Assalamualaikum,
Entri hari ini
adalah tentang Respon Adjudikasi. Respon Adjudikasi ini adalah tertakluk di
bawah seksyen 10 akta CIPA.
Respon Adjudikasi
merupakan jawapan terhadap Tuntutan Adjudikasi yang disediakan oleh pihak yang
dituntut / Responden dan mesti disertakan dengan dokumen-dokumen yang diperlukan
yang berkaitan dengan projek dan tuntutan yang dibuat oleh penuntut.
Setelah menerima
Tuntutan Adjudikasi daripada pihak yang menuntut, Responden mestilah memberikan
Respon Adjudikasi dalam tempoh 10 hari bekerja selepas beliau menerima Tuntutan
Adjudikasi. Respon Adjudikasi yang dihantar bolehlah disertakan sekali bersama
dengan apa-apa dokumen sokongan yang diperlukan sebagai pembuktikan Respon
Adjudikasi yang dibuat. Di dalam Respon Adjudikasi, Responden mengemukakan
pembelaan atau pertahan yang diambil oleh mereka terhadap tuntutan yang dibuat
oleh Penuntut dan membuat tuntutan ke atas tuntutan balas atau set-off yang
telah mereka kemukakan sebelum ini di dalam Respon Bayaran. Perlu diingatkan
bahawa, tiada tuntutan balas yang baru yang boleh ditimbulkan di dalam fasa
ini.
Tidak ada format
yang khusus yang ditetapkan untuk Respon Adjudikasi. Apa yang penting dan
terbaik adalah Responden perlulah mengenalpasti fakta yang telah dikemukakan
oleh Penuntut di dalam Tuntutan Adjudikasi dan bolehla menggunakan asas
undang-undang untuk menyokong pembelaan yang dibuat. Penyampaian Respon
Adjudikasi boleh dilakukan dengan menggunakan salah satu cara seperti yang
telah ditetapkan di dalam seksyen 38(a) sehingga 38(d) akta CIPA seperti yang
telah saya terangkan pada entri terdahulu.
Adjudikator
mestilah menerima sesalinan Respon Adjudikasi daripada responden. Syarat-syarat
untuk memfailkan respon adjudikasi adalah seperti berikut: -
Ø Secara bertulis dan menjawab atas perkara yang dipertikaikan sahaja
i.
Jawapan kepada perkara yang
dipertkaikan
ii.
Dokumen sokongan
Nota: Jika tiada respon dalam tempoh
10 hari dari tarikh tuntutan disampaikan maka adjudikator mempunyai kuasa untuk
meneruskan proses adjudikasi dengan cara menimbangkan dokumen yang dikemukakan
oleh penuntut sahaja. Adjudikator mempunya masa 45 hari bekerja untuk membuat
keputusan selepas tarikh respon tamat
Sekian dulu untuk entri kali ini. Semoga kita
bertemu lagi di entri akan datang. Wassalam.
Noridah Omar
Shah Alam
No comments:
Post a Comment