Definisi Kontrak
Ramai kontraktor di Malaysia yang melakukan kesilapan apabila
membaca kontrak. Ada yang tidak/kurang faham apa itu kontrak, ada yang tidak
tahu apa itu dokumen kontrak malah ada juga kontraktor yang tandatangan kontrak
tanpa habis membaca kandungan kontrak. Ini bahaya. Memang bahaya.
Kontrak ialah satu perjanjian di antara dua pihak atau lebih yang
boleh dikuatkuasakan undang-undang. Ingat ya, kontrak ini adalah perjanjian.
Dengan siapa kita berjanji, apa yang kita janjikan, semua pihak perlu
melaksanakan tanggungjawab masing-masing. Ramai kontraktor diluar sana hanya
faham kontrak itu perjanjian. Tetapi ramai yang tidak tahu, perjanjian yang
dibuat boleh dikuatkuasakan undang-undang. Means, jika jadi apa-apa sewaktu
projek berjalan seperti majikan tidak membuat bayaran, kontraktor lambat
siapkan kerja dan sebagainya. Pihak yang di ‘betray’ boleh ambil tindakan
undang-undang terhadap pihak yang mem ‘betray’. Tindakan undang-undang yang
boleh diambil antaranya, masuk mahkamah, arbitration atau timbang tara dan
menggunakan CIPAA (akan diulas pada entri yang lain. Nantikan!)
Jadi pihak yang berjanji atau pihak yang berkontrak wajib tahu hak
masing-masing supaya tidak dibuli nanti. Di Malaysia, terdapat
beberapa Standard Borang Kontrak yang boleh digunakan dalam industri pembinaan
berdasarkan kategori kerja atau siapa pelanggannya. Antara Borang Kontrak
tersebut ialah PWD 203 REV 1/2010. Kontrak PWD REV 1/2010 adalah sebuah
kontrak yang seragam dan digunapakai oleh projek-projek kerajaan.
Mari ikuti entri ini untuk faham apa itu kontrak dan dokumen kontrak
di dalam Kontrak PWD REV 203 1/2010. Supaya kita tidak melakukan kesilapan
untuk projek yang akan datang. Yang lepas tu lepas lah. Orang putih kata ‘Past
is past’. Bak kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan. Maknanya, bacalah
dan fahamilah kontrak dengan teliti and with God’s will, projek tuan/puan akan
berjalan lancar.
Apa itu Dokumen Kontrak?
Dokumen Kontrak ialah dokumen-dokumen yang membentuk tender dan
penerimaannya. Dan ia mestilah dibaca secara teliti dan difahami. Tanpa dokumen
ini, kontrak tersebut takkan lengkap. Saya yakin semua pihak yang berkontrak
tahu bagaimana rupanya. Dokumen kontrak ini ialah satu dokumen perjanjian di
antara pihak klien / majikan / kerajaan bersama dengan kontraktor untuk
pelaksanaan projek. Dokumen-dokumen ini mestilah disediakan dan diteliti untuk
dijadikan bukti kepada perjanjian yang telah dipersetujui oleh pihak yang
berkontrak iaitu klien dan kontraktor. Dan pastikan semua dokumen di dalam
bentuk hitam putih bukannya kontrak secara lisan.
Antara dokumen-dokumen yang dinyatakan di dalam Kontrak PWD ialah:
1.
FORM OF TENDER (Borang Tender)
2.
LETTER OF ACCEPTANCE OF
TENDER (Surat Setuju Terima Tender)
3.
CONTRACT DRAWINGS (Plan Kontrak)
4.
BILL OF QUANTITIES (Senarai
Kuantiti)
5.
SPECIFICATIONS (Spesifikasi)
6.
TREASURY INSTRUCTION (Arahan
perbehandaraan sebagaimana dinyatakan)
7.
....................
8.
....................
9.
...................
Dokumen kontrak hendaklah saling menjelaskan (mutually
explanatory) dan melengkapi antara satu sama lain. Kontraktor
dikehendaki menyediakan segala yang perlu untuk melaksanakan kerja dengan
sewajarnya sehingga siap mengikut tujuan dan maksud sebenar dokumen kontrak
pada keseluruhannya. Ianya telah dinyatakan secara khusus di dalam dokumen
kontrak.
Sekiranya terdapat percanggahan atau pemesongan di dalam Dokumen
Kontrak tersebut, maka kontraktor perlu merujuk kepada pegawai penguasa secara bertulis
(Klausa 8.2(b). Ingat ya, apa-apa mesti secara bertulis, jangan secara
lisan. Jika jadi apa-apa sewaktu projek berjalan atau projek sudah siap, kita
akan ada bukti pemesongan itu berlaku dan boleh dia ambil tindakan
undang-undang. Pegawai Penguasa akan mengeluarkan arahan berhubung dengan
percanggahan itu.
Apabila semua proses penyediaan dokumen kontrak telah lengkap, maka
pihak yang berkontrak perlu menandatangani kontrak tersebut melalui Surat
Setuju Terima Tender atau nama lainnya ialah Letter of Award, Leter of
Acceptance. Pihak yang berkontrak perlu faham isi kandungan kontrak terlebih
dahulu, baru sign untuk setuju. Dan pastikan sign kontrak beserta tarikh.
Penting ya tarikh tuan-tuan dan puan-puan. Kalau tidak sign. Bermaksud kontrak
ini tidak sah dan projek tidak boleh dijalankan.
Nota Penting sebelum tandatangan kontrak
1.
Baca dan faham kontrak
2.
Kalau ada apa-apa yang
tidak bersetuju dengan terma di dalam kontrak, bincang dengan pihak yang
berkontrak
3.
Dah faham, dah teliti,
dah puas hati dengan isi kontrak jadi bolehlah tandatangan di LOA tersebut
(tidak dnasihatkan menggunakan “digital signature”)
4.
Pastikan di ruang
tandatangan ada tarikh dan jawatan.
Itu sahaja untuk entri kali ini. Kita akan berjumpa lagi pada entri
yang akan datang. Nantikan!
Sekian,
Penulis: Zafirah Mohd
Nor
Rujukan: Buku
Construction Law in Malaysia (Tulisan Prof Sundra Rajoo dan Ir Harban Singh)
Nota Pemahaman Kontrak PWD 203
PIN 1/2010 (Hj Ismail Omar)