Tuesday, March 31, 2020

CONTEMPORANEOUS RECORD



       ‘Contemporanoues Record’ ialah cacatan rekod yang dibuat tatkala sesuatu peristiwa itu berlaku. Ianya perlu dibuat baik semasa atau selepas sahaja sesuatu peristiwa itu berlaku.

       Antara perkara terpenting apabila berlaku sesuatu pertikaian dalam urusan pembinaan diantara pelbagai pihak yang berkontrak ialah beban pembuktian. Baik pada pihak yang menuntut begitu juga pada pihak yang ingin menolak sesuatu tuntutan yang dibuat kepadanya.

       Ini adalah kerana merekodkan peristiwa sewaktu semasa ianya berlaku atau selepas sahaja ianya berlaku akan menjadikan rekodnya lebih berintegriti dan berfakta serta dapat mengelakkan dari mudah untuk dipertikaikan.

       Oleh itu mengapa rekod perlu dibuat dengan seberapa detail dan kemas dengan dokumen sokongan saperti gambar. Video dan sebagainya beserta tarikh dan penerangan tentangnya.

       Rekod beserta memo ‘transmittal’ perlu diedarkan dengan seberapa segera kepada pihak yang berkontrak dan pegawai penguasa.

       Ini adalah untuk mengelakkan tatkala berlakunya pertikaian banyak masa serta tenaga yang akan dicurahkan mungkin dari seluruh pasukan untuk mengumpul semula bukti-bukti dari pelbagai perkara untuk memperkukuh dan memperkuatkan tuntutan yang dibuat.

       Pengalaman menunjukkan kes yang berjaya sangat bergantung kepada rekod dan dokumen semasa yang datangnya dari penyimpanan rekod yang berkesan dan sistem yang cekap.

No comments:

Post a Comment