Assalamualaikum,
Bersua
lagi kita. Untuk entri kali ini saya akan menerangkan proses-proses yang
terlibat di dalam Adjudikasi. Sebelum saya bercerita dengan lebih lanjut
mengenai proses-proses adjudikasi, izinkan saya memberikan definisi adjudikasi.
Saya pasti masih ramai lagi yang kurang jelas dengan maksud adjudikasi kerana
ia bukanlah merupakan perkataan yang sering kita gunakan dalam kehidupan
seharian melainkan jika kita mempunyai latar belakang pekerjaan sebagai hakim
atau peguam atau yang seangkatan dengannya. Menurut kamus dewan edisi keempat
(saya menggunakan khidmat pakcik google ya) adjudikasi bermaksud proses
undang-undang dalam menyelesaikan sesuatu pertelingkahan; teradjudikasi;
hak-hak yang telah diiktiraf dalam prosiding kehakiman dan pentadbiran. Jikalau
menurut encik wikipedia pula “Adjudication is the
legal process by which an arbiter or judge reviews evidence and argumentation,
including legal reasoning set forth by opposing parties or litigants to
come to a decision which determines rights and obligations between the parties
involved.” Kesimpulannya, adjudikasi merupakan satu proses
undang-undang untuk menyelesaikan
pertelingkahan / pertikaian di mana arbiter atau hakim akan meneliti kesemua
bukti dan argumentasi sebelum memberikan keputusan untuk menentukan hak dan
tanggungjawab pihak-pihak yang terlibat.
Terdapat 3 fasa di
dalam proses adjudikasi iaitu:
1. PRA ADJUDIKASI
i.
Tuntutan Bayaran
ii.
Respon Bayaran
2. ADJUDIKASI
i.
Notis Adjudikasi
ii.
Melantik Adjudikator
iii.
Tuntutan Adjudikasi
iv.
Respon Adjudikasi
v.
Jawapan Adjudikasi
3. MELAKSANAKAN KEPUTUSAN ADJUDIKASI
a)
Pihak yang menang
i.
Memberhentikan / melewatkan kerja
ii.
Minta bayaran dari prinsipal
iii.
Mohon perintah mahkamah
iv.
Melaksanakan kesemua di atas
serentak
b)
Pihak yang kalah
i.
Ke mahkamah untuk
v Batalkan keputusan
v Gantung keputusan
Baiklah,
seterusnya saya akan menerangkan kepada anda bagaimana proses Adjudikasi
dijalankan. Proses adjudikasi terbahagi kepada 3 fasa seperti yang dinyatakan
di atas. Fasa Pra adjudikasi bermula dengan pihak yang menuntut bayaran
mengemukakan tuntutan bayaran ke atas pihak yang tidak membayar secara
bertulis. Pihak yang tidak membayar boleh samada untuk mengemukakan respon
bayaran ke atas tuntutan bayaran yang diberikan kepadanya atau tidak.
Fasa adjudikasi bermula dengan
pemberian notis adjudikasi kepada pihak yang tidak membayar seterusnya melantik
adjudikator untuk menilai prosedur adjudikasi yang dijalankan. Setelah
adjudikator dilantik, beliau akan mengarahkan pihak yang tidak dibayar untuk
memfailkan tuntutan adjudikasi yang lengkap dengan semua dokumen sokongan kepada
pihak yang tidak membayar. Pihak yang tidak membayar akan menjawab balas
tuntutan adjudikasi dengan memfailkan respon adjudikasi berserta dokumen
sokongan. Prosedur terakhir di dalam fasa adjudikasi ialah pihak yang tidak
dibayar memfailkan jawapan adjudikasi terhadap respon adjudikasi yang diterima
olehnya.
Fasa
3 merupakan fasa perlaksanaan keputusan adjudikasi yang telah diputuskan oleh
adjudikator yang telah dilantik. Adjudikator akan memberikan keputusannya
selepas 45 hari bekerja. Pihak yang menang boleh memberhentikan / melewatkan
kerja, meminta bayaran dari prinsipal, memohon perintah mahkamah atau
melaksanakan ke semua yang dinyatakan secara serentak. Bagi pihak yang telah
diputuskan kalah, beliau boleh pergi ke mahkamah untuk membatalkan keputusan
atau menggantung keputusan adjudikasi.
Penerangan
mengenai prosedur adjudikasi dalam setiap fasa akan diterangkan dengan lebih
jelas lagi melalui entri akan datang. Saya amat berharap anda dapat memahami
penerangan yang diberikan sebelum saya menerangkan fasa-fasa tersebut dengan
jelas pada entri akan datang. Sehingga bertemu lagi, wassalam.
Noridah Omar,
Shah Alam
No comments:
Post a Comment