OBJEKTIF SEMINAR
Objektif seminar ini diadakan adalah untuk membimbing Kontraktor dan Sub-kontraktor (NSC) tentang cara mengurus tuntutan EOT dan “Loss & Expense” dengan lebih strategik, sistematik dan tersusun berdasarkan prosedur yang ditetapkan di bawah kontrak PAM 2018 dan PWD 203A. Pengurusan yang berkesan akan meningkatkan peluang kejayaan tuntutan mereka dan dalam masa yang sama memastikan pematuhan kepada semua peraturan yang ditetapkan oleh kontrak. Dokumen tuntutan yang teratur, disokong oleh butiran terperinci dan kos yang berkaitan serta mematuhi peraturan kontrak akan mengelakkan tuntutan daripada dipertikaikan dan ditolak oleh Arkitek dan Majikan. Pada masa yang sama, tuntutan yang sistematik dan tersusun serta mematuhi prosedur akan mempercepatkan proses kelulusan dan pembayaran. Ini akan menambah baik dan menstabilkan aliran tunai projek.
Kami menjemput semua Kontraktor dan Sub-kontraktor untuk sama-sama hadir ke seminar anjuran kami seperti tarikh yang di atas.
JOM DAFTAR SEMINAR KAMI!!! HANYA RM300 SAHAJA/PAX. 20 MATA CCD AKAN DIBERIKAN.
No comments:
Post a Comment