Wednesday, March 25, 2020

FASA PENTADBIRAN KONTRAK


Salam semua pembaca.

Hari ini hari ke 8 Perintah Kawalan Pergerakan oleh Perdana Menteri Malaysia bagi mengekang wabak Covid-19. Semoga Allah menjauhkan kita semua daripada wabak ini.

Hari ini saya akan menerangkan berkenaan dengan fasa pentadbiran kontrak.Fasa pra kontrak secara umumnya di mana fasa sebelum kontrak dilaksanakan. Pada peringkat ini kontraktor akan mula menyediakan dokumen kontrak seperti tender, sebut harga serta cadangan (proposal) berkenaan projek yang akan dilaksanakan. Pada peringkat ini juga, pihak-pihak akan membuat perundingan dan tawar menawar berhubung projek terutamanya berkenaan harga dan skop kerja.

Seterusnya setelah pihak-pihak berunding dan berpuas hati dengan tawaran yang dibuat, surat penerimaan persetujuan akan dikeluarkan pada masa ini. Fasa ini adalah fasa penerimaan persetujuan antara pihak majikan dan kontraktor berhubung projek yang akan dilaksanakan. Surat tawaran dan penerimaan akan ditandatangani serta pada fasa ini selalunya pemilikan tapak akan diserahkan kepada pihak kontraktor.

Apabila kontrak telah dimuktamadkan dan pemilikan tapak telah diserahkan kepada kontraktor dan kerja-kerja telah dilaksanakan, maka bermulalah fasa pasca pentadbiran kontrak (post-contract) di mana pada peringkat ini pihak-pihak akan memastikan bahawa tanggungjawab yang dijanjikan pada peringkat awal akan dilaksanakan dan dipatuhi.

Pada peringkat ini, kontraktor akan melaksanakan kerja-kerja mengikut skop kerja yang telah dipersetujui dan apabila kerja telah dilaksanakan, tuntutan melalui sijil kemajuan kerja akan dibuat oleh pihak kontraktor kepada majikan.

Pada peringkat ini, kontraktor akan membuat tuntutan bagi mendapatkan bayaran yang telah dipersetujui walau bagaimana pun, sebelum pembayaran dibuat, pihak majikan menerusi konsultan akan membuat penilaian terlebih dahulu terhadap tuntutan yang dilakukan. Penilaian dibuat berdasarkan kerja-kerja yang telah dilaksanakan.


Oleh,

Zaiyanazareth Binti Zaini
Peguamcara & Peguambela
Tetuan Zaiyanazareth & Associates
25-3-2020, Shah Alam, Selangor

No comments:

Post a Comment