Hai Assalamualaikum wbt. Entri ini adalah sambungan kepada topik
Bayaran (PAM 2006) Bahagian II. Jika pada entri Bahagian II yang lepas, kita
telah ketahui apa itu “Final Account” dan item-item yang diperlukan
didalam “Final Account”. Untuk bahagian akhir ini kita akan mengupas
sub-tajuk “Final Certificate” dan “Interest” pula.
KLAUSA
30.13 (Issuance of
Penultimate Certificate )
Arkitek boleh mengeluarkan “Penultimate
Certificate” untuk wang tahanan yang disimpan dan apa-apa jumlah lain yang
belum dijelaskan untuk semua NSC dan / atau NS tidak lewat daripada 14 hari
selepas CMGD dikeluarkan.
KLAUSA 30.14 (Issuance of Final
Certificate)
“Final Certifcate”
/ Sijil Akhir akan dikeluarkan
(a) dalam masa
21 hari selepas tempoh pengeluaran sijil untuk pembayaran “Penultimate
Certificate”; atau
(b) dalam tempoh
28 hari selepas CMGD telah dikeluarkan, sekiranya tiada “Penultimate
Certifcate” telah dikeluarkan.
KLAUSA 30.15 (Final Certificate)
Sijil akhir hendaklah menyatakan:
(a) akaun akhir;
(b) jumlah wang yang disahkan dalam sijil
pembayaran terdahulu (sama ada dibayar atau tidak dibayar) kepada kontraktor.
Jika perbezaan di antara jumlah tersebut adalah baki yang disebabkan
oleh majikan atau sebaliknya, baki itu hendaklah dibayar oleh majikan kepada
kontraktor dalam tempoh pengeluaran sijil atau jika ia merupakan hutang yang
perlu dibayar oleh kontraktor kepada majikan, hutang itu hendaklah dibayar oleh
kontraktor dalam tempoh pengeluaran sijil. Arkitek tidak diwajibkan mengeluarkan
sijil akhir sebelum CMGD dikeluarkan.
KLAUSA 30.16 (Final Certificate
not conclusive)
Sijil Akhir adalah sepatutnya muktamad
mengenai nilai akhir kerja dengan pengecualian apa-apa “outstanding claims” antara
majikan dan kontraktor di bawah Klausa 30.11. Sijil akhir tidak boleh menjadi
bukti konklusif bahawa apa-apa kerja, bahan dan barang yang berkaitan dan reka
bentuk (jika ada) dilaksanakan oleh kontraktor dan / atau NSC adalah mengikut
kontrak.
KLAUSA 30.17 (Interest)
Jika majikan tidak membuat bayaran kepada kontraktor mengikut mana-mana sijil (LAD atau Set-Off
yang secara jelasnya perlu dibayar oleh majikan di bawah kontrak) selepas
tempoh pengeluaran sijil, atau kontraktor berhutang atau gagal bayar apa-apa
jumlah wang yang perlu dibayar kepada majikan dalam masa 21 hari selepas
penerimaan notis bertulis oleh majikan, maka hutang atau amaun tersebut
akan dikenakan “simple interest” berdasarkan “Maybank Base Lending
Rate Plus one (1) percent” akan
dibayar oleh pihak yang tidak membayar sehingga tarikh pembayaran tertunggak
tersebut dibuat.
Okay itu sahaja untuk topik bayaran di bawah Klausa 30 Kontrak PAM 2006. Ada 3 bahagian semuanya. Saya harap anda faham tentang topik ini. Kesimpulannya, semua pembayaran mestilah dibuat pada masa yang ditetapkan di dalam kontrak untuk mengelakkan penganiayaan terhadap kontraktor mahupun pihak majikan. Arkitek merupakan pihak yang penting untuk menilai kerja-kerja yang dilaksanakan dan mengeluarkan sijil-sijil kepada pihak majikan.
Sekian,
Penulis: Zafirah Binti Mohd Nor
Rujukan: Construction Law in Malaysia (Tulisan Prof Sundra Rajoo &
Ir Harban Singh)
Nota Pemahaman
Kontrak PWD 203 REV 1/2010 (Tulisan Hj Ismail Bin Omar)
No comments:
Post a Comment