Cash In ≥ Cash Out
Tuan puan pembaca yang saya hormati
pada entri ini saya ingin kongsikan tentang aliran tunai. Aliran tunai
sangatlah penting di dalam suatu pengurusan projek .Tanpa aliran tunai yang
baik mana mungkin sesuatu projek itu dapat dilaksanakan dengan baik.
Aliran tunai yang baik ialah di mana
wang masuk lebih besar dari wang keluar. Baru lah ada untung. Ini asyik wang
keluar jer bila nak masuk wangnya.
CASH IN
|
CASH OUT
|
Payment
from client
|
Pay
to me
|
Pay
to my staff
|
|
Pay
to my office landlord
|
|
Pay
to my utility provider
|
|
Pay
to my suppliers
|
|
Pay
to my sub contractors
|
|
Total
= RM xxxxxx
|
Total
= RM yyyyyyyy
|
Kita lihat pada rajah di atas wang masuk
adalah bayaran yang kita terima daripada client . Wang keluar pula perbelanjaan
kita , bayar gaji pekerja ,sewa office ,bil utility, bayar supplier dan bayar
sub kontraktor.
Cash flow yang baik ialah apabila cash in
lebih besar daripada cash out. Tetapi Tuan Puan realitinya adakah cash flow
kita dalam keadaan baik? Adakah cash in kita lebih besar daripada cash out?
Realitinya kita banyak sibuk membuat perbelanjaan bayar sana bayar sini tetapi
bayaran yang sepatutnya kita terima kita kurang memberi perhatian. Duit kita di
dalam poket orang lain. Yer duit kita tuan puan.
Kadang kala kita bawak client pergi
karaoke makan kari kepala ikan sambil – sambil kecek ‘’Dato’ agak-agak bila
saya bole dapat payment saya” kata kita sambil tersipu-sipu tersengeh-sengeh
malu-malu kucing.
Kita membodek duit yang sebenarnya adalah
milik kita . Apa ke jadahnya semua ini? Dah puas kita belanja karaoke, dah puas
bawak makan kari kepala ikan,kari kepala kambing,kari kepala unta . Badan pon
dah bau kari tetapi payment tak juga dapat. Aduhai apa hal ni tuan puan.
Masalah ni.
Pagi-pagi buta kita dah terpacak di office
client nak mintak payment . Tunggu punya tunggu sampai tengah hari Dato’ tak
masuk office lagi. Tunggu lagi sampai ke petang office pon dah nak tutup. Dapat
info daripada kerani yang Dato’ bercuti ke Wuhan ,China. Makan kelawar gamaknya
dengan amoi china. Aduhai..sabar tuan puan , jangan dipukul pula kerani tu.
Masalah bayaran begini hendaklah diberi
perhatian dan tindakan kerana ianya sangat penting kepada aliran tunai kita. Jangan
tunggu lama-lama tuan puan . Dapatkan kembali bayaran projek tuan puan melalui
proses adjudikasi akta CIPAA agar aliran tunai tuan puan sentiasa dalam keadaan
baik.
Terima
kasih.
Saufian
Aripin 8/4/2020
No comments:
Post a Comment