Thursday, April 16, 2020

LATAR BELAKANG CIPAA




Dalam perlaksanaan sesuatu kerja kontrak pembinaan secara mudah-nya dapat digambarkan hairakinya saperti berikut:




Kontraktor Utama yang memperolehi kontrak dari pihak Majikan, biasa-nya akan melantik pula beberapa Sub-Kontraktor dibawahnya untuk melaksanakan kerja pembinaan tersebut.

Begitu juga dengan Sub-Kontraktor yang memperolehi kontrak dari Kontraktor Utama akan melantik Sub-Sub Kontraktor dibawahnya untuk melansungkan kerja-kerja binaan tersebut.

Begitulah seterusnya hingga kepada beberapa tahap lagi dibawahnya bergantung kepada sejauh mana besarnya kerja kontrak pembinaan yang akan dilaksanakan.

Apa yang dapat kita fahamkan apabila melihat keadaan ini?
Pihak yang dibawahlah sebenarnya yang melaksanakan kerja dan akan membuat tuntutan bayaran secara bulanan saperti yang termaktub didalam kontrak pembinaan.

Tetapi apa yang sering berlaku secara berleluasa. Bayaran yang dibuat dibayar lewat dari tarikh yang sepatutnya. Disamping itu jumlah bayaran yang dibuat juga sering kurang dari jumlah bayaran yang dituntut. Bahkan ada yang tidak dibayar lansung dan biasa berlaku diperingkat akhir sesuatu kerja pembinaan tersebut.

Itu belum lagi melibatkan kerja-kerja saperti V.O (Variation Order) yang sering berhadapan dengan bayaran dibuat diakhir-akhir kerja pembinaan dan jumlah tuntutan juga sering dibayar kurang dari tuntutan yang dibuat.

Inilah scenario yang sering berlaku dalam sesuatu kontrak kerja pembinaan dan keadaan ini menyebabkan kontraktor mengalami masalah untuk menguruskan kerja pembinaan dengan baik.

Penyelesaian yang ada hanya boleh membawa pertikaian tersebut kepada tindakan undang-undang sama ada dibawah peruntukan ‘Litigation’ atau pun ‘Arbitration’ sahaja.

Kedua-dua bidang peruntukan penyelesaian melalui undang-undang ini juga tidak banyak membantu dalam sebarang pertikaian yang dibawa atas kerana memakan tempuh masa yang panjang antara yang terbaik sekali pun dalam lingkungan dua (2) tahun dan yang seringnya sehingga tujuh (7) tahun bahkan ada yang sepuluh (10) tahun dan lebih.

Atas landasan tersebut satu Timbang Tara baru yang dipanggil Adjudikasi telah diwartakan untuk membantu sebarang pertikaian yang timbul dalam kerja-kerja pembinaan dengan kadar yang sangat segera berbanding dengan kedua-dua peruntukan undang-undang sebelumnya.

No comments:

Post a Comment