Sunday, May 26, 2024

SEMINAR ONLINE PENGURUSAN KOMUNIKASI SURAT MENYURAT KONTRAK PWD 203 19 & 20 JUN 2024

 

SEMINAR PENGURUSAN SURAT MENYURAT PROJEK KONTRAK PWD 203

 

Tuan Kontraktor yang dihormati!

Kami amat memahami masalah yang sering dihadapi oleh kebanyakan Kontraktor di dalam Pengurusan Surat-Menyurat Projek mereka. Masalah berpunca disebabkan kerana mereka tidak mempunyai satu templat standard untuk menulis surat-surat penting projek yang menepati dengan kehendak dan peruntukan di bawah syarat-syarat kontrak.

 

Tanpa templat standard tersebut, banyak dokumen-dokumen penting projek tidak dijana dan direkod dengan betul oleh kakitangan pengurusan projek. Akibatnya pihak Kontraktor gagal mendapat hak-hak mereka di bawah kontrak. Banyak tuntutan yang ditolak akibat kekurangan maklumat dan ketiadaan dokumen sokongan.

 

Untuk mengatasi masalah ini, syarikat kami Minda Wibawa Resources akan mengadakan satu seminar bertajuk “Pengurusan Surat Menyurat Projek Berdasarkan Kontrak PWD 203A & 203N (NSC)” pada 19 & 20 Jun 2024. Di dalam Seminar ini, penceramah kami akan mengajar peserta berhubung beberapa klausa penting kontrak dan bagaimana untuk membina templat surat-menyurat berdasarkan kepada situasi dan masalah yang mungkin akan dihadapi oleh kontraktor berhubung dengan klausa tersebut. Peserta akan diajar untuk mengenalpasti masalah yang mengkin berlaku dan kemudiannya menjana templat surat menyurat yang kandungannya menepati kepada situasi yang dihadapi dan juga kepada kehendak klausa-klausa yang terkait.

 

Secara umumnya berdasarkan kepada klausa-klausa yang terdapat di dalam Kontrak PWD 203A, terdapat 3 kategori surat menyurat yang perlu ditulis dan dikemukakan oleh Pengurusan Projek kepada Pegawai Penguasa menurut tempoh dan prosedur yang ditetapkan oleh klausa-klausa tersebut: -





 Harapan kami, semoga kehadiran kakitangan tuan ke seminar kami ini akan meningkatkan lagi kemahiran mereka di dalam menjana dan menguruskan surat-menyurat projek di masa akan datang. Untuk memberi gambaran yang lebih jelas tentang apa yang telah kami nyatakan di atas, bersama sama ini kami sertakan sebahagian daripada “presentation slide” untuk sesi kedua seminar kami untuk rujukan tuan. Nota yang lebih lengkap akan diberikan kepada peserta sehari sebelum seminar diadakan.