Hai Assalamualaikum wbt. Baiklah untuk entri
kali ini, kita akan membincangkan tentang Kelambatan (Delay) dan Lanjutan Masa
(EOT). Di dalam kontrak PWD, ianya di bawah KLAUSA 43 dan hanya mempunyai satu
sub-klausa sahaja. Mari kita teliti bersama-sama!
Klausa
ini juga digunakan oleh kedua-dua pihak untuk mendapatkan remedi jika salah
satu pihak memungkiri tanggungjawab mereka untuk melaksanakan kerja di dalam
tempoh yang ditetapkan menurut syarat-syarat kontrak.
KLAUSA YANG MEMBOLEHKAN KERAJAAN DAN
KONTRAKTOR UNTUK SALING MENUNTUT GANTIRUGI
KLAUSA 43.1
Apabila telah cukup jelas bahawa penyiapan
kerja akan terlambat dari tempoh yang ditetapkan, maka kontraktor dengan
segera perlu memberi notis secara bertulis kepada Pegawai Penguasa (P.P).
Notis tersebut hendaklah mengemukakan sebab dan maklumat berkaitan kelambatan
beserta dokumen-dokumen sokongan untuk membolehkan P.P menilai dan membuat
keputusan. Sekiranya P.P berpendapat bahawa penyiapan kerja akan terlambat ataupun
sudahpun terlambat melepasi tarikh penyiapan seperti dinyatakan di dalam
apendix 1 ataupun melepasi mana-mana tarikh lanjutan masa (EOT) yang telah
ditetapkan dahulu di bawah Klausa ini disebabkan oleh satu atau lebih dari
peristiwa-peristiwa berikut:-
a)
Force majuere (Peristiwa yang di
luar kawalan kedua-dua pihak seperti peperangan atau bencana alam)
b)
Cuaca buruk yang luar biasa
c)
Pemberhentian kerja di bawah
klausa 50
d)
Arahan diberi Pegawai Penguasa
akibat dari pertikaian dengan jiran berdekatan bukan disebabkan oleh kecuaian
kontraktor.
e)
Arahan Pegawai Penguasa di bawah
klausa 5 bukan disebabkan oleh kecuaian atau kemungkiran kontraktor
f)
Kegagalan kontraktor menerima
arahan berhubung lantikan NSC, lukisan, aras ETC dari Pegawai Penguasa disebabkan
oleh kelalaian Pegawai Penguasa
g)
Kelambatan menyerah tapak
h)
Kelambatan dari pihak lain yang
dilantik oleh kerajaan untuk melaksanakan kerja yang tidak menjadi sebahagian
dari kontrak
i)
Kegagalan kontraktor oleh sebab
perkara yang diluar kawalan kontraktoor yang tidak munasabah untuk dijangkakan
pada tarikh tukar tender
j)
Kelambatan oleh kerja NSC
disebabkan oleh klausa a) – i)
Maka P.P jika beliau berpendapat bahawa
lanjutan masa hendaklah diberikan dengan seberapa segera bilamana beliau boleh menjangkakan tempoh
kelambatan melebihi dari tarikh penyiapan mengemukakan sijil perakuan
kelambatan dan lanjutan masa dengan memberikan lanjutan masa yang wajar untuk
menyiapkan kerja.
Tertakluk kepada semua kelambatan adalah
bukan disebabkan oleh perbuatan, kelalaian dan kemungkiran kontrak oleh NSC,
NSS atau kontraktor atau mana-mana agen atay orang suruhan NSC, NSS atau
kontraktor.
Tertakluk sentiasa bahawa kontraktor telah
mengambil langkah-langkah yang berpatutan untuk mengelakkan atau mengurangkan
kelambatan dan semuanya yang wajar dan diperlukan mengikut kepuasan P.P
Tertakluk lagi bahawa kontraktor tidak layak
untuk lanjutan masa jika sekiranya arahan P.P adalah diperlukan untuk bertujuan
untuk membaiki mana-mana kegagalan atau kemungkiran kontrak oleh kontraktor.
Kesimpulannya,
·
Kelambatan yang dimaksudan di
dalam klausa ini adalah merujuk kepada kelambatan yang dibenarkan sahaja yang
mana kontraktor layak untuk dipertimbangkan dengan lanjutan masa.
·
Klausa ini memberi ruang untuk
“modify” kewajipan kontaktor dari menyiapkan kerja pada tarikh penyiapan
mengikut kontrak kepada satu tarikh baru seperti yang diluluskan oleh pegawai
penguasa.
·
Kontraktor perlu memberi notis
bilamana telah menjadi nyata bahawa kemajuan kerja telah terlambat.
·
Notis kontraktor mestilah secara
bertulis menyatakan sebab kelambatan beserta maklumat-maklumat yang berkaitan
serta dokumen-dokumen sokongan yang mencukupi supaya pegawai penguasa boleh
membuat keputusan tentang “eligibility” lanjutan masa dan juga membuat
perkiraan berapa tempoh lanjutan yang perlu diberikan.
·
Kegagalan kontraktor mengemukakan
notis beserta sebab dan dokumen sokongan adalah satu kemungkiran kontrak tetapi
tidak membatalkan haknya untuk mendapatkan lanjutan masa.
·
Pegawai penguasa mestilah bersikap
adil & tidak memihak di dalam membuat penilaian dan pengiraan lanjutan masa
yang sesuai.
·
Jika sekiranya beliau tidak
mendapat maklumat yang mencukupi dari kontraktor maka beliau boleh menggunakan
alasan kemungkiran kontraktor di dalam keputusannya.
·
Jika sekiranya wujud alasan yang
munasabah tetapi pegawai penguasa gagal memberikan lanjutan masa akan
menyebabkan masa penyiapan menjadi “at large” di mana penyiapan mengikut tempoh
yang munasabah.
Itu sahaja untuk entri kali ini, semoga kita berjumpa di entri yang akan datang.
Penulis: Zafirah Binti Mohd Nor
Rujukan: Construction Law in Malaysia (Tulisan Prof Sundra Rajoo &
Ir Harban Singh)
Nota Pemahaman
Kontrak PWD 203 REV 1/2010 (Tulisan Hj Ismail Bin Omar)
No comments:
Post a Comment