantahan dengan
mengemukakan sebab dalam tempoh 21 hari. Sekiranya ada bantahan dari
kontraktor maka majikan tidak boleh membuat tolakan sehingga diputuskan olej
adjudikator.
KLAUSA 30.5 (Retention Fund)
Majikan dbenarkan untuk membuat penahanan berdasarkan kepada nilai
kerja dan material yang dibayar.
KLAUSA 30.6 (Rules regarding Retention Fund)
Wang tahanan yang dipegang mestilah tertakluk kepada peraturan:-
1.
Wang itu dipegang oleh majikan
sebagai pemegang amanah (fiduciary) bagi pihak kontraktor
2.
Ianya bertujuan untuk membolehkan
majikan menggunakannya bila kontraktor mungkir janji
3.
Sekiranya kontraktor menuntut
supaya wang itu disimpan di dalam satu akaun “escrow” maka dalam tempoh
14 hari majikan mestilah membuat bayaran ke dalam akaun amanah tersebut.
4.
Akaun “escrow” itu mesti ditadbir
oleh pihak yang dipersetujui oleh kontraktor
5.
Segala kos untuk membuka dan
mentadbir akaun “escrow” itu ditanggung oleh kontraktor
Bilamana majikan hendak menggunakan wang tahanan itu maka beliau mesti
memaklumkan kepada kontraktor dengan menyatakan sebab-sebabnya. Selepas 14
hari dari tarikh CPC maka arkitek mesti menyediakan sijil bayaran 50% dari
wang tahanan dan dibayar dalam tempoh bayaran. Selepas 14 hari dari tarikh
CMGD maka arkitek mesti menyediakan sijil bayaran baki 50% dari wang
tahanan dan dibayar dalam tempoh bayaran.
Itu sahaja untuk Bahagian I. Bahagian II akan
bersambung pada entri seterusnya.
Penulis : Zafirah Binti Mohd Nor
Rujukan: Construction Law in Malaysia (Tulisan Prof Sundra Rajoo &
Ir Harban Singh)
Nota Pemahaman
Kontrak PWD 203 REV 1/2010 (Tulisan Hj Ismail Bin Omar)
No comments:
Post a Comment