Tuesday, March 31, 2020

PERBEZAAN CIPAA & TIMBANGTARA & MAHKAMAH


CIPAA, Timbangtara dan Litigasi Mahkamah adalah jenis jenis ‘penyelesaian pertikaian’ yang diiktiraf dari segi undang undang. Namun begitu dari segi proses dan prosedur nya agak berbeza. Proses dan prosedur adjudikasi dibawah CIPAA telah dimandatkan oleh undang undang. Masa adalah menjadi intipati (time is the essence) dibawah CIPAA berbanding timbangtara dan mahkamah. Setiap proses dibawah CIPAA, masanya telah ditetapkan oleh akta. Kegagalan mematuhi prosedur dan had masa yang ditetapkan boleh menjejaskan peluang pihak pihak yang bertikai.

Selain itu pertikaian dibawah kontrak bertulis kini boleh dibawa segera ke pengadilan CIPAA oleh pihak kontraktor  tanpa menunggu projek tamat atau kontrak ditamatkan sepertimana. Ini berbeza dengan  proses timbangtara atau mahkamah dimana pihak yang bertikai hanya boleh membawa pertikaian itu selepas projek disiapkan atau selepas kontrak ditamatkan.

Proses adjudikasi akan terus dimulakan bilamana pihak kontraktor merasa terkilan dan  mengambil tindakan memulakannya sesudah berlaku pertikaian. Keputusan akan dikeluarkan dalam tempoh yang singkat dimana adjudikator mempunyai masa maksimum 45 hari bekerja untuk mengeluarkan keputusan bertulis. Dijangkakan untuk kes yang lebih mudah keputusan akan dikeluarkan lebih awal bergantung kepada budibicara adjudikator.

Pihak yang menang mempunyai beberapa remedi untuk dilaksanakan terhadap kerajaan. Antaranya ialah beliau boleh memperlahan dan memberhentikan kerja sehingga bayaran yang dipertikaikan itu diterima. Beliau juga boleh menuntut bayaran terus dari principal. Berbekalkan keputusan adjudikasi pemenang juga boleh mendapatkan perintah mahkamah keatas pihak yang kalah. 

Pihak yang kalah pula dikehendaki menanggung keseluruhan kos prosiding adjudikasi, kos penyediaan tuntutan oleh pihak kontraktor dan faedah untuk bayaran tertunggak.

HJ ISMAIL BIN OMAR
(ADJUDIKATOR BERTAULIAH)


CIPAA DAN BORANG KONTRAK


Jabatan Kerajaan yang sedang menggunakan borang kontrak seragam PWD 203 pind 1 (2010) perlu memahami bahawa terdapat terma terma didalam kontrak tersebut yang tidak bersesuaian dengan CIPAA. Sekiranya tidak dipinda maka jabatan dan pegawai yang menjaga projek akan terdedah kepada tuntutan saman dibawah CIPAA. Justru itu ia perlu di pinda dengan seberapa segera.

Pegawai pegawai yang bertanggungjawab menyediakan dokumen kontrak yang terdiri daripada Jurukur Bahan dan Jurutera wajib menghadiri seminar yang berkaitan dengan akta ini. Klausa 28 dan 31 terutamanya memerlukan pindaan.

HJ ISMAIL BIN OMAR
(ADJUDIKATOR BERTAULIAH)

CIPAA & LANJUTAN MASA


Didalam hal yang berkaitan dengan lanjutan masa (EOT) sekiranya kerja telah terlambat dan kontraktor memohon lanjutan masa dan pegawai penguasa pula tidak melayan permohonan EOT tersebut mengikut lunas lunas keadilan maka kontraktor juga boleh mengambil tindakan adjudikasi terhadap kerajaan bilamana kerajaan mula membuat tuntutan gantirugi kerja tidak siap (LAD). Mengambil kira akta ini Pegawai Penguasa perlu membuat pertimbangan yang sistematik untuk menilai setiap permohonan lanjutan masa dari kontraktor. 

Keputusan yang bersifat “impressionistic” boleh dibawa kepengadilan adjudikasi sekiranya kontraktor tidak berpuas hati. Di sana pengadilan adjudikasi berkemungkinan akan meminta Pegawai penguasa membuktikan keputusan beliau mengikut kaedah penilaian yang sistematik dan munasabah mengikut lunas lunas kontrak dan piawaian industri. Sekiranya gagal maka kerajaan mungkin kalah dan menanggung kos tambahan yang juga tiada didalam bajet asal yang berupa kos prosiding adjudikasi, kos penyediaan tuntutan oleh kontraktor dan lain lain kos yang dibenarkan untuk dituntut dibawah akta ini.


HJ ISMAIL BIN OMAR
(ADJUDIKATOR BERTAULIAH)

CIPAA & VARIATION ORDER


Proses membuat bayaran untuk kerja kerja perubahan (Variation Order) mengikut akta ini mesti dibayar secara progresif mengikut sijil bayaran interim. Penilaian kerja mesti dibuat dengan adil dan bayaran mesti dibuat secara penuh mengikut peringkat kerja yang telah dilaksanakan. Majikan tidak boleh lagi membayar 50 % atau 75% dari nilai kerja arahan perubahan tersebut sementara menunggu proses kelulusan dari pegawai atasan sepertimana yang lazim diamalkan sebelum akta ini berkuatkuasa.  

Justru itu kelulusan arahan perubahan dan kadar harganya mestilah dipersetujui terlebih dahulu sekiranya jenis kerja arahan perubahan itu tiada didalam jadual kadar harga atau didalam kontrak sebelum kerja arahan perubahan itu dikeluarkan. Kegagalan mematuhinya akan menyebabkan kerajaan terdedah kepada saman dibawah akta ini. Justru itu ia amat memerlukan jabatan dan agensi kerajaan menukar sedikit birokrasi jabatan yang sedia ada pada ketika ini. Proses kelulusan arahan perubahan dan kadar harga mesti dilakukan dengan cepat sebelum arahan perubahan dikeluarkan kepada kontraktor. 

Dijangkakan ini amat sukar untuk dilakukan dan kemungkinan kerajaan dibawa ke pengadilan adjudikasi bersebab dari perkara ini adalah besar. Sekiranya kerajaan kalah disebabkan oleh masalah birokrasi ini maka kerajaan terpaksa menanggung kos tambahan yang berupa kos prosiding adjudikasi, kos penyediaan tuntutan oleh kontraktor dan lain lain kos lagi yang dibenakan oleh akta ini.


HJ ISMAIL BIN OMAR
(ADJUDIKATOR BERTAULIAH)

CIPAA & PENILAIAN BAYARAN INTERIM


Kontraktor juga boleh menyaman kerajaan jika sekiranya pegawai pegawai yang menjaga projek cuai didalam menjalankan tugas mereka seperti gagal membuat penilaian yang tepat untuk bayaran interim. 

Jika sekiranya kontrakto rmerasakan dibuli oleh pegawai dan mempunyai bukti bahawa pegawai telah “under value” bayaran yang sepatutnya diterima oleh mereka maka akta ini membenarkan kontraktor untuk membuat tuntutan terus kepada pihak kerajaan dan kerajaan perlu bertanggungjawab di atas kesilapan pegawai pegawainya termasuk menyediakan bajet untuk menampung kos prosiding adjudkasi dan lain lain kos yang dibenarkan oleh akta ini.
  
Selain dari itu jika kerajaan gagal membuat penilaian terhadap kerja kerja arahan perubahan dalam tempoh bayaran interim sedangkan kerja itu telah dilaksanakan oleh kontraktor maka kontraktor juga boleh membawa perkara tersebut kepengadilan adjudikasi. Perlu difahami setiap kali pertikaian dibawa ke adjudikasi kos tambahan yang berupa kos prosiding adjudikasi dan faedah terpaksa dibayar oleh pihak yang kalah.


HJ ISMAIL BIN OMAR
(ADJUDIKATOR BERATULIAH)

PENGECUALIAN PROJEK KERAJAAN


Memang terdapat beberapa pengecualian dibawah akta ini untuk beberapa kategori tertentu projek projek kerajaan tetapi ianya tertakluk kepada kategori kerja kerja yang bersifat segera dan tanpa berlengah disebabkan oleh bencana alam, banjir, tanah runtuh, pemendapan tanah kebakaran dan hal keadaan kecemasan dan luar jangka yang lain. Pengecualian juga untuk projek yang berkaitan dengan keselamatan Negara atau kemudahan berkaitan keselamatan termasuk pembinaan kemudahan tentera dan polis, pengkalan dan kem tentera, penjara dan kem tahanan, loji kuasa dan loji pembersihan air.

Terdapat juga beberapa pengecualian lain terhadap projek kerajaan dibawah RM 20 juta, tetapi tidak begitu signifikan kerana ia bukan pengecualian yang sebenar tetapi lebih kepada pengecualian had masa untuk memberi respon bayaran dan respon adjudikasi daripada 10 (sepuluh) hari bekerja kepada 30 (tiga puluh) hari kalender. Namun begitu walupun ada pengecuaalian dibawah ktegori ini kerajaan masih terdedah kepada tuntutan dibawah akta ini cuma kelonggaran had masa diberikan untuk mengumpulkan maklumat dan menyediakan dokumen sokongan untuk membolehkan menjawab tuntutan sahaja. Sekiranya fakta kes sememangnya tidak menyebelahi kerajaan maka kerajaan tetap akan kalah dan pegawai yang mengelola projek berkemungkinan besar akan diminta untuk bertanggungjawab terhadap segala kos tambahan yang tiada didalam bajet.


HJ ISMAIL BIN OMAR
(ADJUDIKATOR BERTAULIAH)

TANGGUNGJAWAB KERAJAAN SEBAGAI PRINSIPAL



Didalam projek kerajaan, jika sekiranya berlaku perselisihan diantara kontraktor utama dengan subkontraktor domestik dan pembekal domestik maka jika sekiranya kontraktor utama kalah didalam pengadilan adjudikasi dan kemudiannya gagal pula mematuhi keputusan adjudikasi maka pihak yang menang boleh membuat tuntutan terus dari pihak prinsipal iaitu kerajaan. Ini kerana antara remedi yang disediakan oleh akta ini ialah pihak yang memenangi pertikaian dibawah CIPAA dibenarkan untuk menuntut bayaran yang dipertikaikan itu terus daripada prinsipal.

Didalam hal ini kerajaan wajib mematuhi peruntukan dibawah akta ini. Setelah mendapay notis tuntutan dari pihak subkontrator maka kerajaan perlu mengemukan notis untuk mendapatkan bukti pembayaran oleh kontraktor utama terhadap sub kontraktornya. Sekiranya kontraktor utama gagal menunjukkan bukti pembayaran maka kerajaan wajib membuat bayaran bagi pihak kontraktor utama. Namun begitu kewajipan ini hanya terjadi jika sekiranya semasa tuntutan itu dibuat masih ada duit berbaki yang masih boleh dibayar kepada kontraktor utama.

HJ ISMAIL BIN OMAR
(ADJUDIKATOR BERTAULIAH)

NOTA UNTUK PEGAWAI KERAJAAN

Akta bayaran dan adjudikasi industri binaan atau singkatan dalam Bahasa Inggerisnya CIPAA telah mula beroperasi pada 15hb April 2014. Akta ini menyediakan mekanisma ‘ADJUDIKASI’ untuk mengadili pertikaian yang berlaku diantara pihak pihak yang berkontrak. 

Akta ini bertujuan untuk mengawal aliran tunai industtri binaan Selain itu ia juga bertujuan untuk menyeimbangkan kembali terma kontrak berat sebelah diantara majikan dan kontraktor. Dengan adanya akta ini maka pihak kontraktor sudah boleh menyaman pihak kerajaan jika sekiranya kerajaan melanggar terma kontrak atau pegawai pegawai kerajaan bersikap cuai dan tidak adil didalam menjalankan tugas mereka. 

Jika kalah didalam prosiding adjudikasi, kerajaan akan terpaksa menanggung kos tambahan yang berupa kos faedah, kos prosiding adjudikasi dan kos penyediaan dokumen oleh pihak yang menang.

Untuk mengelakkan dari kesan negatif akta ini, kerajaan mestilah memastikan mereka mempunyai bajet dan peruntukan yang mencukupi sebelum memulakan projek dan kontraktor dibayar mengikut terma perjanjian.

Ketika ini agensi dan jabatan kerajaan mungkin merasakan mereka kebal dan tidak ada kontraktor yang akan menyaman mereka. Keadaan ini mungkin disebabkan oleh kesukaran proses membuat tuntutan dan mendapatkan keadilan pada masa ini. 

Kes timbangtara atau mahkamah memakan masa bertahun tahun. Ini tidak memberi ruang kepada kontraktor kerana selagimana kes mereka tidak diputuskan maka nama mereka akan disenarai hitamkan dari tender kerajaan.

Namun begitu atas sifat akta ini yang memudahkan proses adjudikasi maka ruang untuk saman menyaman dibawah pengadilan CIPAA akan terbuka luas. Dijangkakan para pembekal dan subkontraktor tidak akan teragak agak untuk mengambil tindakan terhadap kontraktor utama jika sekiranya kontraktor utama gagal membuat pembayaran yang tetap (regular) dan tepat pada masanya. 

Maka jika sekiranya sebab utama kegagalan kontraktor utama itu adalah berpunca dari kegagalan agensi atau jabatan kerajaan yang terbabit membuat bayaran yang tetap dan tepat pada masanya kepada beliau maka kontraktor utama juga mungkin tidak mempunyai pilihan lain melainkan turut mengambil tindakan yang serupa terhadap agensi atau jabatan kerajaan yang terlibat. Sementelahan keputusan adjudikasi dibuat dalam tempoh yang singkat (± 3 bulan) maka tempoh senarai hitam mereka akan segera berakhir dengan berakhirnya proses adjudikasi. 

Tambahan pula sekiranya ramai kontraktor yang mengambil tindakan terhadap kerajaan maka apakah mampu kerajaan menyenarai hitamkan sebegitu ramai kontraktor dari memasuki tender tendernya.

Persoalan seterusnya ialah bila ini berlaku dan kerajaan berada di pihak yang kalah dan terpaksa menanggung kos kos tambahan yang tiada didalam bajet asal projek maka siapakah yang akan bertanggungjawab menanggung segala bentuk kos tambahan akibat dari kekalahan itu. Kos ini walaupun tidak besar tetapi mengundang seribu satu masalah kepada pegawai yang terlibat menjaga projek.

Sementara itu untuk projek yang sedang berjalan sekarang ini, proses bayaran untuk kerja kerja perubahan (Variation Order) mengikut akta ini mesti dibayar secara progresif mengikut sijil bayaran interim. Penilaian kerja mesti dibuat dengan adil dan bayaran mesti dibuat secara penuh mengikut peringkat kerja yang telah dilaksanakan. 

Majikan tidak boleh lagi membayar 50 % atau 75% dari nilai kerja arahan perubahan tersebut sementara menunggu proses kelulusan dari pegawai atasan sepertimana yang lazim diamalkan sebelum akta ini berkuatkuasa.  Justru itu kelulusan arahan perubahan dan kadar harganya mestilah dipersetujui terlebih dahulu sekiranya jenis kerja arahan perubahan itu tiada didalam jadual kadar harga atau didalam kontrak sebelum kerja arahan perubahan itu dikeluarkan. Kegagalan mematuhinya akan menyebabkan kerajaan terdedah kepada saman dibawah akta ini. Justru itu ia amat memerlukan jabatan dan agensi kerajaan menukar sedikit birokrasi jabatan yang sedia ada pada ketika ini. 

Proses kelulusan arahan perubahan dan kadar harga mesti dilakukan dengan cepat sebelum arahan perubahan dikeluarkan kepada kontraktor. Dijangkakan ini amat sukar untuk dilakukan dan kemungkinan kerajaan dibawa ke pengadilan adjudikasi bersebab dari perkara ini adalah besar. Sekiranya kerajaan kalah disebabkan oleh masalah birokrasi ini kerajaan terpaksa menanggung kos tambahan yang berupa kos prosiding adjudikasi, kos penyediaan tuntutan oleh kontraktor dan lain lain kos lagi yang dibenakan oleh akta ini.

Didalam hal yang berkaitan dengan lanjutan masa (EOT) sekiranya kerja telah terlambat dan kontraktor memohon lanjutan masa dan pegawai penguasa pula tidak melayan permohonan EOT tersebut mengikut lunas lunas keadilan maka kontraktor juga boleh mengambil tindakan adjudikasi terhadap kerajaan bilamana kerajaan mula membuat tuntutan ganti rugi kerja tidak siap (LAD). Mengambilkira akta ini Pegawai Penguasa perlu membuat pertimbangan yang sistematik untuk menilai setiap permohonan lanjutan masa dari kontraktor. 

Keputusan yang bersifat “impressionistic” boleh dibawa ke pengadilan adjudikasi sekiranya kontraktor tidak berpuashati. Disana pengadilan adjudikasi berkemungkinan akan meminta Pegawai penguasa membuktikan keputusan beliau mengikut kaedah penilaian yang sistematik dan munasabah mengikut lunas lunas kontrak dan piawaian industri. Sekiranya gagal maka kerajaan mungkin kalah dan menanggung kos tambahan yang juga tiada didalam bajet asal yang berupa kos prosiding adjudikasi, kos penyediaan tuntutan oleh kontraktor dan lain lain kos yang dibenarkan untuk dituntut dibawah akta ini.

Kontraktor juga boleh menyaman kerajaan jika sekiranya pegawai pegawai yang menjaga projek cuai didalam menjalankan tugas mereka seperti gagal membuat penilaian yang tepat untuk bayaran interim. Jika sekiranya kontraktor merasakan dibuli oleh pegawai dan mempunyai bukti bahawa pegawai telah “ under value” bayaran yang sepatutnya diterima oleh mereka maka akta ini membenarkan mereka untuk membuat tuntutan terus kepada pihak kerajaan dan kerajaan perlu bertanggungjawab diatas kesilapan pegawai pegawainya termasuk menyediakan bajet untuk menampung kos prosiding adjudkasi dan lain lain kos yang dibenarkan oleh akta ini.

Sebarang pertikaian seperti diatas kini boleh dibawa segera ke pengadilan adjudikasi oleh pihak kontraktor  tanpa menunggu projek tamat atau kontrak ditamatkan sepertimana proses timbangtara atau mahkamah. 

Proses adjudikasi akan terus dimulakan bilamana pihak kontraktor merasa terkilan dan  mengambil tindakan memulakannya sesudah berlaku pertikaian seperti yang diatas. Keputusan akan dikeluarkan dalam tempoh yang singkat dan sekiranya kontraktor adalah pemenang maka beliau mempunyai beberapa remedi untuk dilaksanakan terhadap kerajaan. 

Antaranya ialah beliau boleh memperlahan dan memberhentikan kerja sehingga bayaran yang dipertikaikan itu diterima. Ini akan menyebabkan kelewatan projek dan imej jabatan pelaksana akan tercemar dimata pelanggan.


HJ ISMAIL BIN OMAR
(ADJUDIKATOR BERTAULIAH)

NOTA UNTUK KONTRAKTOR


NOTA AKTA BAYARAN

Satu undang undang baru yang nama singkatannya CIPAA 2012 telah diluluskan oleh Parlimen Malaysia dan telah mula beroperasi pada 15hb April 2014 yang lalu. Undang undang ini bertujuan untuk memberi keadilan yang segera didalam menangani pertikaian berhubung pembayaran didalam industri pembinaan melalui satu mekanisma yang dipanggil “adjudikasi”. Selain dari prosesnya yang mudah, murah dan cepat, keputusan adjudikasi mengikat kedua dua pihak secara undang undang.

Kini pemain pemain industri binaan terutamanya mereka yang berkontrak  dilapisan bawah seperti  Kontraktor, Subkontraktor dan Pembekal sudah boleh menarik nafas lega kerana bayaran untuk kerja yang telah mereka laksanakan mengikut perjanjian kontrak akan lebih terjamin dan akan diperolehi mengikut terma kontrak yang ditandatangani. Malah bayaran yang masih tertunggak untuk projek projek yang lepas juga sudah boleh dituntut dibawah akta ini. Mana mana bayaran seperti “ final account” yang telah melebihi tempoh yang ditetapkan oleh kontrak dan “wang tahanan” sudah boleh mula dituntut melalui akta ini.

Untuk membuat tuntutan kontraktor mestilah memastikan mereka pertama tamanya mempunyai kontrak yang bertulis. Seterusnya mereka mestilah mempunyai dokumen sokongan untuk membuat tuntutan. Mereka juga mesti boleh membuktikan sebab sebab tuntutan dibuat mengikut peruntukan kontrak dan peruntukan dibawah akta ini.

Proses dan prosedur tuntutan ini mudah dan ringkas dan boleh dilakukan sendiri oleh kontraktor tanpa melalui peguam. Keseluruhan proses adjudikasi dibawah CIPAA akan mengambil masa lebih kurang tiga bulan. Untuk kes yang lebih simpel keputusan adjudikasi akan mengambil masa lebih singkat.

Proses dan prosedur tuntutan dimandatkan oleh undang undang dan mestilah mematuhi kehendak akta ini. Untuk memahami bagaimana tuntutan dibawah akta ini boleh dibuat sila hadiri seminar seminar kami diatas tajuk akta bayaran dan adjudikasi industry binaan dan pengurusan kontrak. Keterangan lanjut sila hubungi Minda Wibawa Resources melalui tel 03-51019151 / Hj Ismail Omar 019-3036869.

INFO RINGKAS TENTANG AKTA PEMBAYARAN & ADJUDIKASI INDUSTRI BINAAN (CIPAA)

1.        AKTA CIPAA TELAH DILULUSKAN OLEH PARLIMEN & TELAH MULA BEROPERASI PADA 15 APRIL 2014

2.        MATLAMATNYA IALAH UNTUK MEMASTIKAN KECEKAPAN ALIRANTUNAI INDUSTRI BINAAN NEGARA

3.        CIPAA ADALAH SATU BENTUK PENYELESAIAN PERTIKAIAN ALTERNATIF YANG MENGGUNAKAN PROSES ADJUDIKASI

4.        PROSES ADJUDIKASI LEBIH CEPAT, MUDAH & MURAH BERBANDING TIMBANGTARA & MAHKAMAH. JUSTRU ITU IA AKAN MENJADI PILIHAN UTAMA DIDALAM MENYELESAIKAN PERTIKAIAN.

5.        BERBEZA DENGAN PROSES TIMBANGTARA ATAU MAHKAMAH AKTA CIPAA BOLEH DIGUNAKAN BILAMANA WUJUD PERTIKAIAN (BILA BILA MASA SAHAJA) TANPA PERLU MENUNGGU KONTRAK DITAMATKAN ATAU DISIAPKAN

6.        PROSES & PROSEDURNYA DITETAPKAN OLEH UNDANG UNDANG

7.        KEPUTUSAN ADJUDIKATOR MENGIKAT KEDUA DUA PIHAK YANG BERTIKAI SECARA UNDANG UNDANG & SECARA INTERIM

8.        KEPUTUSAN ADJUDIKATOR BOLEH DIKUATKUASAKAN MENGIKUT PERUNTUKAN UNDANG UNDANG DIBAWAH AKTA.

9.     CIPAA MENGATASI TERMA DIDALAM MANA MANA KONTRAK BINAAN

10.     TIADA PELUANG UNTUK BERKONTRAK DILUAR CIPAA

11.     CIPAA MELARANG & MEMBATALKAN “PEMBAYARAN BERSYARAT” (BACK TO BACK PAYMENT, PAY IF PAID, PAY WHEN DRAWDOWN)

12.     CIPAA MENGGALAKKAN PROFESSIONALISM DIKALANGAN PEMAIN INDUSTRI

13.     REMEDI KEPADA PEMENANG –

       BOLEH MEMPERLAHAN / MEMBERHENTIKAN KERJA

       BOLEH MENUNTUT BAYARAN TERADJUDIKASI TERUS DARI PRINSIPAL

       BOLEH MENDAPATKAN PERINTAH MAHKAMAH

15.      TANGGUNGAN YANG KALAH

       BAYAR AMAUN TERADJUDIKASI
       BAYAR FAEDAH
       BAYAR KOS ADJUDIKASI
       BAYAR KOS PENYEDIAAN TUNTUTAN KEPADA PENUNTUT



HJ ISMAIL BIN OMAR
(ADJUDIKATOR BERTAULIAH)



CONTEMPORANEOUS RECORD



       ‘Contemporanoues Record’ ialah cacatan rekod yang dibuat tatkala sesuatu peristiwa itu berlaku. Ianya perlu dibuat baik semasa atau selepas sahaja sesuatu peristiwa itu berlaku.

       Antara perkara terpenting apabila berlaku sesuatu pertikaian dalam urusan pembinaan diantara pelbagai pihak yang berkontrak ialah beban pembuktian. Baik pada pihak yang menuntut begitu juga pada pihak yang ingin menolak sesuatu tuntutan yang dibuat kepadanya.

       Ini adalah kerana merekodkan peristiwa sewaktu semasa ianya berlaku atau selepas sahaja ianya berlaku akan menjadikan rekodnya lebih berintegriti dan berfakta serta dapat mengelakkan dari mudah untuk dipertikaikan.

       Oleh itu mengapa rekod perlu dibuat dengan seberapa detail dan kemas dengan dokumen sokongan saperti gambar. Video dan sebagainya beserta tarikh dan penerangan tentangnya.

       Rekod beserta memo ‘transmittal’ perlu diedarkan dengan seberapa segera kepada pihak yang berkontrak dan pegawai penguasa.

       Ini adalah untuk mengelakkan tatkala berlakunya pertikaian banyak masa serta tenaga yang akan dicurahkan mungkin dari seluruh pasukan untuk mengumpul semula bukti-bukti dari pelbagai perkara untuk memperkukuh dan memperkuatkan tuntutan yang dibuat.

       Pengalaman menunjukkan kes yang berjaya sangat bergantung kepada rekod dan dokumen semasa yang datangnya dari penyimpanan rekod yang berkesan dan sistem yang cekap.

CIPAA UNDANG UNDANG BARU


       Akta CIPAA 2012 adalah merupakan satu undang-undang baru yang telah diluluskan oleh Parlimen pada 2 April 2012 yang kemudiannya telah mendapat perkenan dari Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agung pada 18 Jun 2012 dan telah diwartakan pada 22 Jun 2012.

       Walaupun tarikh operasinya atas permohonan dari Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya telah tertangguh hampir dua (2) tahun sehingga 16 April 2014.

       Undang-undang ini bertujuan untuk memberi keadilan yang segera dalam menangani pertikaian yang berhubung bayaran dalam industri pembinaan melalui satu proses yang dipanggil ADJUDIKASI.

       CIPAA 2012 Menurut Akta ialah satu akta untuk memudahkan PEMBAYARAN yang TETAP dan TEPAT pada masanya. Untuk mengadakan satu peruntukan  bagi satu mekanisma bagi penyelesaian pertikaian yang cepat melalui Adjudikasi. Untuk mengadakan PERUNTUKAN BAGI REMEDI untuk mendapatkan bayaran dalam industri pembinaan dan untuk mengadakan peruntukan bagi PERKARA-PERKARA YANG BERKAITAN DAN BERSAMPINGAN DENGANNYA.

       Timbang Tara ini yang pada asalnya telah dilaksanakan diBritain pada tahun 1996 telah memberi impak yang sangat positif kepada industri pembinaan Britain bahkan kepada ekonomi Britain sendiri. Diatas sebab itu kemudiannya langkah tersebut telah diikuti oleh negara lain didahului oleh Australia, New Zealand, Singapura sebelum Malaysia.

       Berlatar belakangkan kepada isu-isu yang timbul dalam industri pembinaan boleh dikatakan isu terbesarnya adalah tertumpu dengan isu pembayaran dan yang berhubungan dengannya. Kesan dari isu ini banyak memberi pelbagai masalah yang timbul  terutamanya pihak kontraktor dan konsultan.

       Sebagai jalan keluar yang segera dalam rangka untuk membantu pihak yang terlibat kepada permasalahan tersebut lahirnya undang-undang baru dibawah timbang tara selain dari peruntukan sedia ada saperti ‘Litigation’ dan ‘Arbitration’.

       Cuma dibawah peruntukan undang-undang ‘Litigation’ dan ‘Arbitration’ tidak dapat membantu pihak yang bermasalah untuk menyelesaikan isu yang dihadapi terutama tentang bayaran dengan kadar yang segera. Ditambah lagi dengan syarat kontrak terlebih dahulu perlu ditamatkan sebelum sebarang ‘proceeding’ dapat dimulakan.

       Atas sebab itu mengapa pengetahuan tentang CIPAA 2012 ini sangat penting difahami oleh mereka yang terlibat dalam industri pembinaan ini saperti kontraktor, konsultan dan juga pembekal bahan binaan dan perkhidmatan. Bahkan oleh pihak majikan (client) saperti jabatan-jabatan kerajaan yang bertanggung jawab terhadap projek pembinaan, penguat kuasa tempatan (local authority), pemaju dan sebagainya.

       Prospek masa depan dari pelaksanaan CIPAA 2012 ini diharapkan dapat melahirkan suasana iklim industri pembinaan yang sehat dan memberi menafaat yang luas bukan hanya kepada komuniti industry pembinaan tetapi masyarakat seluruhnya serta negara.


FAHAMI KONTRAK SEBELUM TANDATANGAN

Assalammualaikum kepada semua pembaca,

Pada entri yang lepas, saya telah menerangkan maksud kontrak. Kali ini saya akan sambung lagi topik berkaitan kontrak.

Sebagaimana entri yang lepas, kontrak adalah perjanjian yang boleh dikuatkuasakan oleh undang-undang.

Perjanjian atau kontrak itu dibuat oleh dua atau lebih pihak yang saling menginginkan ‘kelebihan’ yang dipunyai oleh satu pihak yang lain.

Secara lazimnya, terdapat beberapa perkara yang akan dizahirkan di dalam sesebuah kontrak.

Antara perkara-perkara tersebut adalah termasuk tanggungjawab pihak-pihak yang berkaitan kontrak, hak, tuntutan, remedi, serta menjelaskan peraturan dan syarat-syarat berkaitan kontrak.

Namun saya percaya, ramai antara kita semua masih lagi memandang remeh kepentingan memahami dan membaca kontrak sebelum menandatangani kontrak tersebut.

Suka saya ingatkan bahawa sebelum menandatangani apa-apa kontrak, adalah PENTING untuk anda membaca dan memahami kontrak tersebut sepenuhnya dengan teliti. Tidak salah untuk anda mendapatkan penjelasan sekiranya terdapat perkara yang tidak difahami di dalam kontrak tersebut.

Anda perlu selalu ingat bahawa setiap perkara yang tertulis di dalam kontrak dibuat dengan sebab dan mempunyai tujuannya tersendiri. Perkara-perkara yang dibuat di dalam kontrak tidak dibuat sewenang-wenangnya, ianya mungkin berisiko dan selalunya perkara-perkara tersebut tidak menyebelahi anda.

Oleh itu, yang paling penting, BACA dan FAHAMKAN kontrak sebelum menandatanganinya.


Oleh,

Zaiyanazareth Binti Zaini
Peguamcara & Peguambela
Tetuan Zaiyanazareth & Associates
Shah Alam, Selangor
31.03.2020