Salam sejahtera. Selamat menunaikan
ibadah puasa kepada kaum Muslimin dan muslimat. Pada entri kali ini saya akan
kongsikan tentang legasi Sir Michael Latham kepada dunia industry binaan.
Anda
kenalkah Sir Michael Latham? Jika disebut Michael Bay,Michael Schumacher dan
Michael Jackson tentu ramai yang tahu. Tapi apabila disebut Sir Michael Latham
ramai kontraktor yang tidak tahu sedangkan beliau ada tokoh ternama di dalam
dunia industri binaan. Jika disebut nama Bill gates pasti orang-orang di dalam
dunia IT akan kenal. Sir Michael Latham adalah ibarat Bill Gates di dalam dunia
industri binaan tapi malangnya ramai kontraktor di Malaysia khususnya tidak
kenal kepada orang ini.
Siapakah
insan yang bernama Sir Michael Latham? Apakah sumbangan beliau kepada dunia industri
binaan. Apakah legasi yang ditinggalkan beliau sehingga memberi manfaat kepada
pemain-pemain industri binaan sehingga ke hari ini?
Pada
tahun 80an di UK ekonomi Negara tersebut meningkat naik. Industri binaan
khususnya pada ketika itu membangun seperti cendawan tumbuh selepas hujan
sehinggakan ramai kontraktor-kontraktor dari Britain membuat projek sampai ke
Negara-negara timur tengah. Namun pada hujung 80an iaitu pada 1989 membawa ke
awal 90an berlaku kemelesetan ekonomi di Britain membuatkan ramai kontraktor
tiada kerja.
Berlaku kemerotan yang teruk di dalam
industri binaan Negara tersebut. Kontraktor-kontraktor berebut projek sehingga
menawarkan harga yang rendah. Akibatnya berlaku kelewatan dalam menyiapkan
projek dan tidak dapat memberikan kualiti yang baik di dalam projek. Berlaku
penguasaan dan manipulasi oleh pemilik projek sehingga berlaku terlalu banyak
pertikaian di kalangan client dan contractor. Banyak projek-projek tidak dapat siap pada masanya.
Kerajaan Britain pada ketika itu memanggil
Sir Michael Latham seorang hakim untuk membuat suatu report untuk mencari
penyelesaian permasalahan ini. Maka Sir Michael Latham pon membuat satu report
bertajuk ‘Constructing the Team’ atau lebih dikenali sebagai “The Latham
Report” diterbitkan pada bulan Julai tahun 1994.
Sir Michael Latham mendapati industri binaan
pada ketika itu terlalu banyak pertikaian di antara client dan contractor.
Masalah bayaran yang mengakibatkan kelewatan dalam penyiapan suatu projek.
Beliau mencadang kan kerjasama di antara client dan contractor. Masing-masing
memainkan peranan dan tanggungjawab masing-masing di dalam suatu projek.Beliau
juga mencadangkan agar mewujudkan proses adjudikasi iaitu proses menyelesai
masalah pertikaian ini dengan lebih segera dan mudah tanpa perlukan khidmat
guaman yang mahal.
Maka
kesinambungan dari ‘The Latham Report’ ini pada tahun 1996 diwujudkan sebuah
akta iaitu Housing Grants,Construction and Regeneration Act (HGCRA). Akta ini
melalui proses adjudikasi telah mengubah landskap industri binaan di Britain
menjadi lebih baik.
Banyak Negara-negara lain mengikut jejak
langkah Britain ini termasuk lah Malaysia yang telah mula melaksanakannya pada
15 April 2014 menggunakan nama Construction Industry Payment & Adjudication
Act (CIPAA) 2012. Maka bermulah era baru di dalam Insdustri binaan Negara kita
yang bakal mengubah landskap dan norma para pemain industri binaan tanah air.
Terima
kasih.
Saufian
Aripin 24/4/2020
No comments:
Post a Comment