Assalamualaikum,
Untuk entri kali ini, saya akan
menulis tentang bagaimana kita hendak mengetahui samada wujud pertikaian atau
tidak wujud pertikaian selepas tuntutan bayaran dikemukakan kepada pihak yang
tidak membayar. Jika pertikaian telah dipastikan wujud maka penuntut bolehlah
meneruskan dengan prosiding adjudikasi yang seterusnya. Di sini saya akan
menerangkan situasi-situasi yang menyebabkan pertikaian dikatakan wujud:
1)
Sekiranya pihak yang tidak
membayar gagal/tidak mahu membuat bayaran
2)
Sekiranya pihak yang tidak membayar
membuat tuntutan balas dan pihak yang tidak dibayar tidak mahu membuat bayaran
3)
Sekiranya pihak yang tidak
membayar tidak/enggan memberikan jawapan kepada tuntutan
Jika
berlaku salah satu daripada situasi di atas, maka pertikaian di anggap wujud.
CIPAA memberikan pihak yang tidak dibayar hak untuk adjudikasi. Selepas Tuntuan
Bayaran disampaikan kepada pihak yang tidak membayar dan tempoh masa untuk
mengemukakan Respon Bayaran telah tamat, maka proses adjudikasi bolehla
dimulakan seperti tertakluk di bawah seksyen 7 akta CIPAA.
Pertikaian
dianggap tidak wujud dan selesai jika sekiranya pihak yang tidak membayar
membuat pembayaran seperti yang dituntut oleh pihak yang tidak menerima
bayaran. Pihak penuntut tidak perlu untuk meneruskan prosiding adjudikasi.
Sekian dulu untuk kali ini. Semoga diberikan lagi kesempatan untuk kita bertemu
pada entri akan datang. Wassalam.
Noridah
Omar
Shah
Alam
No comments:
Post a Comment