Pada
entri yang lepas, saya telah menerangkan maksud kontrak. Kali ini saya akan
sambung lagi topik berkaitan kontrak.
Sebagaimana
entri yang lepas, kontrak adalah perjanjian yang boleh dikuatkuasakan oleh
undang-undang.
Perjanjian
atau kontrak itu dibuat oleh dua atau lebih pihak yang saling menginginkan
‘kelebihan’ yang dipunyai oleh satu pihak yang lain.
Secara
lazimnya, terdapat beberapa perkara yang akan dizahirkan di dalam sesebuah
kontrak.
Antara
perkara-perkara tersebut adalah termasuk tanggungjawab pihak-pihak yang
berkaitan kontrak, hak, tuntutan, remedi, serta menjelaskan peraturan dan
syarat-syarat berkaitan kontrak.
Namun
saya percaya, ramai antara kita semua masih lagi memandang remeh kepentingan
memahami dan membaca kontrak sebelum menandatangani kontrak tersebut.
Suka
saya ingatkan bahawa sebelum menandatangani apa-apa kontrak, adalah PENTING
untuk anda membaca dan memahami kontrak tersebut sepenuhnya dengan teliti.
Tidak salah untuk anda mendapatkan penjelasan sekiranya terdapat perkara yang
tidak difahami di dalam kontrak tersebut.
Anda
perlu selalu ingat bahawa setiap perkara yang tertulis di dalam kontrak dibuat
dengan sebab dan mempunyai tujuannya tersendiri. Perkara-perkara yang dibuat di
dalam kontrak tidak dibuat sewenang-wenangnya, ianya mungkin berisiko dan
selalunya perkara-perkara tersebut tidak menyebelahi anda.
Oleh
itu, yang paling penting, BACA dan FAHAMKAN kontrak sebelum menandatanganinya.
Oleh,
Zaiyanazareth
Binti Zaini
Peguamcara
& Peguambela
Tetuan
Zaiyanazareth & Associates
Shah
Alam, Selangor
31.03.2020
No comments:
Post a Comment