Hai Assalamualaikum
wbt semua. Entri kali ini adalah tentang Ganti Rugi Tidak siap atau
“Damages for Non-Completion”. Di
dalam Kontrak PWD, tajuk ini di bawah
KLAUSA 40 dan mempunyai 4 sub-klausa kesemuanya. Mari kita teliti bersama J.
KLAUSA 40.1
Sekiranya kontraktor gagal menyiapkan
kerja pada tarikh yang ditetapkan oleh kontrak ataupun dalam tempoh
lanjutan masa (EOT) yang diberikan menurut klausa 43 maka Pegawai Penguasa
(P.P) akan mengeluarkan sijil tidak siap kerja (Certificat of Non-Completion /
CNC) kepada kontraktor.
KLAUSA 40.2
Tanpa prejudis, kerajaan
berhak menamatkan kontrak ini apabila P.P mengemukakan Sijil Kerta tak siap (CNC)
dan kerajaan juga berhak mendapatkan semula ganti rugi tertentu daripada
kontraktor dan ganti rugi yang ditetapkan (LAD) yang dikira pada kadar yang
dinyatakan dalam Apendix 1 dari tarikh kontraktor gagal menyiapkan kerja
sehingga ke tarikh penyiapan kerja praktikal (CPC) atau tarikh penamatan
kontrak (Termination).
P.P boleh menolak gantirugi (LAD) dari
mana-mana wang yang belum dibayar ataupun yang akan dibayar kepada kontraktor,
jika gagal, maka gantirugi itu akan diperolehi daripada bon perlaksanaan
(Performance Bond ) ataupun sebagai hutang
daripada kontraktor. P.P hendaklah memaklumkan kepada kontraktor secara
bertulis tentang penolakan tersebut.
KLAUSA 40.3
LAD yang dinyatakan di dalam Apendix 1 akan
dianggap sebagai jumlah kerugian yang munasabah yang akan ditanggung oleh
kerajaan sekiranya kontraktor melanggar Klausa ini. Kontraktor dengan membuat
kontrak ini bersetuju untuk membayar kepada kerajaan jumlah tersebut sekiranya perlu
dibayar tanpa memerlukan kerajaan untuk membuktikan kerosakan atau kerugiannya
yang sebenar.
KLAUSA 40.4
Pembayaran atau pemotongan LAD tersebut tidak
akan melepaskan kontraktor dari kewajipannya untuk menyelesaikan kerja-kerja
dari mana-mana tanggungjawab dan liabiliti di bawah kontrak.
Kesimpulannya, Klausa ini menyediakan mekanisma di mana kerajaan dan kontraktor bersetuju lebih awal tentang ganti rugi yang akan ditanggung oleh Kontraktor jika sekiranya kontraktor gagal menyiapkan kerja pada Tarikh yang ditetapkan oleh kontrak ataupun Tarikh lanjutan masa (EOT).
Sekian,
Penulis: Zafirah Binti Mohd Nor
Rujukan: Construction Law in Malaysia (Tulisan Prof Sundra Rajoo &
Ir Harban Singh)
Nota Pemahaman
Kontrak PWD 203 REV 1/2010 (Tulisan Hj Ismail Bin Omar)
No comments:
Post a Comment