Kami menjemput semua Kontraktor dan Sub-kontraktor untuk sama-sama hadir ke seminar anjuran kami seperti tarikh yang di atas.
JOM DAFTAR SEMINAR KAMI!!! HANYA RM300 SAHAJA/PAX. 20 MATA CCD AKAN DIBERIKAN.
CIPAA membantu pemain industri binaan untuk mendapatkan bayaran bagi kerja yang telah dilaksanakan secara tetap dan tepat pada masanya.
Kami menjemput semua Kontraktor dan Sub-kontraktor untuk sama-sama hadir ke seminar anjuran kami seperti tarikh yang di atas.
JOM DAFTAR SEMINAR KAMI!!! HANYA RM300 SAHAJA/PAX. 20 MATA CCD AKAN DIBERIKAN.
OBJEKTIF SEMINAR
Objektif seminar ini diadakan adalah untuk membimbing Kontraktor dan Sub-kontraktor (NSC) tentang cara mengurus tuntutan EOT dan “Loss & Expense” dengan lebih strategik, sistematik dan tersusun berdasarkan prosedur yang ditetapkan di bawah kontrak PAM 2018 dan PWD 203A. Pengurusan yang berkesan akan meningkatkan peluang kejayaan tuntutan mereka dan dalam masa yang sama memastikan pematuhan kepada semua peraturan yang ditetapkan oleh kontrak. Dokumen tuntutan yang teratur, disokong oleh butiran terperinci dan kos yang berkaitan serta mematuhi peraturan kontrak akan mengelakkan tuntutan daripada dipertikaikan dan ditolak oleh Arkitek dan Majikan. Pada masa yang sama, tuntutan yang sistematik dan tersusun serta mematuhi prosedur akan mempercepatkan proses kelulusan dan pembayaran. Ini akan menambah baik dan menstabilkan aliran tunai projek.
Kami menjemput semua Kontraktor dan Sub-kontraktor untuk sama-sama hadir ke seminar anjuran kami seperti tarikh yang di atas.
JOM DAFTAR SEMINAR KAMI!!! HANYA RM300 SAHAJA/PAX. 20 MATA CCD AKAN DIBERIKAN.
ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA KONTRAKTOR...
SYARIKAT KAMI AKAN MENGADAKAN SEMINAR ONLINE BERTAJUK SEMINAR PENGURUSAN KONTRAK DAN CIPAA 2012. SEMINAR YANG AKAN BERLANGSUNG PADA 22 DAN 23 OGOS INI AKAN MEMBERIKAN ANDA SEBANYAK 20 MATA CCD YANG BOLEH DIGUNAKAN UNTUK MEMPERBAHARUI LESEN CIDB ANDA. KAMI DENGAN SECARA HORMATNYA, INGIN MENJEMPUT PEMILIK MANA-MANA SYARIKAT KONTRAKTOR G1 HINGGA G7 YANG AKAN TAMAT TEMPOH SAHLAKU LESEN CIDB UNTUK HADIR KE SEMINAR KAMI. SELAIN DARIPADA MENDAPAT 20 MATA CCD, ANDA JUGA BOLEH MENAMBAH ILMU SEDIA ADA ANDA. DAFTAR SEKARANG. TEMPAT ADALAH TERHAD.
Di dalam seminar ini kami akan membimbing para peserta untuk :-
1. Mengenalpasti dan memahami cara yang betul untuk mentafsir peruntukan & terma kontrak mengikut Akta Kontrak 1950 & " Case Law".
2. Memahami pentafsiran terma-terma utama kontrak yang sering membawa kepada pertikaian dengan berpandukan “case law” yang berkaitan dan terkini.
a) Pembayaran Interim
b) Pembayaran Akaun Akhir
c) Wang Tahanan
d) Kerja Tambahan
e) Siap Kerja Praktikal & Denda Kelambatan
f) Lanjutan Masa & Loss & Expense
g) Membaiki Kecacatan & Set Off
3. Memahami manfaat & kebaikan Akta CIPA 2012 kepada pemain-pemain industri yang terdiri daripada pembekal, sub-kontraktor, kontraktor & konsultan.
3) AYUHHH..DAFTAR SEKARANG. TEMPAT ADALAH TERHAD
4)
ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA KONTRAKTOR!!
SYARIKAT KAMI AKAN MENGADAKAN SEMINAR ONLINE BERTAJUK SEMINAR MEMBINA TEMPLAT SURAT-MENYURAT PROJEK UNTUK KONTRAK PWD 203A DAN KONTRAK PAM 2018. SEMINAR YANG AKAN BERLANGSUNG PADA 22 DAN 23 OGOS INI AKAN MEMBERIKAN ANDA SEBANYAK 20 MATA CCD YANG BOLEH DIGUNAKAN UNTUK MEMPERBAHARUI LESEN CIDB ANDA. KAMI DENGAN SECARA HORMATNYA, INGIN MENJEMPUT PEMILIK MANA-MANA SYARIKAT KONTRAKTOR G1 HINGGA G7 YANG AKAN TAMAT TEMPOH SAHLAKU LESEN CIDB UNTUK HADIR KE SEMINAR KAMI. SELAIN DARIPADA MENDAPAT 20 MATA CCD, ANDA JUGA BOLEH MENAMBAH ILMU SEDIA ADA ANDA. DAFTAR SEKARANG. TEMPAT ADALAH TERHAD.
OBJEKTIF UTAMA SEMINAR INI !!
1. Memberi kefahaman kepada peserta yang terdiri daripada Kontraktor dan Sub-kontraktor tentang kepentingan berkomunikasi secara efektif mengikut peraturan yang ditetapkan di bawah peruntukan-peruntukan penting Kontrak PWD 203A dan PAM 2018.
2. Memberi kefahaman kepada peserta tentang kaedah membina templat surat-menyurat projek di dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris berdasarkan kepada proses dan prosedur yang ditetapkan di bawah Kontrak PWD 203A dan PAM 2018.
3. Membimbing peserta untuk membuat templat surat-menyurat yang betul berdasarkan kepada beberapa terma kontrak yang penting dan sering menjadi punca pertikaian.
Tuan Kontraktor yang dihormati,
Di dalam seminar ini, kami akan membimbing para peserta untuk:-
1. Mengenalpasti & memahami 5 punca utama yang menjadi sebab kepada berlakunya pertikaian pembayaran dalam Industri Binaan. Pertikaian² ini menjadi semakin kerap disebabkan oleh suasana industri yang semakin kompetetif.
2. Mengawal 5 punca pertikaian pembayaran ini secara yang efisen melalui penyedian dokumentasi terancang dan komunikasi yang efektif.
3. Memahami kaedah penyelesaian pertikaian pembayaran melalui Akta CIPA 2012 jika sekiranya pertikaian tidak dapat diselesaikan secara perundingan.
4. Memahami manfaat & kebaikan Akta CIPA 2012 kepada pemain-pemain industri yang terdiri daripada pembekal, sub-kontraktor, kontraktor & konsultan.
5. Memahami 21 Prosedur di bawah Akta CIPA 2012 bermula dari Proses Mengemukakan Tuntutan Sehingga kepada Proses menguatkuasakan Keputusan CIPAA.
6. Memahami peruntukan kontrak dan undang-undang yang terkait dengan 5 punca utama pertikaian tersebut sebagai persediaan kepada penyelesaian melalui Akta CIPA 2012.
7. Memahami Tanggungjawab Prinsipal di dalam menjelaskan Bayaran yang diputuskan oleh Akta CIPA 2012.
JOM DAFTAR SEMINAR DENGAN KAMI.
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera..
Kami kembali lagi dengan tajuk seminar yang sangat-sangat mendapat perhatian dan permintaan tinggi daripada kalangan kontraktor iaitu Pengurusan Projek dan Kewangan.
Analisis dan pengiraan keperluan buruh, bahan binaan, mesin dan aliran tunai yang diperlukan oleh projek secara teliti sebelum melaksanakan sesebuah projek pembinaan adalah sangat penting. Jika Pengurus Projek tidak memberikan taklimat kepada pihak atasan mengenai analisis keperluan buruh, bahan binaan, mesin, dan aliran tunai yang diperlukan sebelum projek bermula, ini menunjukkan kelemahan dalam pengurusan projek dan kekurangan pengetahuan serta kepakaran dalam bidang tersebut.
Ketidakmampuan untuk melakukan analisis dan pengiraan yang betul boleh menyebabkan pengurusan pemerolehan buruh, bahan binaan, dan mesin menjadi tidak sistematik, yang kemudiannya akan membawa kepada pembaziran dan ketidakseimbangan di dalam aliran tunai projek.
Seminar "Pengurusan Projek & Kewangan" yang akan diadakan pada 23 & 24 Julai 2024 akan dapat melatih kakitangan kontraktor tentang metodologi pengurusan projek berdasarkan PMP, serta teknik pengiraan yang tepat untuk memastikan kecukupan dan keseimbangan di dalam pengurusan sumber projek. Pada sesi kedua dan ketiga seminar ini kami akan secara khusus melatih para peserta yang terdiri daripada Jurutera, Jurukur Bahan dan Planner tentang cara-cara membuat pengiraan buruh, bahan, mesin dan kos untuk beberapa pakej kerja pembinaan bangunan dan jalanraya. Pengiraan ini akan dibuat berdasarkan kepada ANGKATAP BURUH, ANGKATAP BAHAN BINAAN & ANGKATAP MESIN (LABOUR, MATERIALS & MACHINERY COEFFICIENT) yang telah digunapakai untuk sekian lama oleh Industri Binaan.
Di akhir seminar ini, para peserta akan diberikan penerangan ringkas berkenaan CIPAA 2012 serta bagaimana membuat tuntutan bayaran di bawah CIPAA.
Kami amat berharap bahawa kehadiran kakitangan kontraktor di dalam seminar ini akan meningkatkan kemahiran mereka dalam menguruskan projek dan membawa manfaat kepada syarikat.
Terima kasih.
Untuk mendaftar, sila klik borang di bawah.

Menjadi kebiasaan bahawa kebanyakan projek pembinaan tidak dapat disiapkan di dalam tempoh penyiapan asal. Kelambatan ini berpunca daripada berbagai sebab yang datang samada daripada pihak Kontraktor sendiri, bencana alam, pihak ketiga atau pihak Majikan. Apabila kelambatan adalah berpunca daripada kesilapan Kontraktor dan Sub-Kontraktor (NSC), Arkitek akan segera mengenakan CNC dan Majikan juga tidak akan teragak-agak mengenakan LAD kepada mereka. Ini terjadi kerana, kebanyakan kontrak pembinaan tidak meletakkan peraturan yang ketat kepada Majikan untuk menolak LAD daripada Kontraktor dan Sub-Kontraktor (NSC).
Sebaliknya, jika kelewatan
disebabkan oleh tindakan Majikan, kontrak meletakkan peraturan yang amat ketat
yang mesti dipatuhi oleh Kontraktor dan Sub-Kontraktor (NSC) sebelum mereka dibenarkan
membuat tuntutan EOT dan “Loss and Expense” daripada Majikan. Malangnya, tidak
ramai Kontraktor dan Sub-Kontraktor (NSC) yang didedahkan dengan pengetahuan
tentang peraturan-peraturan ini. Disebabkan oleh pemahaman dan kesedaran yang
lemah ini, banyak Kontraktor dan Sub-Kontraktor (NSC) telah kehilangan hak
mereka untuk menuntut EOT dan “Loss & Expense”. Hak mereka dinafikan hanya
kerana gagal mematuhi peraturan ketat yang ditetapkan oleh kontrak.
Terdapat satu kes yang dirujuk ke
Mahkamah berhubung dengan tuntutan “Loss & Expense”. Pihak Kontraktor
menuntut sekitar RM 12 juta daripada pemaju. Namun keseluruhan tuntutan
tersebut ditolak oleh mahkamah kerana kegagalan Kontraktor mematuhi sebahagian peraturan
yang ditetapkan oleh kontrak.
Dipercayai, di luar sana, banyak
lagi kes di mana Kontraktor dan Sub-Kontraktor (NSC) gagal untuk menuntut “Loss
& Expense”. Ini telah menyebabkan mereka kehilangan wang yang sepatutnya
mereka berhak terima sekiranya mereka mematuhi proses dan prosedur yang
ditetapkan oleh kontrak. Kegagalan dalam tuntutan EOT bermakna mereka terpaksa
menanggung beban LAD. Kegagalan dalam tuntutan “Loss & Expense” bermakna
semua kos yang telah mereka keluarkan dalam tempoh kelewatan, tidak akan dibayar
balik. Kegagalan tuntutan ini akan mengurangkan keuntungan atau meningkatkan
kerugian mereka. Sebaliknya, ia akan menguntungkan Majikan.
Justeru itu, untuk mengelakkan
kegagalan tuntutan ini daripada berterusan, maka sudah sampai masanya untuk
setiap Kontraktor dan Sub-kontraktor (NSC) memastikan syarikat mereka mempunyai
satu tatacara operasi piawai di dalam menguruskan tuntutan EOT & “Loss and
Expense” dengan cara yang efektif. Langkah awal ialah dengan memastikan
kakitangan projek mereka dilatih dengan betul untuk memahami proses dan
prosedur yang ditetapkan oleh kontrak bagi membina Tatacara Operasi Piawai yang
selari dengan kehendak kontrak.
Objektif seminar ini adalah untuk
membimbing Kontraktor dan Sub-kontraktor (NSC) tentang cara mengurus tuntutan
EOT dan “Loss & Expense” dengan lebih strategik, sistematik dan tersusun
berdasarkan prosedur yang ditetapkan di bawah PAM 2018 (MC) & PAM
Sub-Kontrak 2018 (NSC). Pengurusan yang berkesan akan meningkatkan peluang
kejayaan tuntutan mereka dan dalam masa yang sama memastikan pematuhan kepada semua
peraturan yang ditetapkan oleh kontrak. Dokumen tuntutan yang teratur, disokong
oleh butiran terperinci dan kos yang berkaitan serta mematuhi peraturan kontrak
akan mengelakkan tuntutan daripada dipertikaikan dan ditolak oleh Arkitek dan
Majikan. Pada masa yang sama, tuntutan yang sistematik dan tersusun serta
mematuhi prosedur akan mempercepatkan proses kelulusan dan pembayaran. Ini akan
menambah baik dan menstabilkan aliran tunai projek.
DAFTAR SEGERA.TEMPAT ADALAH TERHAD