Assalammualaikum
semua pembaca,
Hari
ini kita akan membicarakan berkenaan beberapa terma tersirat yang ada di dalam
kontrak pembinaan.
Antara
terma tersirat dalam kontrak pembinaan adalah berkaitan mutu kerja. Apabila
terma dalam kontrak tidak menyatakan berkaitan mutu kerja, tidak bermaksud
kontraktor boleh melakukan kerja tidak bermutu. Sekiranya terma berkaitan mutu
kerja tidak dinyatakan, kontraktor hendaklah memastikan mutu kerja yang dibuat
adalah pada tahap yang dilakukan secara munasabah oleh seorang kontraktor yang
berpengalaman dengan mengunakan buruh berkemahiran.
Terma
tersirat lain adalah berkaitan kualiti bahan. Kadang-kadang terdapat kontrak
pembinaan yang tidak menyatakan berkaitan kualiti bahan. Apabila terma tersebut
tidak dinyatakan, kontrak perlulah memastikan bahawa bahan yang digunakan
adalah bahan yang “merchantable” dan sesuai untuk tujuan penggunaanya (fit for purpose).
Campur
tangan oleh majikan juga adalah salah satu terma tersirat yang ada dalam
kontrak pembinaan. Majikan adalah dilarang sepenuhnya dari mencampuri urusan
yang boleh menyebabkan kerumitan ataupun halangan pelaksanaan projek.
Terma
tersirat yang lain adalah berkenaan tanggungjawab untuk bekerjasama di antara
majikan dan kontraktor. Majikan mestilah bertanggungjawab untuk bekerjasama
dengan melaksanakan tanggungjawabnya seperti dalam kontrak supaya kontraktor
dapat menjalankan kerjanya dengan cekap dan tekun.
Oleh,
Zaiyanazareth
Binti Zaini
Peguamcara
& Peguambela
Tetuan
Zaiyanazareth & Associates
Shah
Alam, Selangor
17.04.2020
No comments:
Post a Comment