Assalamualaikum,
Alhamdulillah di atas kesempatan yang telah
diberikan untuk kita berjumpa lagi. Entri kali ini adalah berkenaan hak untuk
merujuk tuntutan pembayaran ke adjudikasi. Entri yang lepas, kita telah
mengetahui bagaimana untuk mengetahui bahawa wujudnya pertikaian selepas
Tuntutan Pembayaran dikemukakan. Saya amat berharap anda masih lagi mengingati
penulisan saya yang sebelum ini. Jika tidak, anda boleh merujuknya semula ya.
Pihak yang tidak dibayar mempunyai hak untuk
merujuk pertikaian kepada adjudikasi
sekiranya pihak yang tidak membayar tidak mahu membuat bayaran atau
membuat tuntutan balas ataupun pihak yang tidak dibayar tidak mahu membuat
bayaran terhadap tuntutan balasnya seperti yang tertakluk di bawah seksyen 7
akta CIPA. Hak untuk merujuk pertikaian kepada adjudikasi tertakluk kepada kontrak atau surat tawaran
yang dikeluarkan selepas dari tarikh CIPAA mula dikuatkuasakan iaitu pada 15
April 2014. Kesemua kontrak yang bertarikh pada atau selepas dari tarikh akta
CIPA dikuatkuasakan sahaja yang boleh di bawa kepada adjudikasi. Jika anda
masih mempunyai tunggakan bayaran daripada projek yang tarikh kontraknya
sebelum akta CIPA dikuatkuasakan, maka anda perlulah menggunakan kaedah arbitrasi
atau litigasi.
Pertikaian di bawah Tuntutan Bayaran boleh
dirujuk kepada adjudikasi hanya selepas daripada masa untuk mengemukakan Respon
Bayaran telah tamat. Jika notis adjudikasi ini dihantar sebelum tarikh matang,
maka AIAC akan meminta pihak penuntut untuk menghantar notis adjudikasi yang
baru selepas tamat tempoh 10 hari bekerja. Jadi, pastikan anda mengemukakan
notis adjudikasi selepas tamat tempoh 10 hari bekerja selepas anda mengemukakan
Tuntutan Pembayaran.
Sekian dulu buat kali ini. Semoga bertemu
lagi di masa hadapan dengan entri yang baru. Wassalam.
Noridah Omar
Shah Alam
No comments:
Post a Comment