Assalamualaikum
semua pembaca yang dikasihi,
Hari
ini saya akan menerangkan maksud “Quantum meruit” dan “Set Off” iaitu salah
satu istilah undang-undang yang sering digunakan dalam prosiding adjudikasi.
“Quantum
Meriut”
“Quantum
Meriut” berasal daripada bahasa Latin yang membawa maksud “sebanyak mana yang
dia berhak” (as much as he deserve).
Prinsip
ini adalah berdasarkan kepada prinsip keadilan.
Bagi
tuntutan secara quantum meriut, majikan dan kontraktor perlu berbincang untuk
membayar kepada kontraktor terhadap kerja-kerja yang dilakukan di bawah
tuntutan “quantum meriut” berdasarkan satu harga yang adil dan wajar (fair
& reasonable).
Situasi
di mana tuntutan “ quantum meriut” kebiasaannya berlaku disebabkan antara
lainnya kerja yang telah dilaksanakan tanpa kontrak tetapi terdapat perjanjian
untuk membayar oleh majikan di mana telah mendapat faedah daripada kerja
tersebut tetapi harganya belum ditentukan.
Situasi
lain adalah di mana sekiranya arahan perubahan yang dikeluarkan oleh pegawai
penguasa bersifat terlalu berbeza, ganjil dan tidak dijangkakan berbanding
dengan kerja di dalam kontrak. Daalm situasi ini tuntutan perlulah dibuat
secara quantum meriut.
Antara
situasi lain di mana tuntutan dibuat secara quantum meriut adalah apabila
sekiranya method kerja yang hendak dilaksanakan di dalam kontrak telah bertukar
dari apa yang dijanjikan semasa proses tender.
Walaubagaimana
adalah perlu diingatkan bahawa kerja-kerja “ variation order” yang biasa tidak
boleh dituntut di bawah “ quantum meriut” tetapi ianya adalah tertakluk kepada
peraturan-peraturan kontrak.
“SET
OFF”
Saya
pasti sekiranya anda adalah kontraktor pasti anda sering mendengar perkataan
“set off” sepanjang tempoh anda melakukan kerja-kerja kontrak. Perkataan “ set
off” selalunya akan kedengaran apabila isu pembayaran timbul.
“Set
off” kebiasaannya digunakan oleh majikan di dalam “ cross and counter claim”
terhadap kontraktor berhubung dengan kelambatan dan juga kecacatan kerja.
Bagi
kontrak JKR PWD 203, kontrak tersebut mempunyai peruntukan untuk “ set off”
bayaran kepada kontraktor sekiranya pihak kerajaan menanggung kos untuk
membaiki kecacatan jika sekiranya kontaktor gagal berbuat demikian ataupun kos
yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan disebabkan oleh penamatan kontrak.
Berdasarkan
prinsip “natural justice” sebarang tindakan untuk “ set off” niat untuk berbuat
demikian mestilah dinyatakan kepada pihak yang satu lagi melalui notis oleh
pihak yang menuntut.
Walaubagaimana
pun, bagi kontrak JKR PWD 203, kontrak ini tidak membenarkan “set off” untuk
projek yang diluar daripada kontrak.
Oleh,
Zaiyanazareth
Binti Zaini
Peguamcara
& Peguambela
Tetuan
Zaiyanazareth & Associates
Shah
Alam, Selangor
29.04.2020
No comments:
Post a Comment