Tuesday, October 8, 2024

SEMINAR ONLINE - SEMINAR PENGURUSAN KONTRAK & CIPAA PADA 23 & 24 OKTOBER 2024

 




Kami menjemput semua Kontraktor dan Sub-kontraktor untuk sama-sama hadir ke seminar anjuran kami seperti tarikh yang di atas.

JOM DAFTAR SEMINAR KAMI!!! HANYA RM300 SAHAJA/PAX. 20 MATA CCD AKAN DIBERIKAN.

BORANG ONLINE


Tuesday, September 24, 2024

SEMINAR ONLINE - SEMINAR PENGURUSAN PROJEK & KEWANGAN PADA 9 & 10 OKTOBER 2024


 


Kami menjemput semua Kontraktor dan Sub-kontraktor untuk sama-sama hadir ke seminar anjuran kami seperti tarikh yang di atas.

JOM DAFTAR SEMINAR KAMI!!! HANYA RM300 SAHAJA/PAX. 20 MATA CCD AKAN DIBERIKAN.

BORANG ONLINE

Monday, September 2, 2024

SEMINAR ONLINE - SEMINAR PENGURUSAN EOT, LOSS & EXPENSE DAN V.O DI BAWAH KONTRAK PWD 203A & PAM 2018


 

 OBJEKTIF SEMINAR

 Objektif seminar ini diadakan adalah untuk membimbing Kontraktor dan Sub-kontraktor (NSC) tentang cara mengurus tuntutan EOT dan “Loss & Expense” dengan lebih strategik, sistematik dan tersusun berdasarkan prosedur yang ditetapkan di bawah kontrak PAM 2018 dan PWD 203A. Pengurusan yang berkesan akan meningkatkan peluang kejayaan tuntutan mereka dan dalam masa yang sama memastikan pematuhan kepada semua peraturan yang ditetapkan oleh kontrak. Dokumen tuntutan yang teratur, disokong oleh butiran terperinci dan kos yang berkaitan serta mematuhi peraturan kontrak akan mengelakkan tuntutan daripada dipertikaikan dan ditolak oleh Arkitek dan Majikan. Pada masa yang sama, tuntutan yang sistematik dan tersusun serta mematuhi prosedur akan mempercepatkan proses kelulusan dan pembayaran. Ini akan menambah baik dan menstabilkan aliran tunai projek.


Kami menjemput semua Kontraktor dan Sub-kontraktor untuk sama-sama hadir ke seminar anjuran kami seperti tarikh yang di atas.

JOM DAFTAR SEMINAR KAMI!!! HANYA RM300 SAHAJA/PAX. 20 MATA CCD AKAN DIBERIKAN.

BORANG ONLINE

Monday, August 19, 2024

SEMINAR ONLINE - SEMINAR PENGURUSAN KONTRAK DAN CIPAA 2012 PADA 4 & 5 SEPTEMBER 2024

 
ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA KONTRAKTOR...

SYARIKAT KAMI AKAN MENGADAKAN SEMINAR ONLINE BERTAJUK SEMINAR PENGURUSAN KONTRAK DAN CIPAA 2012. SEMINAR YANG AKAN BERLANGSUNG PADA 22 DAN 23 OGOS INI AKAN MEMBERIKAN ANDA SEBANYAK 20 MATA CCD YANG BOLEH DIGUNAKAN UNTUK MEMPERBAHARUI LESEN CIDB ANDA. KAMI DENGAN SECARA HORMATNYA, INGIN  MENJEMPUT PEMILIK MANA-MANA SYARIKAT KONTRAKTOR G1 HINGGA G7 YANG AKAN TAMAT TEMPOH SAHLAKU LESEN CIDB UNTUK HADIR KE SEMINAR KAMI. SELAIN DARIPADA MENDAPAT 20 MATA CCD, ANDA JUGA BOLEH MENAMBAH ILMU SEDIA ADA ANDA.  DAFTAR SEKARANG. TEMPAT ADALAH TERHAD.

Di dalam seminar ini kami akan membimbing para peserta untuk :-

1. Mengenalpasti dan memahami cara yang betul untuk mentafsir peruntukan & terma kontrak mengikut Akta Kontrak 1950 & " Case Law".

2. Memahami pentafsiran terma-terma utama kontrak yang sering membawa kepada pertikaian dengan berpandukan “case law” yang berkaitan dan terkini.

a)       Pembayaran Interim

b)      Pembayaran Akaun Akhir

c)       Wang Tahanan

d)      Kerja Tambahan

e)      Siap Kerja Praktikal & Denda Kelambatan

f)        Lanjutan Masa & Loss & Expense

g)       Membaiki Kecacatan & Set Off

3. Memahami manfaat & kebaikan Akta CIPA 2012 kepada pemain-pemain industri yang terdiri daripada pembekal, sub-kontraktor, kontraktor & konsultan.

4. Memahami 21 Prosedur di bawah Akta CIPA 2012 bermula daripada Proses Mengemukakan Tuntutan Sehingga kepada Proses Menguatkuasakan Keputusan CIPAA.

 

3)     AYUHHH..DAFTAR SEKARANG. TEMPAT ADALAH TERHAD

BORANG PENDAFTRAN ONLINE

4)     

Wednesday, July 24, 2024

SEMINAR ONLINE - SEMINAR MEMBINA TEMPLAT SURAT-MENYURAT PROJEK PADA 22 & 23 0G0S 2024

 


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA KONTRAKTOR!!

SYARIKAT KAMI AKAN MENGADAKAN SEMINAR ONLINE BERTAJUK SEMINAR MEMBINA TEMPLAT SURAT-MENYURAT PROJEK UNTUK KONTRAK PWD 203A DAN KONTRAK PAM 2018. SEMINAR YANG AKAN BERLANGSUNG PADA 22 DAN 23 OGOS INI AKAN MEMBERIKAN ANDA SEBANYAK 20 MATA CCD YANG BOLEH DIGUNAKAN UNTUK MEMPERBAHARUI LESEN CIDB ANDA. KAMI DENGAN SECARA HORMATNYA, INGIN  MENJEMPUT PEMILIK MANA-MANA SYARIKAT KONTRAKTOR G1 HINGGA G7 YANG AKAN TAMAT TEMPOH SAHLAKU LESEN CIDB UNTUK HADIR KE SEMINAR KAMI. SELAIN DARIPADA MENDAPAT 20 MATA CCD, ANDA JUGA BOLEH MENAMBAH ILMU SEDIA ADA ANDA.  DAFTAR SEKARANG. TEMPAT ADALAH TERHAD.


OBJEKTIF UTAMA SEMINAR INI !!

1. Memberi kefahaman kepada peserta yang terdiri daripada Kontraktor dan Sub-kontraktor tentang kepentingan berkomunikasi secara efektif mengikut peraturan yang ditetapkan di bawah peruntukan-peruntukan penting Kontrak PWD 203A dan PAM 2018.

2. Memberi kefahaman kepada peserta tentang kaedah membina templat surat-menyurat projek di dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris berdasarkan kepada proses dan prosedur yang ditetapkan di bawah Kontrak PWD 203A dan PAM 2018.

3. Membimbing peserta untuk membuat templat surat-menyurat yang betul berdasarkan kepada beberapa terma kontrak yang penting dan sering menjadi punca pertikaian.


1)    DAFTAR SEKARANG!!!


Monday, July 15, 2024

SEMINAR ONLINE - SEMINAR PENGURUSAN PERTIKAIAN BAYARAN & CIPAA PADA 7 & 8 OGOS 2024


 

Tuan Kontraktor yang dihormati,

Di dalam seminar ini, kami akan membimbing para peserta untuk:-

1. Mengenalpasti & memahami 5 punca utama yang menjadi sebab kepada berlakunya pertikaian pembayaran dalam Industri Binaan. Pertikaian² ini menjadi semakin kerap disebabkan oleh suasana industri yang semakin kompetetif.

2. Mengawal 5 punca pertikaian pembayaran ini secara yang efisen melalui penyedian dokumentasi terancang dan komunikasi yang efektif.

3. Memahami kaedah penyelesaian pertikaian pembayaran melalui Akta CIPA 2012 jika sekiranya pertikaian tidak dapat diselesaikan secara perundingan.

4. Memahami manfaat & kebaikan Akta CIPA 2012 kepada pemain-pemain industri yang terdiri daripada pembekal, sub-kontraktor, kontraktor & konsultan.

5. Memahami 21 Prosedur di bawah Akta CIPA 2012 bermula dari Proses Mengemukakan Tuntutan Sehingga kepada Proses menguatkuasakan Keputusan CIPAA.

6. Memahami peruntukan kontrak dan undang-undang yang terkait dengan 5 punca utama pertikaian tersebut sebagai persediaan kepada penyelesaian melalui Akta CIPA 2012.

7. Memahami Tanggungjawab Prinsipal di dalam menjelaskan Bayaran yang diputuskan oleh Akta CIPA 2012.


JOM DAFTAR SEMINAR DENGAN KAMI. 

BORANG ONLINE

Thursday, June 27, 2024

SEMINAR ONLINE - SEMINAR PENGURUSAN PROJEK & KEWANGAN PADA 23 & 24 JULAI 2024

 


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera..

Kami kembali lagi dengan tajuk seminar yang sangat-sangat mendapat perhatian dan permintaan tinggi daripada kalangan kontraktor iaitu Pengurusan Projek dan Kewangan.

Analisis dan pengiraan keperluan buruh, bahan binaan, mesin dan aliran tunai yang diperlukan oleh projek secara teliti sebelum melaksanakan sesebuah projek pembinaan adalah sangat penting. Jika Pengurus Projek tidak memberikan taklimat kepada pihak atasan mengenai analisis keperluan buruh, bahan binaan, mesin, dan aliran tunai yang diperlukan sebelum projek bermula, ini menunjukkan kelemahan dalam pengurusan projek dan kekurangan pengetahuan serta kepakaran dalam bidang tersebut.

Ketidakmampuan untuk melakukan analisis dan pengiraan yang betul boleh menyebabkan pengurusan pemerolehan buruh, bahan binaan, dan mesin menjadi tidak sistematik, yang kemudiannya akan membawa kepada pembaziran dan ketidakseimbangan di dalam aliran tunai projek. 

Seminar "Pengurusan Projek & Kewangan" yang akan diadakan pada 23 & 24 Julai 2024 akan dapat melatih kakitangan kontraktor tentang metodologi pengurusan projek berdasarkan PMP, serta teknik pengiraan yang tepat untuk memastikan kecukupan dan keseimbangan di dalam pengurusan sumber projek. Pada sesi kedua dan ketiga seminar ini kami akan secara khusus melatih para peserta yang terdiri daripada Jurutera, Jurukur Bahan dan Planner tentang cara-cara membuat pengiraan buruh, bahan, mesin dan kos untuk beberapa pakej kerja pembinaan bangunan dan jalanraya. Pengiraan ini akan dibuat berdasarkan kepada ANGKATAP BURUH, ANGKATAP BAHAN BINAAN & ANGKATAP MESIN (LABOUR, MATERIALS & MACHINERY COEFFICIENT) yang telah digunapakai untuk sekian lama oleh Industri Binaan.

Di akhir seminar ini, para peserta akan diberikan penerangan ringkas berkenaan CIPAA 2012 serta bagaimana membuat tuntutan bayaran di bawah CIPAA.

Kami amat berharap bahawa kehadiran kakitangan kontraktor di dalam seminar ini akan meningkatkan kemahiran mereka dalam menguruskan projek dan membawa manfaat kepada syarikat. 

Terima kasih.

Untuk mendaftar, sila klik borang di bawah.

BORANG PENDAFTARAN SEMINAR ONLINE