Memang terdapat beberapa pengecualian
dibawah akta ini untuk beberapa kategori tertentu projek projek kerajaan tetapi
ianya tertakluk kepada kategori kerja kerja yang bersifat segera dan tanpa
berlengah disebabkan oleh bencana alam, banjir, tanah runtuh, pemendapan tanah
kebakaran dan hal keadaan kecemasan dan luar jangka yang lain. Pengecualian
juga untuk projek yang berkaitan dengan keselamatan Negara atau kemudahan
berkaitan keselamatan termasuk pembinaan kemudahan tentera dan polis, pengkalan
dan kem tentera, penjara dan kem tahanan, loji kuasa dan loji pembersihan air.
Terdapat juga beberapa pengecualian lain
terhadap projek kerajaan dibawah RM 20 juta, tetapi tidak begitu signifikan
kerana ia bukan pengecualian yang sebenar tetapi lebih kepada pengecualian had
masa untuk memberi respon bayaran dan respon adjudikasi daripada 10 (sepuluh)
hari bekerja kepada 30 (tiga puluh) hari kalender. Namun begitu walupun ada
pengecuaalian dibawah ktegori ini kerajaan masih terdedah kepada tuntutan
dibawah akta ini cuma kelonggaran had masa diberikan untuk mengumpulkan
maklumat dan menyediakan dokumen sokongan untuk membolehkan menjawab tuntutan
sahaja. Sekiranya fakta kes sememangnya tidak menyebelahi kerajaan maka
kerajaan tetap akan kalah dan pegawai yang mengelola projek berkemungkinan
besar akan diminta untuk bertanggungjawab terhadap segala kos tambahan yang
tiada didalam bajet.
HJ ISMAIL BIN OMAR
(ADJUDIKATOR BERTAULIAH)
No comments:
Post a Comment