Thursday, April 16, 2020

CIRI KONTRAK PEMBINAAN


Assalamualaikum semua pembaca,

Kali ini kita akan membincangkan berkenaan ciri utama kontrak pembinaan. Terdapat beberapa ciri-ciri utama yang dapat dilihat dalam kontrak pembinaan.

Salah satu ciri utama kontrak pembinaan adalah kontrak tersebut menjelaskan skop projek dan produk. Skop kerja-kerja yang perlu dilaksanakan akan dijelaskan secara terperinci di dalam kontrak. 

Seterusnya ciri utama yang lain adalah kontrak pembinaan tersebut akan menjelaskan tanggungjawab majikan untuk menyediakan pembayaran sebagai balasan terhadap skop-skop kerja yang telah dilaksanakan.

Ciri utama kontrak pembinaan antara lainnya akan menjelaskan tanggungjawab kontraktor untuk menyiapkan projek mengikut lukisan dan spesifikasi serta syarat-syarat kontrak.

Antara ciri utama lain adalah dalam kontrak tersebut terdapat juga klausa berkenaan tanggungjawab dan had kuasa pentadbir kontrak. Ianya penting bagi memastiakn setiap pihak tahu dan faham berkenaan tanggungjawab serta had kuasa masing-masing.


Selanjutnya antara ciri utama di dalam kontrak pembinaan adalah berkaitan remedi. Kebiasaanya sekiranya berlaku sebarang kemungkiran, terdapat remedi yang akan menjaga kepentingan setiap pihak. Hal ini penting kerana sebarang kemungkinan mungkin akan berlaku dalam tempoh kontrak.

Ciri utama yang lain dalam kontrak pembinaan adalah kontrak ini perlu mejelaskan peraturan-peraturan yang menjadi syarat kepada pelaksanaan terma-terma kontrak. Hal ini penting bagi memastikan bahawa tidak terdapat syarat-syarat yang pihak-pihak terlepas pandang sepanjang tempoh kontrak.




Oleh,
Zaiyanazareth Binti Zaini
Peguamcara & Peguambela
Tetuan Zaiyanazareth & Associates
Shah Alam, Selangor
13.04.2020




No comments:

Post a Comment