Wednesday, May 8, 2024

SEMINAR ONLINE - SEMINAR PENGURUSAN PROJEK DAN KEWANGAN PADA 4 & 5 JUN 2024


 

ASSALAMUALAIKUM....

SEMUA KONTRAKTOR, SUB-KONTRAKTOR DAN JUGA KEPADA PEMAJU/MAJIKAN DIJEMPUT HADIR SECARA MAYA KE SEMINAR YANG DIANJURKAN OLEH SYARIKAT KAMI. 

OBJEKTIF SEMINAR

Di dalam seminar ini kami akan membimbing para peserta tentang bagaimana untuk menguruskan projek dengan cara yang efektif beserta dengan pengurusan kewangannya sekali. Kedua-dua bentuk pengurusan ini saling berkait antara satu sama lain kerana aliran kewangan projek yang mantap akan membolehkan projek diurus dengan lebih cekap. Pengurusan projek yang efektif adalah dengan memastikan pihak Kontraktor mempunyai bilangan pekerja, bahan binaan dan mesin yang mencukupi sesuai dengan jadual kerja. Namun begitu, tugasan ini hanya boleh dilakukan dengan cekap jika sekiranya projek tersebut mempunyai aliran tunai kewangan yang mantap. Aliran kewangan ini semestinya datang daripada projek itu sendiri kerana Kontraktor sepatutnya dibayar sesuai dengan tahap kemajuan pembinaan yang telah dicapai. Sebarang kelambatan di pihak Majikan akan melayakkan Kontraktor untuk menuntut remedi yang disediakan di bawah kontrak.


KENAPA ANDA PERLU JOIN SEMINAR KAMI

Seminar ini amat penting kerana di luar sana masih terdapat ramai kakitangan pengurusan projek di pihak Kontraktor yang masih tidak dilatih untuk memiliki kemahiran tentang bagaimana untuk mengira keperluan buruh, bahan binaan dan mesin di tapak mengikut jadual yang dipersetujui bersama Majikan. Selain itu, mereka juga tidak berkemahiran untuk membuat tuntutan kewangan sepertimana yang dibenarkan oleh kontrak. Keadaan ini menyebabkan projek menghadapi risiko kelambatan dan denda LAD.


DAFTAR SEKARANG!!! JANGAN LEPASKAN PELUANG UNTUK UPGRADE ILMU PENGETAHUAN YANG ADA UNTUK MENJAMIN MASA DEPAN YANG CEMERLANG 😊😊

BORANG PENDAFTARAN

No comments:

Post a Comment