Assalamualaikum kepada semua
pembaca,
Saya percaya ramai di antara kita
dalam menjalani kehidupan seharian sering terlibat dengan kontrak. Sama ada
kontrak melanggan astro, penapis air mahupun talian telefon namun apabila
menandatangani sesuatu perjanjian atau kontrak tidak semua daripada kita
betul-betul baca dan faham perjanjian atau kontrak yang kita tandatangani itu.
Saya pasti ramai antara kita yang
sering mendengar perkataan ‘kontrak’ itu sendiri. Walau bagaimanapun, saya
pasti tidak semua daripada kita tahu dan betul-betul memahami apakah sebenarnya
‘kontrak’.
Oleh itu, hari ini saya akan
mengupas berkenaan tajuk kontrak.
Menurut Kamus Dewan Bahasa dan
Pustaka, kontrak bermaksud:-
“Perjanjian mengenai perdagangan
(syarat bekerja dll)”
Seterusnya menurut Macmillan English
Dictionary, kontrak (contract) didefinisikan sebagai:-
“A written legal agreement between
two people or businesses that says what each must do for the other or give to
the other”
Manakala menurut Oxford, Dictionary
of Law, kontrak (contract) bermaksud:-
“ A legally binding agreement”.
Menurut Sundra Rajoo dan Harbans
Singh KS dalam buku Construction Law in Malaysia, kontrak didefinisikan
sebagai:-
“A set of promises”
Berdasarkan definisi di atas,
kesimpulan yang boleh dibuat secara dasarnya, kontrak adalah satu perjanjian
yang boleh dikuatkuasakan oleh undang-undang.
Perjanjian ini mestilah boleh
dikuatkuasakan bagi memastikan kepentingan setiap pihak terpelihara sekiranya
berlaku pertikaian pada masa depan.
Perjanjian itu hendaklah perjanjian
yang boleh dikuatkuasakan oleh undang-undang.
Contoh mudah untuk membezakan sama
ada perjanjian itu adalah kontrak atau tidak adalah seperti situasi di bawah
ini:-
Situasi A: Suami A berjanji akan membawa A bercuti ke
London apabila beliau dapat bonus hujung tahun.
Apabila tiba hujung tahun, Suami A
tidak dapat bonus, dan beliau tidak dapat membawa A ke London.
Situasi B: Kawan B meminta untuk
meminjam wang sebanyak RM4000 daripada B. Kawan B berjanji akan membayarnya
dalam tempoh 3 bulan. Sebelum menyerahkan wang tersebut, B telah meminta
kawannya untuk menandatangani perjanjian di mana terma-terma dalam perjanjian
tersebut telah dipersetujui oleh kedua-duannya.
Berdasarkan situasi A dan B di atas,
situasi manakah terdapat kontrak antara mereka?
Situasi A tidak terdapat unsur
kontark dalam perjanjian tersebut. Hal ini kerana perjanjian tersebut tidak
boleh dikuatkuasakan oleh undang-undang.
Manakala dalam situasi B, perjanjian
yang dibuat oleh B dan kawannya adalah kontrak yang mana sekiranya kawan B
ingkar membuat pembayaran balik B boleh mengambil tindakan undang-undang
terdapat kawannya itu.
Oleh,
Zaiyanazareth Binti Zaini
Peguamcara & Peguambela
Tetuan Zaiyanazareth &
Associates
Shah Alam, Selangor
27.03.2020
No comments:
Post a Comment