Thursday, April 9, 2020

KONTRAK ''BACK TO BACK''


Assalammualaikum semua pembaca.

Kontrak “ back to back” adalah perjanjian memasukkan terma-terma kontrak utama sebagai rujukan. Dalam banyak hal,subkontraktor dikehendaki mendapatkan sendiri terma kontrak utama.

Kontrak ini adalah untuk memastikan supaya tanggungan dan kewajipan kontraktor utama dipindahkan kepada subkontraktor.

Kontrak ini juga bertujuan untuk memastikan “compatibality” terma dan syarat-syarat kontrak antara kontrak utama dan subkontraktor.

Konsep kontrak ini juga sama seperti kontrak format seragam serta ‘bespoke’ di mana ianya juga bersifat menidakkan konsep kebebasan berkontrak(freedon of contract).

Dalam kontrak ini sub kontraktor terpaksa menerima apa jua syarat yang ditetapkan tanpa boleh tawar menawar. Dalam kata lain, “take it” or “leave it”?

Terdapat juga isu yang perlu dipertimbangkan berkaitan kontrak “ back to back” ini di mana antara lainnya adalah:-

1) Tanggungjawab kontraktor utama yang hednak diperturunkan kepada subkontraktor melalui “back to back agreement” (kualiti, masa, keselamatan, membaiki kecacatan)

2) Hak & “entitlement” kontraktor utama yang hendak diperturunkan kepada subkontraktor melalui “ back to back agreement” (EOT,V.O,Payment Term etc.)

3) Subkontraktor juga perlu tahu cara untuk mencari jalan penyelesaian sekiranya berlaku sebarang pertikaian.

* Walaupun kontrak “ back to back” adalah lumrah didalam industri pembinaan tetapi cara kontrak itu dibuat banyak yang tidak mengikut prinsip perundangan yang betul.

* Dalam hal ini, subkontraktor perlu dijelaskan oleh Kontraktor Utama sama ada terma back to back itu merangkumi terma teknikal sahaja atau terma “ commercial” sekali. Kontraktor Utama juga perlu memastikan bahawa sebarang terma-terma yang perlu diubah telah dinyatakan secara terperinci dan jelas kepada subkontraktor. Kalau tidak, terma-terma itu mungkin tidak terpakai.

* Kontraktor utama perlulah membuat pertimbangan terhadap semua klausa di dalam “ main contract” dan memilih mana-mana yang sesuai untuk dimasukkan ke dalam “sub contract agreement” dan mana-mana yang tidak diperlukan hendaklah dibuang (“delete”).

* Dalam keadaan ini, kontraktor utama perlu pengambilan pendekatan “subcontract” secara “ case to case basis”.


Oleh,
Zaiyanazareth Binti Zaini
Peguamcara & Peguambela
Tetuan Zaiyanazareth & Associates
Shah Alam, Selangor
10.04.2020


No comments:

Post a Comment