Assalamualaikum,
Entri
hari ini adalah berkenaan dengan Keputusan Adjudikator. Setelah kedua-dua pihak
selesai menyerahkan kesemua dokumen adjudikasi dan mengemukakan kesemua bukti
bukti yang boleh menyokong mereka di dalam tuntutan yang dibuat, pasti tempoh
45 hari menunggu untuk mendapatkan keputusan
daripada adjudikator adalah saat-saat yang sangat ditunggu. Pasti
berdebar-debar samada tuntutan yang dibuat berpihak kepada kita atau
sebaliknya.
Menurut seksyen 12 (2) akta CIPA, dalam tempoh
45 hari bekerja, Adjudikator mestilah memberikan keputusan terhadap pertikaian
yang berlaku di antara kedua-dua pihak. Keputusan yang dikeluarkan mestilah
secara bertulis dan mesti menyatakan sebab-sebab keputusan dibuat: -
1.
Amaun teradjudikasi kepada pihak
yang menang
2.
Menentukan masa dan cara amaun
teradjudikasi mesti dibayar
3.
Kadar faedah ke atas kos
teradjudikasi
4.
Fi adjudikasi dan kos prosiding ke
atas yang kalah
Adjudikator
bertanggungjawab memberikan alasan yang dapat menjelaskan bahawa beliau telah
membuat keputusan ke atas kesemua isu-isu penting yang mesti diputuskan yang
telah dipertikaikan oleh kedua-dua pihak dengan betul dan tepat. Ini adalah
penting agar kedua-dua pihak dapat memahami di dalam konteks prosedur
adjudikasi, apakah yang adjudikator telah putuskan dan mengapa ia membuat
keputusan sebegitu.
Selain
daripada syarat bahawa keputusan mesti dibuat secara bertulis, seksyen 12(5)
akta CIPA juga memerlukan adjudikator untuk menentukan amaun yang teradjudikasi,
dan masa dan cara jumlah yang perlu dibayar kepada pihak yang menang. Jumlah
yang teradjudikasi merujuk kepada jumpah pembayaran yang harus dibayar oleh
pihak yang kalah kepada pihak yang menang setelah mengambil kira kerugian atau
tuntutan balas yang memihak kepada pihak yang tidak membayar (jika ada).
Sekian
dahulu buat kali ini. Diharap anda semua dapat memahami entri saya pada hari
ini dan entri yang sebelum ini. Saya amat berharap anda dapat mempunyai sedikit
idea untuk memahami prosedur CIPAA. Wassalam.
Nota: Adjudikator menjadi ‘Functus
Officio’ selepas memberikan keputusan adjudikasi. Beliau hanya boleh
membetulkan kesilapan “typo” di dalam keputusan beliau sekiranya diperlukan
Noridah Omar
Shah Alam.
No comments:
Post a Comment