Thursday, April 23, 2020

ISTILAH UNDANG-UNDANG YANG BIASA DIGUNAKAN DALAM CIPAA 2012


Assalammualaikum semua pembaca.

Entri kali ini saya menjelaskan istilah undang-undang yang biasa digunakan di dalam prosiding adjudikasi di bawah Akta Pembayaran dan Adjudikasi Industri Pembinaan 2012.

Antara istilah yang biasa digunakan adalah “ strict liability”, “ rules of natural justice”, “ privity of contract”, “ onus probandi”, “ audi alteram partum”, “ commodum ex injuria sua non habere debet”, “quantum meruit”, “ set off” dan lain-lain.

Pada entri ini saya akan menjelaskan berkenaan “strict liability” dan “ rules of natural justice” sahaja dahulu. Bagi istilah yang lain saya akan terangkan pada entri akan datang.

“ STRICT LIABILITY”

Menurut Seksyen 38(1) Akta Kontrak 1950,

“ Pihak-pihak yang berkontrak mesti melaksanakan apa yang mereka janjikan”.

Seksyen ini dapat ditafsirkan bahawa pelaksanaan sesuatu kontrak mestilah tepat dan sempurna seperti yang dinyatakan di dalam kontrak yang menjadi dasar kepada perjanjian diantara kedua-dua pihak.

Apabila berlaku sebarang penyelewengan dari kehendak yang dinyatakan di dalam dokumen kontrak tanpa arahan / persetujuan dari pegawai penguasa dianggap telah melanggar kontrak dan pihak satu lagi boleh menuntut ganti rugi.

Dalam keadaan ini pihak kontraktor boleh didapati bersalah tanpa perlu dibuktikan kecuaian mahupun niat jenayah mereka.

“ Rules of Natural Justice”

“ Rules of natural justice” adalah peraturan untuk mengelakkan sikap berat sebelah (against bias) dan peraturan untuk mendengar dari satu pihak yang satu lagi (hear from the other side).

Dalam konteks kontrak JKR PWD 203, pegawai penguasa tiada “ duty of care” terhadap kontraktor tetapi sebaliknya terhadap majikan. Kontraktor tidak boleh menyaman pegawai penguasa tetapi perlu menyaman majikan jika sekiranya pegawai penguasa tidak bersikap “ fair & reasonable”.

Dalam perkara ini sekiranya pertikaian berlaku maka pertikaian di antara kontraktor dan majikan akan diadili mengikut peraturan “ Natural Justice”.




Oleh,
Zaiyanazareth Binti Zaini
Peguamcara & Peguambela
Tetuan Zaiyanazareth & Associates
Shah Alam, Selangor
23.04.2020


No comments:

Post a Comment