
Menjadi kebiasaan bahawa kebanyakan projek pembinaan tidak dapat disiapkan di dalam tempoh penyiapan asal. Kelambatan ini berpunca daripada berbagai sebab yang datang samada daripada pihak Kontraktor sendiri, bencana alam, pihak ketiga atau pihak Majikan. Apabila kelambatan adalah berpunca daripada kesilapan Kontraktor dan Sub-Kontraktor (NSC), Arkitek akan segera mengenakan CNC dan Majikan juga tidak akan teragak-agak mengenakan LAD kepada mereka. Ini terjadi kerana, kebanyakan kontrak pembinaan tidak meletakkan peraturan yang ketat kepada Majikan untuk menolak LAD daripada Kontraktor dan Sub-Kontraktor (NSC).
Sebaliknya, jika kelewatan
disebabkan oleh tindakan Majikan, kontrak meletakkan peraturan yang amat ketat
yang mesti dipatuhi oleh Kontraktor dan Sub-Kontraktor (NSC) sebelum mereka dibenarkan
membuat tuntutan EOT dan “Loss and Expense” daripada Majikan. Malangnya, tidak
ramai Kontraktor dan Sub-Kontraktor (NSC) yang didedahkan dengan pengetahuan
tentang peraturan-peraturan ini. Disebabkan oleh pemahaman dan kesedaran yang
lemah ini, banyak Kontraktor dan Sub-Kontraktor (NSC) telah kehilangan hak
mereka untuk menuntut EOT dan “Loss & Expense”. Hak mereka dinafikan hanya
kerana gagal mematuhi peraturan ketat yang ditetapkan oleh kontrak.
Terdapat satu kes yang dirujuk ke
Mahkamah berhubung dengan tuntutan “Loss & Expense”. Pihak Kontraktor
menuntut sekitar RM 12 juta daripada pemaju. Namun keseluruhan tuntutan
tersebut ditolak oleh mahkamah kerana kegagalan Kontraktor mematuhi sebahagian peraturan
yang ditetapkan oleh kontrak.
Dipercayai, di luar sana, banyak
lagi kes di mana Kontraktor dan Sub-Kontraktor (NSC) gagal untuk menuntut “Loss
& Expense”. Ini telah menyebabkan mereka kehilangan wang yang sepatutnya
mereka berhak terima sekiranya mereka mematuhi proses dan prosedur yang
ditetapkan oleh kontrak. Kegagalan dalam tuntutan EOT bermakna mereka terpaksa
menanggung beban LAD. Kegagalan dalam tuntutan “Loss & Expense” bermakna
semua kos yang telah mereka keluarkan dalam tempoh kelewatan, tidak akan dibayar
balik. Kegagalan tuntutan ini akan mengurangkan keuntungan atau meningkatkan
kerugian mereka. Sebaliknya, ia akan menguntungkan Majikan.
Justeru itu, untuk mengelakkan
kegagalan tuntutan ini daripada berterusan, maka sudah sampai masanya untuk
setiap Kontraktor dan Sub-kontraktor (NSC) memastikan syarikat mereka mempunyai
satu tatacara operasi piawai di dalam menguruskan tuntutan EOT & “Loss and
Expense” dengan cara yang efektif. Langkah awal ialah dengan memastikan
kakitangan projek mereka dilatih dengan betul untuk memahami proses dan
prosedur yang ditetapkan oleh kontrak bagi membina Tatacara Operasi Piawai yang
selari dengan kehendak kontrak.
Objektif seminar ini adalah untuk
membimbing Kontraktor dan Sub-kontraktor (NSC) tentang cara mengurus tuntutan
EOT dan “Loss & Expense” dengan lebih strategik, sistematik dan tersusun
berdasarkan prosedur yang ditetapkan di bawah PAM 2018 (MC) & PAM
Sub-Kontrak 2018 (NSC). Pengurusan yang berkesan akan meningkatkan peluang
kejayaan tuntutan mereka dan dalam masa yang sama memastikan pematuhan kepada semua
peraturan yang ditetapkan oleh kontrak. Dokumen tuntutan yang teratur, disokong
oleh butiran terperinci dan kos yang berkaitan serta mematuhi peraturan kontrak
akan mengelakkan tuntutan daripada dipertikaikan dan ditolak oleh Arkitek dan
Majikan. Pada masa yang sama, tuntutan yang sistematik dan tersusun serta
mematuhi prosedur akan mempercepatkan proses kelulusan dan pembayaran. Ini akan
menambah baik dan menstabilkan aliran tunai projek.
DAFTAR SEGERA.TEMPAT ADALAH TERHAD
No comments:
Post a Comment