Assalamualaikum. Bertemu lagi kita untuk topik pemahaman kontrak PWD
203A Pin 1/2010. Untuk kali ini, kita akan membncangkan tentang topik yang
sangat-sangat penting. Iaitu topik “Bayaran”. Di dalam Kontrak PWD 203, bayaran
dibicarakan di bawah klausa 31. Klausa ini menjelaskan tatacara & masa
bagaimana sijil dan bayaran akhir akan dibuat.
Bayaran akhir merupakan tanggungjawab terakhir majikan kepada
kontraktor. Justeru itu, ia mesti dibuat dengan kemas dan betul berpandukan
kepada dokumen-dokumen sokongan yang lengkap. Tanpa dokumen lengkap tersebut,
tuntutan bayaran akhir tidak akan berpihak kepada kontraktor.
KLAUSA 31.1
Pertamanya, kontraktor perlulah mengemukakan permohonan bayaran akhir
secara bertulis secepat mungkin atau dalam masa 3 bulan selepas tarikh
pengeluaran Certificate of Practical Complete (CPC) dikeluarkan . kontraktor
juga perlu mengemukakan dokumen-dokumen yang berkaitan untuk dijadikan dokumen
sokongan. Permohonan hendaklah memasukkan juga tuntutan “Loss & Expense”
jika ada. Semua tuntutan mestilah disokong oleh dokumen-dokumen yang berkaitan
dengan tuntutan supaya tidak ada sebarang kecelaruan.
KLAUSA 31.2
Jika Kontraktor tidak melakukan
demikian, maka P.P berhak membuat penilaian bayaran akhir berdasarkan kepada
maklumat atau dokumen yang ada padanya sahaja. Jika penilaian beliau kurang
ataupun salah, maka Kontraktor kehilangan hak untuk mencabar penilaian P.P dan
kerajaan akan dilepaskan daripada semua liabiliti (ganti rugi) yang berkaitan
dengan tuntutan tersebut.
KLAUSA 31.3
Meskipun penilaian telah
dibuat lebih awal tetapi sijil akhir hanya dikeluarkan selepas tiga bulan sijil
Making Good Defect (CMGD)” dikeluarkan ataupun dalam tempoh tiga bulan selepas
tamatnya DLP untuk keseluruhan kerja.
KLAUSA 31.4
Sijil bayaran akhir yang disediakan oleh P.P mestilah disertakan dengan
pengiraan bagaimana beliau sampai kepada jumlah yang diluluskan. Majikan
dibenarkan membuat tolakan mengikut yang dibenarkan oleh Kontrak tetapi semua
tolakan mesti dibuktikan dengan dokumen sokongan seperti baucer dan resit
bayaran. Sijil bayaran ini mestilah menjelaskan bayaran baki atau hutang samada
kerajaan kepada Kontraktor atau Kontraktor kepada kerajaan.
KLAUSA 31.5
Kerajaan hanya bertanggungjawab untuk membuat bayaran kepada kontraktor
setelah kontraktor mengemukakan satu akuan bersumpah bahawa beliau telah
menjelaskan gaji semua pekerjanya termasuk pekerja yang bergaji oleh
subkontraktornya. Akuan bersumpah itu juga merangkumi caruman EPF & SOCSO
Baiklah itu sahaja untuk topik sijil bayaran. Apa yang penting perlu
diingat ialah segala dokumen-dokumen kontrak
termasuk surat menyurat perlulah disimpan untuk dijadikan bukti apabila
majikan tidak membuat bayaran. Kontraktor selalu dibuli dan dianiaya
diperingkat ini terutamanya yang melibatkan projek swasta. Sijil bayaran akhir
kerap terlambat dan akibatnya bayaran juga terlambat. Jadi saya nasihatkan
kepada kontraktor, semua dokumen-dokumen seperti surat menyurat, gambar-gambar
haruslah disimpan dengan rapi dan disusun dengan kemas jus in case, anda rasa
anda dianiaya oleh pihak majikan.
Penulis: Zafirah Binti Mohd Nor
Rujukan: Construction Law in Malaysia (Tulisan Prof Sundra Rajoo &
Ir Harban Singh)
Nota Pemahaman
Kontrak PWD 203 REV 1/2010 (Tulisan Hj Ismail Bin Omar)
No comments:
Post a Comment