Kembali lagi kita untuk entri Pemahaman Kontrak PWD 203. Untuk entri
yang lepas kita sudah berbincang tentang tanggungjawab kontraktor. Untuk kali
ini kita akan fokuskan kepada tanggungjawab Pegawai Penguasa atau dalam bahasa
orang putihnya “Superintendant Officer” (P.P / S.O).
P.P adalah pegawai yang dilantik oleh Agensi pelaksana ataupun
bertindak sebagai Ejen Majikan yang bertanggungjawab mengawal selia dan memberi
arahan kerja menurut peruntukan kontrak. P.P juga merupakan ejen kepada kerajaan/wakil
kerajaan. Tugas nyata Pegawai Penguasa adalah mengawas kerja, mentadbir kontrak
dan memberi arahan kepada kontraktor mengikut peruntukan kontrak.
P.P juga adalah pihak yang memastikan kerja-kerja pembinaan di
jalankan dengan betul, cepat dan cekap untuk mencapai objektif seperti yang
dikehendaki kontrak. P.P juga bertanggungjawab keatas penyeliaan dan arahan
seluruh kerja. Penyeliaan kerja mestilah wajar dan mencukupi. Semua pertanyaan
yang berhubungan dengan mana-mana kerja di bawah kontrak ini hendaklah dibawa
ke P.P.
Selain daripada menyelia dan memberi
arahan, P.P juga adalah pihak yang
membuat keputusan di dalam sesebuah projek.
Keputusan yag dibuat hendaklah
adil, saksama & jujur dan tidak berpihak kepada satu pihak sahaja sama ada
pada pihak kerajaan atau pihak kontraktor. Tidak kisahlah dari segi skop dan
kualiti kerja, bayaran, tuntutan. Berdasarkan petikan dari buku tulisan Dato’
Lim Chong Fong, keputusan P.P tidak boleh dipengaruhi sesiapa.
“It is nonetheless important to
appreciate that the Superintending Officer must act impartially and fairly in
performing his duties administering the Contract, in particulars the duty
relating to certification for payment.”
Baiklah, itu sahaja yang ingin saya
kongsikan. Nantikan entri seterusnya untuk tahu lebih lanjut tentang Arahan
Pegawai Penguasa, P.P
Sekian,
Penulis: Zafirah Binti Mohd Nor
Rujukan: Constrution Law in Malaysia (Tulisan Prof
Sundra Rajoo & Ir Harban Singh)
Nota Pemahaman Kontrak PWD 203 PIN 1/2010 (Tulisan Hj Ismail Bin Omar)
No comments:
Post a Comment