Assalammualaikum
semua pembaca,
Secara
umumnya, undang-undang adalah salah satu cara mengawal masyarakat dimana ia
digunakan sebagai alat untuk mengawal tindakan ahli-ahlinya. Terdapat pelbagai
jenis undang-undang yang terdapat di Malaysia antaranya lainnya Kanun
Keseksaan, Kanun Tanah Negara dan lain-lain.
Di
Malaysia, terdapat dua sumber undang-undang yang digunakan untuk mengawal
kontrak. Undang-undang tersebut adalah Akta Kontrak 1950 dan Common Law. Akta
Kontrak 1950 digunakan untuk merujuk semua peruntukan kontrak di Malaysia manakala
common law pula digunakan bila mana terdapat kes yang sama yang telah
diputuskan oleh Mahkamah yang lebih tinggi.
Oleh,
Zaiyanazareth
Binti Zaini
Peguamcara
& Peguambela
Tetuan
Zaiyanazareth & Associates
Shah
Alam, Selangor
1.04.2020
No comments:
Post a Comment