NOTA AKTA BAYARAN
Satu undang undang baru yang nama
singkatannya CIPAA 2012 telah diluluskan oleh Parlimen Malaysia dan telah mula
beroperasi pada 15hb April 2014 yang lalu. Undang undang ini bertujuan untuk
memberi keadilan yang segera didalam menangani pertikaian berhubung pembayaran didalam industri
pembinaan melalui satu mekanisma yang dipanggil “adjudikasi”. Selain dari prosesnya yang mudah, murah dan cepat, keputusan
adjudikasi mengikat kedua dua pihak
secara undang undang.
Kini pemain pemain industri binaan
terutamanya mereka yang berkontrak
dilapisan bawah seperti
Kontraktor, Subkontraktor dan Pembekal sudah boleh menarik nafas lega
kerana bayaran untuk kerja yang telah mereka laksanakan mengikut perjanjian
kontrak akan lebih terjamin dan akan diperolehi mengikut terma kontrak yang
ditandatangani. Malah bayaran yang masih
tertunggak untuk projek
projek yang lepas juga sudah boleh dituntut dibawah akta ini. Mana mana
bayaran seperti “ final account” yang telah melebihi tempoh yang ditetapkan
oleh kontrak dan “wang tahanan” sudah boleh mula dituntut melalui akta ini.
Untuk membuat tuntutan kontraktor
mestilah memastikan mereka pertama tamanya mempunyai kontrak yang bertulis. Seterusnya
mereka mestilah mempunyai dokumen sokongan untuk membuat tuntutan. Mereka juga
mesti boleh membuktikan sebab sebab tuntutan dibuat mengikut peruntukan kontrak
dan peruntukan dibawah akta ini.
Proses dan prosedur tuntutan ini mudah
dan ringkas dan boleh dilakukan sendiri oleh kontraktor tanpa melalui peguam. Keseluruhan
proses adjudikasi dibawah CIPAA akan mengambil masa lebih kurang tiga bulan. Untuk
kes yang lebih simpel keputusan adjudikasi akan mengambil masa lebih singkat.
Proses dan prosedur tuntutan dimandatkan
oleh undang undang dan mestilah mematuhi kehendak akta ini. Untuk memahami
bagaimana tuntutan dibawah akta ini boleh dibuat sila hadiri seminar seminar
kami diatas tajuk akta bayaran dan adjudikasi industry binaan dan pengurusan
kontrak. Keterangan lanjut sila hubungi Minda Wibawa Resources melalui tel
03-51019151 / Hj Ismail Omar 019-3036869.
INFO RINGKAS TENTANG AKTA PEMBAYARAN & ADJUDIKASI INDUSTRI BINAAN
(CIPAA)
1.
AKTA CIPAA
TELAH DILULUSKAN OLEH PARLIMEN & TELAH MULA BEROPERASI PADA 15 APRIL 2014
2.
MATLAMATNYA
IALAH UNTUK MEMASTIKAN KECEKAPAN ALIRANTUNAI INDUSTRI BINAAN NEGARA
3.
CIPAA ADALAH
SATU BENTUK PENYELESAIAN PERTIKAIAN ALTERNATIF YANG MENGGUNAKAN PROSES
ADJUDIKASI
4.
PROSES
ADJUDIKASI LEBIH CEPAT, MUDAH & MURAH BERBANDING TIMBANGTARA &
MAHKAMAH. JUSTRU ITU IA AKAN MENJADI PILIHAN UTAMA DIDALAM MENYELESAIKAN
PERTIKAIAN.
5.
BERBEZA DENGAN
PROSES TIMBANGTARA ATAU MAHKAMAH AKTA CIPAA BOLEH DIGUNAKAN BILAMANA WUJUD
PERTIKAIAN (BILA BILA MASA SAHAJA) TANPA PERLU MENUNGGU KONTRAK DITAMATKAN ATAU
DISIAPKAN
6.
PROSES &
PROSEDURNYA DITETAPKAN OLEH UNDANG UNDANG
7.
KEPUTUSAN
ADJUDIKATOR MENGIKAT KEDUA DUA PIHAK YANG BERTIKAI SECARA UNDANG UNDANG &
SECARA INTERIM
8.
KEPUTUSAN ADJUDIKATOR BOLEH
DIKUATKUASAKAN MENGIKUT PERUNTUKAN UNDANG UNDANG DIBAWAH AKTA.
9.
CIPAA
MENGATASI TERMA DIDALAM MANA MANA KONTRAK BINAAN
10.
TIADA PELUANG
UNTUK BERKONTRAK DILUAR CIPAA
11.
CIPAA MELARANG
& MEMBATALKAN “PEMBAYARAN BERSYARAT” (BACK TO BACK PAYMENT, PAY IF PAID,
PAY WHEN DRAWDOWN)
12.
CIPAA
MENGGALAKKAN PROFESSIONALISM DIKALANGAN PEMAIN INDUSTRI
13.
REMEDI KEPADA
PEMENANG –
•
BOLEH
MEMPERLAHAN / MEMBERHENTIKAN KERJA
•
BOLEH MENUNTUT
BAYARAN TERADJUDIKASI TERUS DARI PRINSIPAL
•
BOLEH
MENDAPATKAN PERINTAH MAHKAMAH
15.
TANGGUNGAN YANG KALAH
•
BAYAR AMAUN
TERADJUDIKASI
•
BAYAR FAEDAH
•
BAYAR KOS
ADJUDIKASI
•
BAYAR KOS
PENYEDIAAN TUNTUTAN KEPADA PENUNTUT
HJ ISMAIL BIN OMAR
(ADJUDIKATOR
BERTAULIAH)
No comments:
Post a Comment