Salam dan selamat sejahtera kepada semua pembaca. Hari ini saya akan
berkongsi tentang scenario masalah pembayaran di dalam rantaian organisasi
pengurusan projek. Pihak-pihak yang terlibat di dalam suatu projek pembinaan
itu biasanya Client, Main Contractor, Sub Contractor,Sub-sub
contractor,sub-sub-sub contractor ,Supplier dan lain-lain yang berkenaan.
Tuan puan pembaca yang saya hormati di dalam sesuatu projek itu siapakah
yang membiayai projek. Sudah pasti
jawapan tuan puan adalah client kan. Tapi realitinya yang diberi kepada main
kontraktor oleh client hanya lah sekeping surat LA.
Siapakah sebenarnya yang membiayai sesuatu projek itu. Jawapannya ialah
mereka yang di paras bawah carta organisasi pengurusan projek iaitu sub
contractor ,sub-sub contractor dan seterusnya. Mereka inilah yang membiayai
sesuatu projek itu dengan mendahulukan wang mereka menjalankan kerja-kerja
projek tersebut.
Di sini saya ingin berkongsi scenario masalah pembayaran yang berlaku di
dalam industri binaan kita. Scenario yang sering berlaku dan biasa berlaku
sehingga menjadi suatu budaya di dalam industri binaan kita.
Sebagai contoh satu Main contractor mendapat sebuah projek . Maka main
contractor pon subkan projek kepada sub contractor ,sub-sub contractor dan
sub-sub-sub contractor. Sub Contractor, Sub-sub contractor dan Sub-sub-sub
Contractor pon menjalankan kerja-kerja mereka. Apabila sampai masanya maka
sub-sub-sub contractor pon membuat claim kepada sub-sub contractor katakanlah
rm100k.
Maka sub-sub contractor pula membuat tuntutan kepada sub contractor
sebanyak Rm 110k. Sub Contractor pula membuat tuntutan kepada Main contractor
sebanyak rm 120k. Main contractor pon membuat tuntutan kepada client sebanyak
rm 130k.
Client pon mula membuat bayaran. Adakah client akan membuat bayaran
penuh. Tidak tuan puan. Daripada 130k tadi katakanlah client membuat bayaran
sebanyak rm 120k. Main contractor sudah memperolehi rm 120k . Adakah main
contractor akan membayar penuh tuntutan sub contractor sebanyak rm 120k.
Berapakah agaknya main contractor bayar kepada sub contractor? Katakanlah Rm
90k.
Maka sub contractor pon sudah terima wang rm 90k. Syukurlah. Sudah
terima Rm 90k adakah buat bayaran penuh kepada sub-sub contractor? Fikir punya
fikir Sub Contractor pon buat bayaran kepada sub-sub contractor sebanyak rm
70k. Begitulah seterusnya sub-sub contractor membuat bayaran kepada sub-sub-sub
contractor sebanyak rm 60k sahaja.
Tuan puan scenario ini sudah menjadi norma kebiasaan di dalam industri
binaan kita. Ianya sudah menjadi budaya. Scenario masalah bayaran begini
sebenarnya menyusahkan contractor-contractor di paras bawah rantaian organisasi
pengurusan projek iaitu sub contractor,sub – sub contractor, sub-sub-sub
contractor dan seterusnya. Mereka ini menanggung kos overhead yang tinggi.
Mereka perlu bayar pekerja-pekerja mereka. Ada syarikat kecil yang mungkin
tidak dapat bertahan dan gulung tikar. Ada mungkin pekerja-pekerja yang
berbulan-bulan tidak dibayar gaji.
Masalah pembayaran yang mungkin dirasakan kecil oleh pihak di paras
atasan rantaian organisasi pengurusan projek tetapi sebenarnya memberi impak
besar kepada mereka di paras bawah rantaian organisasi pengurusan projek.
Masalah pembayaran di Malaysia impaknya boleh sampai ke Bangladeshi. Pekerja
Bangladeshi tak dapat gaji . Tak boleh kirim ke isteri di kampung untuk beli
pampers anak dan sebagainya. Maka isteri merajuk minta cerai. Aduhai tuan puan.
Kesian kat mat Bangladeshi.
Masalah pembayaran turut menyumbang kepada
terbantutnya pembangunan Negara. Projek terbengkalai di sana sini. Apabila kita
lalu di sebuah bangunan yang sedang dalam proses pembangunan ketika itu kita
berumur 12 tahun baru lepas upsr. Kita menjangkakan bangunan itu akan siap dalam
2 tahun lagi . Tetapi setelah 5 tahun kita baru saja lepas SPM bangunan itu
tidak juga siap. Rupanya-rupanya sampai sekarang dah anak tiga empat tak juga
siap. Ada bangunan yang berpuluhan tahun terbengkalai. Dah jadi tempat jin
bertandang dan tempat mat gian beristirehat.
Tuan puan, saya rasa dah sampai masanya mereka-mereka yang di paras
bawah rantaian organisasi pengurusan projek untuk bangkit dengan bantuan akta
CIPAA melalui proses adjudikasi mengubah norma budaya masalah pembayaran di
dalam industri binaan kita ini.
Terima kasih
Saufian Aripin 13/4/2020