SEMINAR PENGURUSAN SURAT MENYURAT PROJEK KONTRAK PWD 203
Tuan Kontraktor
yang dihormati!
Kami amat
memahami masalah yang sering dihadapi oleh kebanyakan Kontraktor di dalam
Pengurusan Surat-Menyurat Projek mereka. Masalah berpunca disebabkan kerana
mereka tidak mempunyai satu templat standard untuk menulis surat-surat penting
projek yang menepati dengan kehendak dan peruntukan di bawah syarat-syarat
kontrak.
Tanpa templat standard
tersebut, banyak dokumen-dokumen penting projek tidak dijana dan direkod dengan
betul oleh kakitangan pengurusan projek. Akibatnya pihak Kontraktor gagal
mendapat hak-hak mereka di bawah kontrak. Banyak tuntutan yang ditolak akibat
kekurangan maklumat dan ketiadaan dokumen sokongan.
Untuk mengatasi
masalah ini, syarikat kami Minda Wibawa Resources akan mengadakan satu seminar bertajuk
“Pengurusan Surat Menyurat Projek Berdasarkan Kontrak PWD 203A & 203N (NSC)”
pada 19 & 20 Jun 2024. Di dalam Seminar ini, penceramah kami akan mengajar
peserta berhubung beberapa klausa penting kontrak dan bagaimana untuk membina
templat surat-menyurat berdasarkan kepada situasi dan masalah yang mungkin akan
dihadapi oleh kontraktor berhubung dengan klausa tersebut. Peserta akan diajar
untuk mengenalpasti masalah yang mengkin berlaku dan kemudiannya menjana templat
surat menyurat yang kandungannya menepati kepada situasi yang dihadapi dan juga
kepada kehendak klausa-klausa yang terkait.
Secara umumnya
berdasarkan kepada klausa-klausa yang terdapat di dalam Kontrak PWD 203A,
terdapat 3 kategori surat menyurat yang perlu ditulis dan dikemukakan oleh
Pengurusan Projek kepada Pegawai Penguasa menurut tempoh dan prosedur yang
ditetapkan oleh klausa-klausa tersebut: -
No comments:
Post a Comment