Wednesday, March 25, 2020

TANGGUNGJAWAB MAJIKAN


Kembali kita semula untuk topik Pemahaman Kontrak PWD 203 ini. 

Pada entri yang lepas, kita telah berbincang tentang Dokumen Kontrak. Untuk entri kali ini, kita akan bincangkan tentang tanggungjawab majikan/kerajaan.

Majikan juga mempunyai tanggungjawab yang besar sepertimana kontraktor apabila kontrak telah dipersetujui. Tanggungjawab ini boleh dirujuk di dalam Kontrak PWD 203.

Dua tanggungjawab majikan yang penting yang tidak dinyatakan di dalam kontrak ialah bekerjasama dengan kontraktor untuk membantu kontraktor menjalankan tugas-tugasnya supaya projek boleh disiapkan di dalam masa yang ditetapkan. 

Dan yang kedua ialah tidak membuat sesuatu yang menghalang perlaksanaan kerja Kontraktor seperti merubah kerja, tidak membayar kerja kontraktor mengikut jadual dan lain-lain.
Tanggungjawab yang dinyatakan di dalam kontrak PWD 203 ialah

·         Melantik pentadbir kontrak
·         Menyerah dokumen kontrak & peraturan-peraturan
·         Membuat pembayaran kepada kontraktor
·         Menyerah tapak & akses  kepada Kontraktor
·         Melantik N.S.C(Nominated Sub-Contractor) 

Suka untuk saya “highlight”kan beberapa permasalahan yang timbul di antara majikan dan kontraktor. Permasalahan tersebut ialah tidak berkomunikasi dengan baik. Ada juga majikan yang membuli kontraktor dengan tidak membuat bayaran kepada kontraktor. Ataupun membuat bayaran lambat dan tidak mengikut jadual yang ditetapkan. 

Jadi, untuk menjamin kelancaran projek dan memastikan projek dapat disiapkan dalam masa yang ditetapkan, berkomunikasi lah dengan pihak yang berkontrak. Bak kata orang, “the key of good marriage is communication”. Dalam perkahwinan, komunikasi itu penting. Begitu juga dengan melaksanakan projek, saya yakin dan percaya komunikasi yang baik akan melancarkan perjalanan projek.

Itu sahaja untuk entri kali ini, saya harap tuan dan puan faham akan tanggungjawab majikan. Semoga kita berjumpa lagi di entri yang akan datang.




Sekian,
Penulis: Zafirah Mohd Nor
Rujukan : Construction Law in Malaysia (Prof Sundra Rajoo & Ir Harban Singh)
                 Nota Pemahaman Kontrak PWD 203 PIN 1/2010 (Hj Ismail Omar)



No comments:

Post a Comment